Duta
Besar Malaysia di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad memaklumkan urusan
membawa pulang jenazah warga ×Malaysiaberjalan
lancar. – Gambar wikipedia.org, 18 Ogos, 2014.
Pihak
berkuasa Belanda memuji kesungguhan dan sikap profesional anggota dan
pegawai Malaysia yang terlibat sepanjang proses pengurusan jenazah
rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Duta
Besar Malaysia di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata
penghargaan itu dizahirkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam
mempercepat dan melicinkan setiap proses pengurusan tersebut.
"Mereka
puji dan kagum semangat serta kecekapan kerja berpasukan kita,
contohnya anggota dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kor
Agama Angkatan Tentera Malaysa dalam menguruskan jenazah dengan
teliti termasuk dalam memandikan jenazah.
"Tidak
semua (orang) mampu buat tugas itu dengan betul kecuali yang
benar-benar pakar dan ada kemahiran tinggi," katanya kepada
wartawan Malaysia pada Isnin.
Dr
Fauziah menarik perhatian bahawa kepakaran anggota dan pegawai
terbabit selain kerjasama berterusan pihak berkuasa Belanda membantu
mempercepat proses menguruskan jenazah.
Jelasnya,
urusan membawa pulang jenazah warga Malaysia berjalan
lancar dan pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu dalam
tempoh berbaki tiga hari lagi sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah
air.
Menurut
Dr Fauziah, tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah
kepada kerajaan Malaysia dijadualkan
pada Khamis ini.
Katanya,
apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan
jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada
kerajaan Malaysia selepas
mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda,
sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah
air.
Dalam
pada itu, Dr Fauziah berkata pihaknya sentiasa diberikan maklumat
terkini hampir dua hingga tiga kali setiap hari berhubung jenazah
rakyat Malaysia.
"Boleh
dikatakan hampir 60% jenazah rakyat negara kita sudah ditemui. Sejak
tragedi itu, kita sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan
terbaharu menerusi panggilan telefon pada kadar segera.
"Ada kalanya kita tidak tidur menunggu perkembangan setiap hari. Selepas mendapat hitam putih, kita terus memaklumkan kepada anggota keluarga mangsa di Malaysia," katanya.
"Ada kalanya kita tidak tidur menunggu perkembangan setiap hari. Selepas mendapat hitam putih, kita terus memaklumkan kepada anggota keluarga mangsa di Malaysia," katanya.
Sementara
itu, Dr Fauziah berkata beliau akan pulang ke Malaysia dan
akan turut serta menyambut jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
Sebanyak
22 jenazah termasuk seorang bukan warga Malaysia akan
dihantar pulang merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu
mayat dengan pesawat khas dari Amsterdam yang
dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi, Jumaat ini.
Tarikh
itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat
penghormatan untuk jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan di
Kompleks Bunga Raya, KLIA pada hari berkenaan.
Penerbangan
MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di
wilayah Donetsk,
timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada
17 Julai. – Bernama, 18 Ogos, 2014
No comments:
Post a Comment