Temubual dengan Shen Yee Aun (SYA), anak muda berbangsa Cina itu memberitahu,
undi masyarakat Cina solid kepada pembangkang, kerana ada pihak yang
mengapi-api sentimen kemarahan bangsa itu dengan menuduh polisi kerajaan
majukan taikun Melayu supaya merampas kekayaan orang Cina.
Taikun
Melayu yang sering disebut oleh ‘batu api’ itu adalah Syed Mokhtar.
Sebelum
ini Robert Kuok merupakan
satu-satunya individu yang memonopoli gula, namun DAPIG tidak mengkritik monopoli
Raja Gula tersebut.
Berbanding
dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar ‘Raja Gula’ berlaku krisis
‘ketiadaan gula di pasaran’ ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).
( http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2012/12/siapa-monopoli-gula-di-malaysia-jom.html)
Monopoli
gula wujudkan empayar Robert Kuok
1.
Ramai khalayak terutama orang Melayu tidak tahu yang tidak tahu kapitalis Cina
dan India yang jadi kaya raya atas bantuan kerajaan, tapi Orang Melayu ditanam
dengan pendapat yang orang Cina pandai berniaga.
2.Sekarang
kita nak cerita sikit lagi hal tauke Cina yang terkaya di negara kita walaupun
dia dah lama tinggalkan Malaysia. Tauke itu adalah Robert Kuok Hock Nien 'Raja
Gula'. Dalam kajian tahunan terbaru majalah Malaysian Business (16 Februari),
nilai kekayaan beliau adalah RM43 bilion.
3. Dia
dah lama pindah ke Hong Kong. Sejak dua tiga tahun ini pula, dia jual atau
tarik keluar banyak pelaburan dia di Malaysia. Anak-anak dan suku sakat dia pun
tak lagi rapat dengan Malaysia macam dia atau mendiang bapa dia, Kuok Keng
Kang.
4.
Mungkinkah ini punca rizab antarabangsa kita jatuh merudum tahun lepas.
Syarikat korporat dan kapitalis macam Robert Kuok, YTL, Genting, IOI dan
Rimbunan Hijau banyak bawa keluar duit untuk dilabur atau disimpan di luar
negara, khasnya Singapura. Tak hairanlah dah tiga empat tahun lebih banyak
modal Malaysia pergi ke Singapura daripada modal Singapura datang ke Malaysia.
5.
Dalam masa setahun hingga 15 Jun tahun lepas, simpanan asing kita jatuh RM29.1
bilion daripada RM125.8 bilion kepada RM96.7 bilion kerana pengaliran keluar
ini. Empayar Kuok mula kecil-kecilan pada awal abad ke-20 bila Kuok Keng Kang
berhijrah dari wilayah Fujian di Negeri China ke Tanah Melayu pada 1909.
6.
Catatan dalam buku mengenai Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, The
Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time antara lain berbunyi:
"The
patriarch was Kuok Keng Kang, also from Foochow, a late immigrant to Johor
Bahru, who had to face fierce competition from the dominant Teochews, and who
attributed his subsequent success to the help he received from the Malay
community. By 1920, Kuok's fortune was already made, and he was among the very
few who could afford the new luxury of motorcars."
(Ketua
keluarganya adalah Kuok Keng Kang, juga dari Foochow, seorang pendatang baru ke
Johor Bharu, yang mendapat persaingan hebat dari puak Teochew. Kuok Keng Kang
juga berjaya hasil bantuan yang diterimanya daripada masyarakat Melayu.
Menjelang tahun 1920, Kuok Keng Kang sudah pun menjadi kaya raya, dan menjadi
antara segelintir orang yang mampu memiliki beberapa buah kereta mewah).
7.
Orang Melayu ni baik dan pelik. Dia tolong semua orang. Kadang-kadang dia
tolong orang bangsa lain lebih daripada dia tolong bangsa sendiri. Dengan
bangsa sendiri dia kira. Dengan orang bangsa lain dia cincai.
8. Kuok
Keng Kang mula berniaga beras, gula dan tepung gandum di Johor Bahru dengan
pertolongan pembesar Melayu. Ada sebuah cerita dalam akhbar The Star tidak lama
dulu yang kata pembesar Melayu Johorlah yang tolong sembuhkan Kuok Keng Kang
daripada penagihan candu.
9.
Roberk Kuok dan saudara lelakinya, Philips dan William dihantar belajar di
sekolah Inggeris. Philips akhirnya jadi diplomat tapi William yang masuk Parti
Komunis Malaya ditembak mati oleh Inggeris pada 1952.
10.
Antara kawan sekolah Robert Kuok di Kolej Raffles, Singapura adalah Allahyarham
Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Lee Kuan Yew.
11.
Robert Kuok sah jadi Raja Gula dengan bantuan kerajaan bila pada 1968 bila dia
tubuh syarikat Perlis Plantation Berhad (PPB) bagi menyahut seruan kerajaan
mewujudkan industri gula tempatan.
12.
Syarikat itu dibagi tanah di Perlis dan monopoli untuk import, proses dan edar
gula sampai tahun lalu bila Kuok jual sahamnya dalam perniagaan gula kepada
Felda Global Ventures, anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(Felda).
13.
Dengan keuntungan daripada monopoli gula itulah, Robert Kuok bina empayar
perniagaannya di Malaysia yang kemudian berkembang ke Singapura, Hong Kong,
Negeri China dan ke seluruh dunia. Kalau pun betul orang Cina pandai berniaga,
tapi di Malaysia mereka berjaya dan ramai jadi kaya raya kerana turut dibantu
oleh kerajaan.
(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20100218235252/Article)
dgn bantu pembesar melayu juga klu nk berjaya..
ReplyDeletesampai sekaranf amalan begitu beelaku.