Thursday, October 2, 2014

Terkini : Foto Lahirkan Anak Di Hiway Elite

Seorang suami bersama dua anaknya mengalami detik cemas apabila terpaksa menyambut kelahiran bayinya ditepi lebuhraya Elite, 29 Sept 14 lalu pada jam 6.00 petang lapor blog Ondescene.



Menurut info, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung sebagai persediaan untuk isteri melahirkan anak ketiga ini.

Ketika kejadian, 2 petugas peronda lebuhraya sedang berada di laluan kecemasan kerana sebuah lori mengalami kerosakan.



Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan sebuah Toyota Hilux tiba-tiba berhenti di belakang kenderaan rondaan mereka.

Seorang lelaki dengan nada cemas berlari ke arah petugas tersebut dan memaklumkan bahawa isterinya hampir melahirkan anak.



Petugas segera memasang kon-kon keselamatan di belakang Toyota Hilux dan meminta bantuan ambulan.

Dalam situasi cemas kira-kira 5 minit kemudian, isteri sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa bayi akan dilahirkan bila-bila masa sahaja lagi.


Bersedia akan sebarang kemungkinan, suami dengan penuh nekad, bersedia untuk menyambut kelahiran bayi walaupun tiada pengalaman.

Menerusi bantuan petugas perubatan di Hospital Putrajaya, arahan diberikan melalui telefon kepada suami apa yang diperlu dilakukan sementara menunggu ambulan tiba.



Bagaimanapun, bayi akhirnya selamat dilahirkan dengan disambut oleh suami dan keadaan dikawal oleh dua petugas lebuhraya terbabit.

Akhirnya, kira-kira 15 minit kemudian, ambulan dari Hospital Putrajaya tiba di lokasi. Pemeriksaan awal, kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat dan selamat.






3 comments:

  1. Alhamdulillah dh selamat dan tahniah kepada si suami kerana sanggup bersama isterinya sedang bertarung nyawa utk melahirkan anak ketiga... kepada petugas peronda lebuhraya terima kasih byk2 membantu kami rakyat MALAYSIA dlm keadaan memerlukan.

    ReplyDelete
  2. tahniah pada suami kerana pandai buat dan pandai sambut. selalu nya pandai buat saja suami tapi yang ini BAGUS

    ReplyDelete
  3. Plan nak nyontot pandai...

    Plan nak branak x pandai....

    ReplyDelete