Hazzirah
Izzati Mat Lazim memang tidak sepopular Adam Adli.Hazirah hanyalah
gadis biasa tapi mempunyai kebolehan yang luar biasa dengan
pencapaian cemerlang didalam bidang akademik memperolehi Phd pada
awal usia 24 tahun.Pencapaian beliau seharusnya mendapat liputan
meluas media dan wajar dijadikan ikon kepada generasi kini khususnya
anak-anak Melayu.Tentunya gadis ini memberikan keutamaan kepada
pelajaran berbanding perkara-perkara lain adalah antara kunci utama
kejayaan beliau.
Bukan dengan niat mempolitikkan gadis ini tetapi jika perbandingan dibuat dengan tujuan kebaikan anak bangsa apa salahnya dan dimana silapnya.Kejayaan menempa nama sebagai pelajar Melayu yang mendapat usia 24 tahun jauh lebih bermakna dari kejayaan Adam Adli menjadi bekas pelajar di pusat pengajian tinggi berulang alik ke balai polis menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.Naik turun mahkamah dan menjadi buruan lensa Adam Adli kelihatan berbangga dan riak.Mempunyai pengikut yang menyokong membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada generasi muda khususnya pelajar Melayu yang berada di menara gading.
Mahasiswa serta mahasiswi dihasut menjadi kurang ajar dan bersikap seperti extremis kononnya ingin menjadi pejuang dengan menjadi alat perkakasan parti politik pembangkang.Berguling-guling dijalanraya menjadi riadah mereka di setiap hujung minggu sambil menjaja sepanduk perjuangan di jalanan begitu meloyakan.Tutur kata kesat provokasi kepada pemerintah menjadi siulan dan tentunya tersemat di benak mereka seakan lupa siapakah diri mereka sebenarnya.
Antara mereka berdua Hazzirah Izzati dan Adam Adli ..siapakah wajar menjadi wira atau wirawati.Jika watak antagonis lebih menarik perhatian anak -anak Melayu,betapa malangnya segala pengorbanan generasi terdahulu untuk memastikan Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama tinggi dengan bangsa yang lebih terkehadapan berbanding kita.
Bukan dengan niat mempolitikkan gadis ini tetapi jika perbandingan dibuat dengan tujuan kebaikan anak bangsa apa salahnya dan dimana silapnya.Kejayaan menempa nama sebagai pelajar Melayu yang mendapat usia 24 tahun jauh lebih bermakna dari kejayaan Adam Adli menjadi bekas pelajar di pusat pengajian tinggi berulang alik ke balai polis menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.Naik turun mahkamah dan menjadi buruan lensa Adam Adli kelihatan berbangga dan riak.Mempunyai pengikut yang menyokong membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada generasi muda khususnya pelajar Melayu yang berada di menara gading.
Mahasiswa serta mahasiswi dihasut menjadi kurang ajar dan bersikap seperti extremis kononnya ingin menjadi pejuang dengan menjadi alat perkakasan parti politik pembangkang.Berguling-guling dijalanraya menjadi riadah mereka di setiap hujung minggu sambil menjaja sepanduk perjuangan di jalanan begitu meloyakan.Tutur kata kesat provokasi kepada pemerintah menjadi siulan dan tentunya tersemat di benak mereka seakan lupa siapakah diri mereka sebenarnya.
Antara mereka berdua Hazzirah Izzati dan Adam Adli ..siapakah wajar menjadi wira atau wirawati.Jika watak antagonis lebih menarik perhatian anak -anak Melayu,betapa malangnya segala pengorbanan generasi terdahulu untuk memastikan Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama tinggi dengan bangsa yang lebih terkehadapan berbanding kita.
Biodata
Hazzirah Izzati
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah
memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang
Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki
peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau
ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi
meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai
pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara
Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang
belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya
sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja
tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006
dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini
adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau
kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6)
bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007.
Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir
Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian
ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat
pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas
tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan
pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama
dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan
pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya
ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke
peringkat Doktor
Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM.
Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam
bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM
Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak
KPT. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan
kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik,
Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang
ditawarkan oleh pihak KPT.
Di
bawah seliaan
Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali,
objektif utama tesis
Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach
Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah
untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan
kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan
Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan
beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak
berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain
itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in
Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab
bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups”
serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups
of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan
hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms
on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological
Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi
meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat
secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam
menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti
Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan
penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk
UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi
University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012,
University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of
Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil
penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra
Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International
Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian
Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra
Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra
Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu
pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam
persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta
terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX,
Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan
Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk
Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan
pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference
(ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan
diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran
Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad
Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak
hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat
aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti
serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel
LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel
Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa
termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang
diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate
Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut
melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program
anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad
Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada
1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi
pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan
dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan
tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus
Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.
Sumber
SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. keistimewaan/kecerdikan yg. sungguh luar biasa diwarisi anak Hazirah ini! Harapnya kecerdikannya terus diasah utk. jadi SAINTIS Islam/Melayu terkemuka - mungkin anak-anak Islam/Melayu dan Bumiputera lain miskin, serta anak-anak PELARIAN dari kaum Rohingya, Palestin, Afrika dsbnya, boleh di tempatkan juga di bawah naungan Hazirah dll, di kem-kem pendidikan khas, utk. memotivasikan dan melahirkan lebih ramai SAINTIS muda Islam/Melayu serta Bumiputera lain, tetapi juga yg. berakhlak tinggi!
ReplyDeleteYg. si mamat-PKRSODOM tu pula, aku syak dah jauh hanyut jadi SAMPAH Masyarakat!
Makcik Sambal Belacan.
Masalahnya budak2 melayu lg suka jd hantu dr manusia. Dulu sifat anarkis setakat zaman U saja. Bila dah keluar dan berkarier benda2 ikut hawa nafsu dan perasaan ni akan ditinggalkan. Tp skrg aku nengok trendnya berterusan smp dah kerja dan kawin serta beranak pinak pun masih ikut sifat anarkis. Ternyata melayu semakin pendek akal dari generasi ke generasi. Tahniah pd parti2 pembangkang krn doktrin menghancurkan anda sudah bejaya.
ReplyDeletejentayu
Tahniah Hazirah! Jika melihat perjalanan kejayaan Hazirah, Melayu jugak yang membantu beliau. Maknanya, Melayu boleh cemerlang jika saling bantu membantu.
ReplyDeleteUMUM NYA MELAYU MEMANG CERDIK.
ReplyDeleteTETAPI ADA YANG PILH NAK JADI BODOH.
TEPUK DADA TANYA SELERA.
2 ANAK SAYA ADA Phd, 2 MASTERS DAN SATU PROFESSIONAL AKAUNTAN.
KINI MEREKA BERGERAK DALAM UMNO.