Monday, December 8, 2014

Joe Biden Siarkan Gambar Penjara Guantanamo Amerika Lebih Adil Berbanding Kes Liwat @ AnwarIbrahim

Monday, 8 December 2014

Joe Biden Siarkan Gambar Penjara Guantanamo Amerika Lebih Adil Berbanding Kes Liwat2 @AnwarIbrahim

Kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengenai Akta Hasutan dan kes rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah cuba mencampuri hal ehwal dalaman negara.

Kritikan dibuat menerusi akaun Twitternya.

Biden berkata, ketika hubungan Amerika Syarikat-Malaysia sedang berkembang, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang, menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Dalam satu lagi 'entry' beliau berkata, rayuan Datuk Seri Anwar memberi Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menyerlahkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakimannya.

Dua kenyataan yang diakhiri dengan VP menunjukkan ia ditulis sendiri oleh Biden. Tetapi hanya satu sahaja jawapan mudah buat Joe Biden tolong tutup penjara Guantanamo dahulu sebelum hendak bercakap soal demokrasi atau soal keadilan

Credit : PecahPalakMikir

No comments:

Post a Comment