Sallehin
Mukhyi Balas Dendam dan Ingatkan Azmin, Bagaimana Dia Boleh Jadi MB Selangor
Azmin
Ali naik jadi Menteri Besar Selangor kerana namanya diusulkan oleh PAS. Kalau
diharapkan kepada DAP dan parti yang dia sendiri menjadi Timbalan Presiden,
PKR, Azmin Ali hanya kekal sebagai ADUN Bukit Antarabangsa dan tidak mempunyai
sebarang peranan kecuali kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dia
terpaksa pula berkongsi dengan Zuraidah Kamaruddin, si Mak Lampir, Ahli
Parlimen Ampang.
Selepas
PKR dan DAP sebulat suara serta hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon
tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor, hanya PAS sahaja yang terus
mengekalkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali walaupun dua
daripada ADUN mereka yang diketahui amat kuat menyokong Anwar Ibrahim dan
Teresa Kok, memilih untuk berpaling tadah.
Tempoh
sebelum Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar Selangor dan mendapat
perkenan daripada DYMM Sultan Selangor, kerajaan negeri Selangor hanya diwakili
oleh empat orang Exco dari PAS dan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.
Walaupun DAP dan PKR mahu mewujudkan Selangor sebagai negeri yang penuh kacau
bilau menerusi desakan agar kerajaan sementara Khalid Ibrahim meletak jawatan,
PAS tetap meneruskan sokongan kepada Azmin Ali dan mempertahankan keputusan
mereka sekalipun PKR dan DAP menjadikan PAS sebagai bahan sesahan mereka.
Sehinggalah
Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar, rupa-rupanya budi dan jasa PAS tidak
dihargai langsung oleh Azmin Ali. Kerana sokongan PAS, Azmin Ali menjadi
Menteri Besar tetapi kerana PAS jugalah, Azmin Ali mahu mendapat nama semula
dalam PKR dan meraih sokongan daripada DAP secara tidak berbelah bahagi.
PAS
dikorbankan. ADUN-ADUN PAS yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi
kepadanya, telah dibuang dan digantikan dengan ADUN-ADUN PKR dan DAP dalam
barisan kabinet negerinya.
Sallehin
Mukhyi yang merupakan salah seorang daripada ADUN dan bekas Exco yang
memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali, dibuang dan
dicampakkan. Bahkan diperhinakan seperti anjing.
Kini,
para pengikut dan penyokong Sallehin Mukhyi dan PAS, mula menyedari bahawa
Azmin Ali tidak boleh dipercayai. PKR dan DAP bukanlah kawan yang sesuai untuk
mereka. Tetapi PAS telah terlambat. PAS telah terlewat untuk menyedari yang
mereka tertipu.
Barangkali
kerana kekecewaan itulah, beberapa pemidang yang menzahirkan luahan perasaan
mereka boleh ditemui di serata Selangor. Gambar paling atas merupakan banner
yang ditemui di Sabak Bernam, manakala banner kedua pula boleh ditemui di Kuala
Selangor.
http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/10/sallehin-mukhyi-balas-dendam-dan.html
No comments:
Post a Comment