Anwar
nak jadi MB Selangor sebab sumber kewangan yang mudah untuk beliau guna dalam
perjuangan politik beliau. Bila beliau gagal, diletak pulak proksinya sebagai
penganti. Hasratnya hanya mahu menguasai Selangor supaya mudah beliau mendapat
wang. Tak kiralah secara bulanan, ataupun melalui projek.
Anwar
sekarang dalam keadaan yang tertekan dan menghadapi masalah kewangan yang agak
serius.
Jika
Azmin dilantik sebagai MB Selangor, Anwar pasti risau kedudukan beliau sebagai
KETUM dan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.
Sudah
pasti Azmin mempunyai kuasa kewangan yang kuat dan mampu menjaga diri sendiri.
Dirisaukan akibat kuasa kewangan yang besar, Anwar tidak lagi mampu membendung
Azmin dan Azmin bakal merampas kuasa dalam parti PKR.
Sebagai
panglima perang Anwar yang paling lama dan masih setia. Sudah tentu kemahiran
memberontak dan rampasan kuasa yang dihalalkan Anwar, bakal Azmin praktikkan
kelak.
Kita
hanya perlu tunggu dan lihat..
Ternyata
perubahan kuasa di Selangor bakal menyaksikan lanskap politik yang akan berubah
didalam pucuk pimpinan PKR.
UMNO
Selangor juga perlu persiapkan diri untuk menghadapi serangan dari MB baru.
Kerana Azmin benar-benar orang politik yang terlatih, berbanding Khalid Ibrahim
lebih kepada pengurusan.
seterusnya
No comments:
Post a Comment