Gambar Hiasan
Hashim
merupa kan seorang ustaz di sebuah daerah, mempunyai perwatakan yang baik,di
kampung beliau mengajar anak-anak mengaji,dan mempunyai seorang isteri yang
mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada,manakala suami
nya hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok,namun kebahagian mereka
terserlah,dan mereka di kurnia kan seorang anak perempuan berusia setahun,pada
awalnya Hashim agak hairan kerana anak nya mempunyai rupa yang berbeza,serta
bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedang kan diri nya bukan lah
tinggi sama juga dengan isterinya,dan yang lebih menghairan kan Hashim hidung
anak nya mancung.kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat,Hashim
menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.
Hashim
akan berada di rumah ketika malam sahaja,kecuali Jumaat baru lah beliau tidak
mengajar,maka tinggal lah isteri nya bersama anak kecil di rumah,sehingga lah
pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan,sehingga
tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital.selama empat bulan baru lah
Hashim sedarkan diri. Ketika balik,Hashim berehat dan gembira dapat bertemu
anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua. Seminggu selepas itu Hashim
memulakan tugas nya iaitu mengajar di pondok, seperti biasasehingga kemalam
barulah Hashim balik kerumah. Malam itu lah Hashim bermimpi melihat isteri nya
memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik sehingga
Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di
sebelah. Hashim bangun dan mencari isteri nya, ternyata isterinya muntah dan
memberitahu Hashim kepalanya sakit.
Keesokannya
Hashim mengambil cuti dan membawa isterinya ke klinik berhampiran kampung
mereka. Setelah diperiksa, doktor mengucapkan tahniah kepada Hashim kerana
isteri nya telah mengandung empat bulan ! Hashim menjadi bingung kerana dia
baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum sebulan. Ketika
tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras
menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim sehingga siisteri sanggup
bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka. Perwatakan baik dan sopan santun yang
selama ini di percayai dan dibanggakan oleh Hashim hilang sekelip mata kerana Hashim
mula mencurigai isterinyasehingga lah dia berdoa dan memohon petunjuk jika itu
memang anaknya.
Keesokan
harinya ketika waktu itu hujan turun dengan renyai-renyai, namun Hashim gagah
kan langkah menuju ke pondok menggunakan baju kalis hujan,walaupun guruh
berdentum di langit Hashim tetap ke pondok untuk mengajar kerana kewajiban. Ketika
mengajar sekitar pukul dua petang, Hashim telah dikejutkan dengan satu
panggilan dari ayah nyadi talian Hashim di minta untuk balik secepat mungkin kerana
sesuatu yang kurang baik telah berlaku.
Hashim
meletakkan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan. Ketika tiba di
rumah dalam keadaan basah kuyup Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertuanya
turut ada di rumah. Selepas memberi
salam Hashim mendukung anak perempuannya dan bertanya apa yang berlaku kepada
ayahnya namun ayahnya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri. Ketika
melangkah ke dalam bilik tidur mereka, terperanjat melihat dua tubuh yang melekat
dalam keadaan renting dan dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat
meloyakan. Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung
bersama seorang lelaki asing berkulit gelap tidak bernyawa.
Ibu
mertua Hashim meraung menagis meratapi anak perempuannya yang mati dalam
keadaan mengaibkan. Ketika itu lah ayah Hashim memberitahu yang mereka
kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantunya yang
hamil namun lain pula yang mereka temui. Hashim bertawakal dan menganggap itu
satu ujian besar dalam hidupnya. Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka
walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya. Beliau tidak
menyangka isterinya yang baik sanggup menikam dirinya dari belakang.
Semoga
kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua. Usah lah kita
terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan
keluarga. Bersama-samalah kita mendoakan agar roh siisteri diampunkan, dan ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman.
(terima
kasih untuk sumber, Haji Minhat)
Dasyat betul balasan tuhan.
ReplyDelete