KKN:
Kroni-Kroni Nga (2)
Ahli
Parlimen atau ADUN dikenali sebagai wakil rakyat. Sebelum dipilih
sebagai wakil rakyat adakah calon-calon ini dipilih oleh rakyat?
Demokrasi
Malaysia bukan macam tu..calon wakil rakyat dipilih oleh ahli parti.
Betul ka?
Mana
ada. Ahli parti pun mana ada hak untuk memilih calon wakil rakyat,
sebaliknya dipilih oleh mereka yang berkuasa dalam parti...dan dalam
DAP Perak, Ngeh dan Nga merupakan taiko yang paling berkuasa untuk
memilih calon.
Dalam
PRU 13, ramai yang melobi untuk jadi Ahli Parlimen Kampar tapi
akhirnya dapat kat Dr. Ko Chung Sen. Siapa Dr. Kong ini?
Dr.
Kong adalah Pakar Jantung di KPJ Ipoh Specialist Hospital. Dia pernah
merawat Lee Chee Seng yang diserang sakit jantung dan sebagai balasan
kerana "menyelamatkan nyawa" Lee Chee Seng, Lee Chee Seng
telah meminta Nga Kor Ming dipilih sebagai calon Parlimen Kampar.
He..he..orang DAP layak gantung bendera buat dinner saja la.
Nak
cakap tentang demokrasi atau ketelusan dalam DAP? Belajar dari Nga
Kor Ming.
Sebelum
PRU 13, siapa kenal Yong Choo Kiong atau Paul Yong? Ramai yang tak
tau.
Paul
Yong juga teringin nak jadi ADUN Tronoh yang pada masa itu disandang
oleh Sivakumar. Kalau nak bersaing dengan Sivakumar, susah sikit
sebab Sivakumar terkenal dengan Speaker yang kena seret. Lagi pun
Sivakumar banyak buat kerja dan terkenal di DUN Tronoh.
Cara
yang paling pantas untuk jadi calon ialah dengan "membeli"
Nga Kor Ming.
Paul
Yong merupakan seorang pemaju perumahan dan dia telah membuat tawaran
kepada Nga Kor Ming untuk menjadi rakan kongsi dan mereka menubuhkan
sebuah syarikat perumahan yang dikenali sebagai Nova Development. Nga
menjadi pemegang saham utama.
Gambar
ini diambil semasa projek tersebut dalam pembinaan. Sekarang, dah
siap dan sesiapa yang melalui jalan Ipoh-Lumut boleh nampak bangunan
rumah kedai di sebelah Stesyen Caltex, Taman Tasek Putra, Tronoh.
So,
Nga Kor Ming bukan saja jadi ahli Parlimen dan ADUN, dia juga jadi
pemaju perumahan, pengusaha restoran, kedai jahit, ....tu belum
termasuk saham yang dipegang dalam banyak lagi bisnis.
Pelaburan
Paul Yong dengan "membeli" Nga Kor Ming mendapat dividen
yang tinggi apabila Paul Yong dipilih menjadi calon DUN Tronoh dalam
PRU 13 yang lalu dan menang.
Susah
ka nak jadi calon dalam DAP? Tak susah...cuma beli Nga Kor Ming dah
cukup.Nak cakap tentang kronisma? Bullshit. Ini bukan kronisma la...
Ini...
ini dipanggil "lu tolong wa...wa tolong lu."
No comments:
Post a Comment