Walaupun
ramai pemimpin dan pengikutnya berjubah, berkepiah lebai dan
berjanggut, namun kalau berjanji 10 perkara 15 tak boleh pakai.
Dah
berjanji tak tahu nak tunaikan janji. Lepas tu tuduh kerajaan BN
zalim.
Rakyat
Kelantan selalu dimomokkan PAS kononnya kerajaan BN zalim kerana
menafikan hak rakyat. Rakyat ditindas dan peruntukkan di sekat.
Mitos-mitos
dan dongengan Israeliyat mengenai 'kekejaman' BN dimainkan oleh para
penceramah PAS setiap kali ceramah disusuli dengan impian untuk
menawan Putrajaya...sambil-sambil tin-tin milo dan supik-supik
beredaran menagih derma rakyat.
Hakikatnya
siapa yang zalim sebenarnya?
Laporan
Ketua Audit Audit Negara 2011 sebelum ini menegur Kerajaan PAS Nik
Aziz kerana hanya menggunakan 42.9% atau RM111.32 juta daripada
RM259.73 juta pemberian bajet penyelenggaraan kerajaan negeri
daripada Kerajaan Persekutuan untuk tempoh 2009 -2011.
Selebihnya
disimpan untuk ditonjolkan kepada rakyat kononnya kerajaan Nik Aziz
berjaya menjimatkan wang kerajaan, hasil bumi kononnya bertambah maka
hasil perbendaharaan pun bertambah...
Rakyat
melopong melihat 'kehebatan' kepimpinan ulama. Walhal itu semua
pembohongan dan taqiyah semata-mata.
Untuk
rekod, pada tahun 2010, Kelantan menerima peruntukkan sebanyak RM87
juta, tahun 2011 (RM101 juta), 2012 (RM133 juta) dan 2013 (RM179
juta). Kesemuanya untuk projek penyelenggaraan jalan raya.
Tapi
kemanakah perginya kesemua peruntukkan tersebut sedangkan banyak
jalan di daerah-daerah masih berlubang-lubang?
Belum
sempat tampal jalan, dah sibuk lancarkan lebuhraya rakyat. Duit
rakyat dikutip lagi tanpa diaudit.
Tetiba
baru-baru ini dirasmikan lagi lebuhraya yang pernah dilancarkan
dahulu...duit rakyat ditagih lagi.
Huh
hebat sandiwara, rakyat kena tipu lagi. Duit ntah ke mana sedar-sedar
pemimpin bertukar kereta baru, bini baru, rumah baru...
Kini
demi memenangi PRK Pengkalan Kubor PAS buat sekian kalinya menabur
janji baru untuk membina sebuah jambatan dua lorong di kampung Teluk
Jering yang dituntut penduduk sejak 40 tahun lalu.
Disalahkan
juga kerajaan Pusat dan wakil BN sebelumnya kononnya tak memberi
peruntukkan walhal 24 tahun PAS memerintah, berjuta ringgit wang
peruntukkan boleh diambil dari kewangan negeri namun gagal
dilaksanakan pemerintahan PAS.
Sebab apa PAS gagal bina sebelumnya?...Sebab tak amanah, duit lari ke tempat lain.
Sebab apa PAS gagal bina sebelumnya?...Sebab tak amanah, duit lari ke tempat lain.
Peringatan
Rasulullah s.a.w antara sifat-sifat munafik itu ialah apabila
bercakap ia bohong, apabila berjanji ia mungkir, apabila dia berbalah
dia melampaui batas dan apabila diberi amanah ia khianat.
Ciri-ciri
ini banyak dalam jiwa pemimpin-pemimpin PAS. Maka perlukah rakyat di
Pengkalan Kubor memberikan amanah dan kedudukan kepada parti dan
pemimpin sebegini?
No comments:
Post a Comment