Dengar
khabarnya, antara tiga orang politik paling mendapat kepercayaan PM pada ketika
ini adalah tiga orang KETUA UMNO BAHAGIAN yang sangat terkenal dengan
kredibiliti masing-masing.
Penasihat
No 1: Dr Shafei Abdullah *Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju
Pencapaian
tidaklah cemerlang sangat. Tewas teruk dalam PRU yang lalu. Menyalahkan MCA
sepenuhnya di atas kekalahan yang sebenarnya sudah diagak setahun sebelum PRU.
Sedang
mengumpul kekayaan yang berlipat kali ganda kerana mempunyai telinga dan
perhatian PM pada setiap masa. Shafei adalah nama yang paling akrab di kalangan
orang kepercayaan PM. Pernah diletakkan di MOF sebagai pusat mencari harta
kekayaan dan bijak dalam menggunakan kedudukan.
Melayu
ultra yang adakalanya tidak rasional dalam memberikan idea dan cadangan.
Penasihat
No 2: Dato Fatmi *Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu
Pencapaian
politik pun tidak cemerlang. Tewas dalam PRU yang lalu. Tewas walaupun menggunakan
jutaan ringgit wang rakyat melalui ICU, JPM sepanjang lima tahun yang lalu.
Penasihat
No.3: Tajuddin Rahman *Pasir Salak
Ini
adalah penasihat paling cemerlang (secara politik). Timbalan Menteri pada
ketika ini, namun sedang mempersiapkan diri untuk mengambil alih jawatan
Menteri Dalam Negeri sekiranya berlaku apa-apa perubahan.
Seorang
yang tegas. Ultra melayu dan tidak peduli apa orang kata. Memang Warlord dalam
politik Perak dan Malaysia. Bijak dalam membuat pendirian politik.
Persoalannya:-
- PM
selalu cakap pasal transformasi politik; apakah ketiga-tiga orang ini mampu
memahami idea dan wawasan PM?
-
Apakah wajar orang yang telah ditolak oleh rakyat (dalam kes ini, Shafei dan
Fatmi) mahu diberikan terus lesen besar untuk bergerak di JPM dan MoF?
- Berapa
banyak lagi kekayaan negara yang mahu mereka ambil untuk poket sendiri?
-
Apakah cadangan mereka selari dengan idea APCO/Malay Liberal PM?
Transforbasi paling ketara hasil sentuhan NAjib ialah menjadi Pengkhianat Melayu, Tokoh Anjing Belaan Amerika dan Anak Ikan Anwar! :
ReplyDelete