'Nenek
Kipas Bersarung Tangan Putih' yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kajang, Dr Wan Azizah, meraikan kekalahan beliau dalam kes saman fitnah FELDA
dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV), semalam
dengan menghadiri majlis Deepavali di Klang, sebentar tadi.
FELDA
dan FGV telah memenangi saman berkenaan terhadap Dr Wan Azizah dan dua yang
lain iaitu Dr Syed Husin Ali, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat,
berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keldaian.
Dua
artikel fitnah jahat Dr Wan Azizah & Co. itu masing-masing bertajuk 'Felda
Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina
Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi
29 Jun 2010.
Agak
pelik bagi Dr Wan Azizah yang masih boleh bersukaria dengan meraikan perayaan
warisan keluarga suaminya, selepas didapati bersalah memfitnah. Dan lebih pelik
lagi Dr Wan Azizah menyambut Deepavali di Klang dan bukannya di Kajang, DUNnya
sendiri. Apa dia ingat dia Menteri Besar nak sambut perayaan satu Selangor?
No comments:
Post a Comment