Menteri
Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti
alasan yang diberikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
memecat Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. –
Gambar Ramy Afifin/Selangorkini, 23 September, 2014.
Belum
apa-apa azmin dah tunjuk dia ni masih jambu anwar. Tan Sri Khalid teramat sukar untuk membuat
keputusan mengenai isu air kerana Anwar meraban sana sini. Sekiranya Azmin membawa budaya Anwar rakyat
Selangor akan terus menjadi mangsa.
Punca penyingkiran Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor oleh bekas Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam akan disiasat, kata Mohamed Azmin
Ali.
Menteri
besar baharu yang mengangkat sumpah lantikan pagi tadi berkata, pihaknya akan
meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Khalid sebelum bertindak
mengembalikan semula jawatan asal dalam negeri itu kepada Anwar.
"Saya
baru dimaklumkan semalam ada keputusan yang dibuat, jadi saya lihat dulu apakah
keputusan itu," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah, Klang, hari
ini.
Khalid
pada detik akhir pentadbirannya memutuskan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
di Plaza Perangsang ditutup berkuat kuasa serta merta semalam bagi menjimatkan
kos pentadbiran kerajaan negeri.
Perkara
itu diputuskan dalam mesyuarat terakhir Khalid bersama empat exco PAS semalam.
"Kita
berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya
peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan
negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan
Selangor," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah
Husin dalam satu kenyataan.
Mengulas
isu air, Azmin berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti perjanjian
penstrukturan industri air yang dimuktamadkan 11 September lalu memandangkan
Khalid sebelum ini tidak pernah berbincang mengenainya dengan Pakatan Rakyat
(PR).
"Saya
akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan dan ketua jabatan untuk
meneliti semula perjanjian air. Beri saya masa," katanya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu turut menepis dakwaan
dirinya disamakan seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang
akan dikawal oleh parti politik seperti boneka jika menjadi menteri besar.
Azmin
berkata, beliau tidak akan menurut arahan mana-mana pihak, sebaliknya hanya
akan menjalankan tugas berpandukan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh
Selangor.
"Saya
akan menuruti Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga
polisi yang sudah diluluskan PR untuk diguna pakai," katanya.
Ditanya
mengenai suara tidak puas hati sesetengah ahli parti yang mahu melihat Dr Wan
Azizah menjadi menteri besar, Azmin berkata semua pihak perlu terus maju ke
depan dan terima keputusan Sultan.
"Lebih
baik kita 'move on' dan berpegang kepada keputusan yang diambil," katanya.
- TMI
No comments:
Post a Comment