Alhamdulillah.
Pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang share majoriti KFC
sebanyak 51% berbanding hanya 24% sahaja sebelum ini.
Ia
bermakna, KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor
seharusnya berbangga dengan pencapaian ini. Insya-Allah setiap
keuntungan serta dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri
menerusi syarikat-syarikat di bawah Johor Corporation akan
disumbangkan kepada pembangunan negeri Johor yang sudah pasti akan
memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program
pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan.
Kita
memahami suara hati rakyat Johor agar Kerajaan Negeri menerusi JCORP
mempertahankan pegangan dan melindungi kepentingan strategik
dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) yang menjadi lambang kebanggaan
Negeri Johor dan selaras usaha agenda memperkasa ekonomi bumiputera.
Mohamed
khaled Nordin
No comments:
Post a Comment