Nak
boikot ke tak McD sebagai protes serangan ke atas Gaza. Dan seperti
yang sepatutnya dijangkakan oleh para pembaca, aku tidak on the side
of boycotting (tak setuju la tu); reasons being as follows.
Sebelum
kita decide nak boikot ke tidak, kita kena tahu yang McD tu seperti
KFC, Marry Brown, Tutti Fruti, adalah satu franchising. Ia adalah
satu sistem perniagaan dimana seorang owner kedai McD di Malaysia
yang kita panggil franchisee akan bayar licensing fee dan royalty
kepada pemilik sebenar perniagaan tersebut, dalam kes kita ni McD US,
yang kita panggil franchisor.
Dimana
dilemmanya? Dilemmanya bermula bila kita kata McD US which is the
franchisor gives financial support to Zionist, tak tau lah
direct ke indirect tapi just let say, directly. So, sebagai protes
kita terhadap serangan Israel ke atas Gaza, kita pun boikot McD US
(the franchisor) dengan cara memboikot kedai2 McD di Malaysia (the
franchisee). So apa masalahnya, ok what?
Masalahnya,
this will never work, McD US (the franchisor) takkan ter’affected’
atau terkena pun, yang terkena cuma kedai2 McD di Malaysia sahaja
(the franchisee). Eh, kenapa pulak? Nak tahu, kita kena tahu dulu how
franchising works, seperti yang aku terangkan kat bawah.
Keuntungan McD
US (the franchisor) dah tetap sebenarnya melalui pembayaran berkala
licensing fee oleh kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), so laku
ke tak laku ke burger, ayam dan roti kat kedai2 McD di Malaysia (the
franchisee), licensing fee yg dah tetap (x fluctuate) mesti jugak
kena bayar maka keuntungan McD US (the franchisor) tidak terjejas
pun. Yes, mmg ada keuntungan tambahan dari sale melalui royalty tapi
ni ciput je bro (aku x tau exact value tapi selalunya royalty ni 3% -
5% of revenue); sale boleh dikatakan semuanya revenue milik kedai2
McD di Malaysia (the franchisee), kalau banyak jual UNTUNG kalau tak
banyak RUGI silap2 bankrap.
Mungkin
ada yang kata, x pelah, sedikit sebanyak mesti ada effect jugak,
boikot je. Hmm, persoalannya berbaloi ke buat macam tu? Tak ke bodoh
buat sesuatu yang tidak objective sebaliknya hanya berdasarkan
sentiment? Adil ke pulak kita pada kedai2 McD di Malaysia (the
franchisee) kalau kita buat macam tu? Ramai tau, pemillik2 McD di
Malaysia adalah orang Melayu dan bumiputra yang bayar zakat setiap
tahun. Kalau korang nak tau franchising ni adalah antara strategi
perniagaan yang dipromote khas oleh kerajaan untuk membantu
bumiputera berniaga. SO kalau korang memboikot je membabi buta, tak
tahu hujung pangkal, tak tahu mencapai objective ke tidak, korang
sebenarnya jeopardize diri sendiri, saudara sendiri, negara sendiri,
tau tak. Haa, kenapa pulak macam tu? Nak tahu, sila baca
penulisan seterusnya.
Ok,
semua setujukan kalau aku kata berniaga lah sumber rezeki yang paing
menguntungkan dan sustainable. Rasullullah sendiri bersabda “Sembilan
per sepuluh rezeki datang dari perniagaan” (Hadith Riwayat
Bukhari). Tapi dalam perniagaan apa yang paling penting? Ada empat:
1)
modal
2)
Standard Operation Procedure (SOP) i.e. book keeping, account bla2
3)
Networking (utk supply, promotion, sale bla2)
4)
Experience
Dalam
keempat-empat di atas, yang mana agaknya ada pada Melayu dan
Bumiputra by default? Jawapannya, TAKDE.
Korang
x pernah wonder ke kenapa banyak bisness2 besar kat Malaysia sahabat2
Cina dan India kita yang run dan punya? Honda Yong Ming di JB, Honda
Tian Siang dan BMW Tian Siang di Ipoh dan yang paling famous Boon
Siew Honda (ni cuma sebut sedikit je dan focus pada import kereta
je). Korang x pernah wonder ke, macamana diorang ni boleh dapat
‘line’ bawak/import kereta awal2 lagi? Ceritanya macam gini.
