Tindakan
perwakilan PAS P.Pinang Iszuree Ibrahim yang juga Ahli Majlis MPPP mendedahkan kerajaan DAP diketuai Guan Eng lebih mesra kepada pemaju perumahan
berbanding kepentingan rakyat di Muktamar PAS
pastinya telah membuka tembelang
sebenar .
Sebelum
ini hanya UMNO P.Pinang dan agensi
kerajaan Persekutuan yang sering
bersuara membidas sikap kerajaan DAP yang tidak meluluskan pembinaan rumah
mampu milik untuk keperluan rakyat . klik di sini
Iszuree yang juga Ahli Majlis tentu tahu akan
perkara sebenar berlaku di dalam
MPPP dan kenapa projek perumahan mampu milik tidak diluluskan dan projek
kondominium dan rumah banglo mewah yang mesra pemaju diluluskan .
Kita
tunggu apa kata macai -macai DAP yang sudah tentunya akan pertahankan Guan Eng ini
http://www.mppp.gov.my/web/guest/profilahlimajlis
Perwakilan
Pulau Pinang Izuri Ibrahim berkata beliau bimbang kerana kerajaan negeri
pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada
membela nasib rakyat negeri itu.
Beliau
mendakwa kerajaan negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat
dalam menangani masalah perumahan, sebaliknya lebih propemaju seperti yang
diamalkan BN.
"PAS
Pulau Pinang tidak menentang pembangunan pesat. Tetapi kita tidak bersetuju
dengan pembangunan yang merugikan rakyat.
"PAS
Pulau Pinang bimbang (situasi) terkini trend pemimpin (kerajaan negeri lebih)
mesra pemaju daripada membela rakyat," katanya.
Menurutnya
lagi harga sekaki tanah di Pulau Pinang kini mencecah antara RM300 hingga RM500
dan sebuah rumah kini mencecah jutaan ringgit,
"Itu
tidak termasuk (pelaksanaan cukai) GST, ini akan membebankan rakyat,"
katanya.
Sehubungan
itu, Izuri mendesak supaya PAS turut dilibatkan dalam proses merangka polisi
perumahan di Pulau Pinang bagi mengemukan cadangan untuk pembangunan lestari di
negeri itu.
No comments:
Post a Comment