Tuesday, September 16, 2014

Perutusan”Spinning” Gasing Hari Malaysia #PRKPengkalanKubor



Si Anwar Ibrahim

16hb September 2014 genaplah enam tahun saya menjadi Perdana Menteri di Malaysia.
Pada zahirnya memanglah DS Najib Razak kelihatan sebagai Perdana Menteri sehingga kini namun hakikatnya saya adalah orang yang memerintah dan menentukan apa yang beliau akan lakukan sejak enam tahun yang lalu.

Pada PRU ke13 yang lalu, beliau telah melaksanakan salah satu daripada arahan saya iaitu penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya.

Saya telah mengarahkan beliau memansuhkan ISA dan beliau juga akur.

Pada dasarnya BR1M dilaksanakan kerana beliau mencontohi tindakan saya memberi wang kepada rakyat bermula di Pulau Pinang.

1Malaysia adalah kempen yang saya mulakan apabila saya dibuang daripada UMNO dan ternyata langkah bagi meliberalkan bangsa Melayu akhirnya turut dilaksanakan oleh beliau.

Kini, beliau bertungkus lumus hendak menghapuskan pula Akta Hasutan 1948 sedangkan akta tersebut telah wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan atas dasar keperluan bagi sesebuah negara majmuk iaitu Malaysia dan itu juga atas desakan saya.
Rasanya tidak perlulah saya panjang lebarksn ucapan saya sekadar satu ucapan pendek dari saya buat DS Najib sempena Hari Malaysia iaitu “I know what you did last summer…”


The king is not the real king.

No comments:

Post a Comment