Waktu awal2 dulu, awal 1900an industry kereta Jepun, German datang
Malaya usha2 line nak bawak masuk kereta, so diorang pun cari la
runner utk jadi dealer. Sapa agaknya yang offer diri? Sapa agaknya
yang ada modal? Sapa agaknya yang mmg dah ada budaya meniaga yang
established, SOPnya, experiencenya, networking. Forefathers sahabat2
Cina dan India kita lah, nenek moyang kita ada apa waktu tu. Ok, kita
bukan nak dengki dgn sahabat2 kita ke apa ke, tak pelah itu mmg dah
rezeki diorang.
Tapi
macamana agaknya nak menggalakkan dan membantu Melayu dan Bumiputra
ni menceburi dan seterusnya jadi major player diwaktu kita
handicapped teruk (takde memiliki satu pun dari empat ciri
diatas)?. Caranya franchising la dan inilah yang Mahathir perkenalkan
lewat 80an dan awal 90an dulu. Bila franchising, kita tak perlulah
risau sangat lagi tentang SOP, networking dan experience sebab
bisnes2 ni mmg dah established dan franchisor akan bertindak sebagai
mentor, memberi khidmat nasihat dan pengawasan kepada bisnes tu dari
semasa ke semasa. Benda ni macam technology transfer jugak la.
So
apa yang diperlukan cuma modal, yang mainly untuk bayar Licensing Fee
pada Franchisor tu. Tu yang banyak skim2 pinjaman khas yang
disediakan khas oleh kerajaan untuk industry frachais tempatan.
Having all these taken care of, theoretically, now the Bumiputras can
kick start rather ‘immediately’ their own business. That was the
strategy and that was the story yang nampaknya ramai dari kita yang
pung pang di FB tak tau. So, from this perspective, boycotting any
franchising is not really boycotting the franchisor but jeopardizing
local industry/business and national strategy instead.
So
macamana, nak terus boikot ke tidak McD? Ikut suka koranglah, tepuk
dada tanya selera. Cuma, sebelum aku sign off, ada sikit lagi yang
aku nak cakap. Ramai juga yang championing the boycott mengguna
persuasive tactic dalam bentuk soalan lepas mati. Ramai yang cakap,
kalau kita boycott McD, nanti lepas mati bila ditanya apa usaha kita
dalam membantu saudara kita di Palestine, kita boleh jawab yang kita
Boycott McD. Hmm, apa pulak nak jawab ek kalau kita seterusnya
disoal, kenapa pulak kita nak menganiaya owner2 McD Muslim yang
membayar zakat setiap tahun, yang tak terlibat pun dengan apa2 urusan
McD (the franchisor)? Kalau ditanya macam tu la. Wallahualam.
Dan
last sekali (betul, kali ni mmg last punya), mungkin akan ada yang
kata, “ala, apa la tulis2 panjang, tak habis2 lagi ke hal McD ni?”.
Hmm, McD ni pada aku symbolic je, permasalahan yang sebenar yang
menyebabkan aku sanggup tulis panjang2 ni ialah kerisauan aku pada
sikap masyarakat kita yang terus berfikiran dan bersikap simplistic.
Kita gagal hendak menerima hakikat yang hidup ini tidak se’simple’
yang kita rasa, kita gagal untuk memahami yang interaksi kita antara
manusia dan manusia, society dan society, negara dan negara adalah
satu sistem yang sangat kompleks yang pengurusannya memerlukan kita
memandang sesuatu perkara dari perspective bird eyes view. Pemikiran
yang simplistic sebeginilah menyebabkan masyarakat kita amat sukar
untuk mencari titik persetujuan dan berterus-terusan berbalah sesama
sendiri. Ini yang perlu kita selesaikan terlebih dulu. Dan inilah
juga reason kenapa aku terus menulis on topics yang mungkin pada
pandangan ramai adalah trivial dan tak penting.
*Note:
Aku sokong perjuangan Palestine dan aku benci Zionist tapi pada aku,
cara yang paling sesuai untuk aku menyumbang dan berjihad adalah
dengan mengajar bersungguh2 dan research bersungguh2 supaya
masyarakat dan negara aku nanti akan cukup maju dan kuat untuk
melindungi dan memperjuangkan hak2 Palestine. Honestly, I am a
true believer of “there is always a smart way in anything” but
never, never I believe in short-cut.
No comments:
Post a Comment