HARAM
MUSLIMAH PAKAI JILBOOBS!
Majlis
Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita
mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau
berpakaian ketat.
MUI
mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita
bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang
kini menjadi ikutan di Indonesia.
Golongan
tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi
berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.
"Sudah
ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk
tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen)
itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.
Menurut
Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh
golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara
berpakaian.
"Kalau
sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk
yang sensual itu dilarang," kata beliau.
Sehubungan
itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian
pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.
Sebelum
ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai
Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian
ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media
sosial itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment