Muktamar
Tahunan PAS ke-60 dikejutkan dengan pendedahan yang mendakwa wujud gerakan
terancang untuk menggulingkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lebih
mengejutkan apabila gerakan berkenaan dikatakan turut didalangi Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat.
Perwakilan
Kelantan, Ahmad Fadhil Shaari ketika mendedahkan maklumat itu berkata,
dakwaannya itu disokong dengan bukti ramakan video mengenai perhimpunan gerakan
berkenaan di Kota Baru baru-baru ini.
"Wujud
anasir untuk turunkan presiden, ada satu perhimpunan di Kota Baru pada 31 Ogos
lalu.
"Malah
ada AJK PAS Pusat yang hadir. Saya ada rakaman. Kalau Pengerusi izinkan, saya
boleh pasang...tapi panjang sangat. Perhimpunan itu menyebut tentang usaha
untuk menjatuhkan presiden," katanya di sini.
Beliau
berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden ketika Muktamar
Tahunan PAS ke-60 pada Jumaat.
PAS
dilihat berhadapan masalah dalaman apabila wujud pertikaian mengenai kuasa
eksekutif Abdul Hadi sebagai Presiden dalam menyatakan pendirian dan keputusan
membabitkan kepentingan parti.
Isu
berkenaan timbul apabila Abdul Hadi menyatakan pendirian bertentangan dengan
sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP berhubung pertukaran jawatan
Menteri Besar Selangor. mstar
No comments:
Post a Comment