KOTA
KINABALU: Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan
dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.
Video
berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan
pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh
seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.
Video
tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap
ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.
Lelaki
yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika
sebelum rebah di atas jalan.
Jurukamera
yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan
mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut. Polis pada
Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing
berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang
menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata
pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat
lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di
sini.
Insiden
itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad.
Awang
berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam
insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.
Salah
seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang
disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah
Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar.
Video
No comments:
Post a Comment