Keretakan
Pakatan sudah memang tidak boleh disangkal lagi, dalam Mukatamar pun
sudah nampak puak PAS tanpa segan silu sound pimpinan PKR dan DAP!
Malah Hadi juga walau tidak sekeras mana tetap memberi amaran dont
play-play kepada PKR dan DAP. Klik
sini
Lagi best, blog Selangor Chronicle dedah sudah ada 4 orang dari 30 orang yang sokong nenek kipas menyatakan sokongan kepada Khalid:
Perkembangan terbaru membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor, semakin menarik dan semakin berwarna-warni.
Setelah kegagalan memaksa DYMM
Sultan Selangor untuk mengikut kehendak Anwar Ibrahim, PKR
mula kendur dan DAP pula mula mengalihkan fokus.
Apatah lagi, beberapa tindakan kerajaan menguatkuasakan Akta
Hasutan, turut membantutkan usaha Pakatan Rakyat mewujudkan gelombang
menyingkirkan dan memansuhkan sistem serta Institusi Raja
Melayu di Selangor.
Pada
masa yang sama, PAS menerusi Presidennya kekal menyokong Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, meskipun sekarang ini Khalid
Ibrahim bukan lagi ahli PKR setelah dipecat kerana enggan
memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk merampas
jawatan tersebut atas arahan Anwar Ibrahim.
Sebelum
ini, PKR dan DAP bertegas bahawa Khalid Ibrahim telah
kehilangan sokongan apabila mereka menampilkan 30 Akuan
Bersumpah daripada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang menyokong Wan
Azizah untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Namun
kini, muncul persoalan, walaupun 30 ADUN
tersebut mengisytiharkan sokongan kepada Wan Azizah,
tidak bermakna sebahagian besar daripada mereka menyokong
penyingkiran Khalid Ibrahim daripada jawatan berkenaan.
Penyingkiran
Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor
tidak boleh dilakukan menerusi Akaun Bersumpah, sebaliknya
menerusi undi tidak percaya dan yang paling
penting, PERKENAN DYMM SULTAN SELANGOR!
Selagi
dua perkara tersebut tidak dapat dicapai, selagi itulah,
Khalid Ibrahim akan terus kekal sebagai Menteri Besar
Selangor.
Berita
terbaru yang diterima ialah, empat orang daripada 30 ADUN
penyokong Wan Azizah dikatakan telah mengisytiharkan kepada pihak
istana bahawa mereka menyesal
menandatangani akaun bersumpah dan sekiranya
undi tidak percaya dibuat secara rahsia,
mereka akan menyokong Khalid Ibrahim.
Ini
bermakna PKR dan DAP tidak lagi mempunyai 30
undi seperti yang mereka bangga-banggakan sebelum
ini. Sebaliknya hanya 26. Mereka sebenarnya memerlukan
sekurang-kurangnya 29 ADUN untuk tujuan penyingkiran Khalid.
Sudah
wujud khabar-khabar angin yang menyatakan DYMM Sultan Selangor
akan memanggil kesemua 30 ADUN tersebut dan bertanya
seorang demi seorang tentang pendirian mereka.
Dengan
petunjuk yang diberikan oleh PKR, DAP dan PAS
membabitkan ketidaksepakatan mereka serta tidak lagi
dalam keadaan konsensus sepertimana yang didakwa, DYMM Sultan
Selangor sebenarnya tidak lagi perlu melihat Pakatan
Rakyat sebagai satu bentuk kesatuan sebaliknya melihat
kepada pendirian individu PKR, DAP dan PAS.
Nama
keempat-empat ADUN tersebut akan didedahkan tidak lama
lagi.
Itu
pendedahan blog berkenaan, ini bermakna, Khalid akan terus menjadi MB
sebab dia mendapat sokongan penuh dari PAS dan 4 adun yang bakal
membabikan Anwar! Siapa 4 orang tu masih menjadi misteri..sama-sama
kita nantikan.
No comments:
Post a Comment