Ini apa yang sedang hangat tersebar di laman sosial. Ia membabitkan penyalahgunaan wang zakat di negeri Pulau Pinang.
Baca apa yang disebarkan ;
Kes pertama. (Lihat Foto)
KAPITALIS KAUT KEUNTUNGAN DARI DUIT ZAKAT ORANG MISKIN PULAU PINANG.
LIMA KES YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Setiap tahun pihak zakat Pulau Pinang akan mengeluarkan baucer bantuan kepada asnaf tertentu utk membeli pakaian sekolah.
Sekali pandang ianya mmg sangat baik tapi sebalik daripada itu tahukah umat islam di pulau pinang bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik nilai baucer ini.
Untuk tahun ini nilai satu baucer utk sekolah menengah ialah sebanyak RM170.00 dan bagi sekolah rendah pula bernilai RM150.00.
Jika di ikutkan nilai ini sememangnya sudah cukup untuk seorang pelajar memiliki kelengkapan sekolah malah ianya juga boleh di katakan boleh utk membeli kelengkapan utk dua orang anak keluarga sederhana.
Namun menurut syarat pada baucer ini satu baucer hanya boleh membeli pakaian utk seorang sahaja dan di wajibkan membeli 2 pasang baju.
Yang menjadi masalahnya ialah harga pakaian di gedung ini 3 kali ganda harganya berbanding kedai biasa.
Sehelai baju mengikut saiz berharga sehingga RM35.00 dan apabila di wajibkan membeli 2 pasang maka rm70.00 sudah di habiskan utk membeli baju.
Baki lagi RM100.00 terpaksa di bahagikan utk membeli kelengkapan lain yg juga berlipat kali ganda harganya dari kedai biasa.
Stokin yg berharga RM5.00 3 pasang di jual dengan harga RM5 Sepasang.
Setelah kira pi kira mai nilai RM170.00 tersebut hanya cukup cukup untuk menampung keperluan seorang pelajar pada hal kalau nilai tersebut di gunakan utk membeli di kedai lain ianya boleh utk membeli keperluan 2 orang pelajar.
Persoalannya siapakah yang membuat kira kira dengan gedung pakaian ini dan kenapakah setiap tahun gedung ini di beri projek pakaian sekolah ini?
Adakah berlakunya rasuah dalam pemberian projek ini di antara kakitangan PUZ dengan gedung pakaian ini?
Umat islam Pulau Pinang perlu tahu hak mereka. Wang zakat yang mereka bayar mungkin telah di gunakan sewenang wenangnya oleh mereka yang di beri amanah utk memperkayakan orang orang tertentu.
Sudah sampai masanya orang politik yang mencari kekayaan menggunakan wang zakat di terajang keluar dari PUZ Pulau Pinang.
Kes kedua.
3 orang Dato sendiri kasi nama nak jadi Dato.
Dari kanan
Dato Halim dari PKR
Dato Mus dari PKR
Dato Salleh dari Pas
Dato Halim dari PKR
Dato Mus dari PKR
Dato Salleh dari Pas
Di beri amanah utk menjaga umat islam di Pulau Pinang tapi merantau ke kemboja bawa duit zakat orang miskin pulau pinang sedangkan masih ramai orang islam tempatan yg memerlukan pertolongan.
Itu belum lagi di kira kos pelancongan yang katanya membawa 27 orang politik melayu ke sana.
Apa yg sedang di tipu orang kemboja tidaklah di ketahui. Mungkin sedang menceritakan kehebatan mereka menguruskan wang zakat di pulau pinang.
Kes ketiga.
Menurut komen dalam posting aku semalam {https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1002770549764044&set=a.556159631091807.1073741831.100000933268237&type=1&theater¬if_t=like} di katakan seramai 27 orang telah mengikuti rombongan membawa duit zakat orang miskin di Pulau Pinang ke Kemboja.
Jika benar seperti dakwaan ini persoalan yang timbul ialah mengapa begitu ramai telah turut serta dalam misi bantuan ini. Adakah ianya memerlukan tenaga manusia untuk memberi khimat kemanusian atau wang zakat orang miskin di Pulau Pinang terlalu banyak di bawa ke Kemboja sehinggakan memerlukan ramai orang untuk membawa wang tersebut.
Adakah benar semua perbelanjaan mengunakan wang zakat dan jika benar berapa banyak pula kos untuk membiayai 27 orang ini selama beberapa hari di sana? Jika seorang di peruntukan RM1000.00 maknannya sebanyak RM27,000.00 wang zakat orang miskin di gunakan untuk menampung perbelanjaan mereka.
Dan berapa banyak pula wang zakat yang sepatutnya orang miskin atau asnaf di Pulau Pinang dapat telah di bawa ke sana sedangkan masih ramai orang islam di Pulau Pinang memerlukannya.
Orang Islam Pulau Pinang perlu bangun untuk menuntut hak orang Islam yang telah di salahgunakan oleh pemimpin pemimpin melayu yang telah di beri amanah ini. Jangan biarkan wang zakat di joli sesuka hati mereka sedangkan masih ramai umat islam di Pulau Pinang sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
KERA DI HUTAN DI SUSUKAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN
Dari 28 pusat HEMODIALISIS di Pulau Pinang Pusat Urus zakat hanya menyediakan 2 sahaja untuk orang islam yang tidak berkemampuan mengunakannya.
Ini menyebabkan orang miskin yang memerlukan rawatan ini terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mengunakan khimat ini.
Berbanding dengan lain lain pusat HEMODIALISIS termasuk dari gereja dan Persatuan Buddha telah memberikan khimat percuma tanpa mengira agama.
Atas alasan apa pihak PUZ sanggup melancung setiap tahun membawa wang zakat yang orang miskin Pulau pinang memerlukan ke luar negara?
Jika benar semua perbelanjaan seramai 27 orang rombongan ke Kemboja itu di tanggung oleh wang zakat berapa buah mesin hemodialisiskah yang boleh di beli untuk kegunaan orang islam Pulau Pinang yang tidak mampu?
Orang Islam Pulau Pinang jangan jadi tunggul kayu dengan membiarkan orang orang politik di kalangan pemimpin melayu Pulau Pinang ini sewenang wenangnya menyalahgunakan duit zakat.
Kita bangkit dan lawan.....
--------------------------------
Oke.
Pertama. Aku taknak buat apa2 kesimpulan, tuduhan ataupun persepsi. Sebab aku tatau apa2 dan tak pasti tentang kebenaran kisah2 di atas.
Kedua. Pihak2 yang dinamakan dan terbabit skandal tue perlu tampil membuat penjelasan. Apakah benar seperti apa yang tersebar? Almaklumla. Yang sebarkan neh guna account facebook ori, bukan fake. Pula tue siap bagi bukti, fakta dan analisa yang complete dengan nama individu2 yang terkait pun mereka petik satu persatu tanpa cover apa semua. Dari PAS ada. Dari PKR pun ada woo.
Ketiga. Biar kita sebagai rakyat menilai selepas kesemua pihak tampil membuat penjelasan.
Keempat. Jik sungguh melakukan kesalahan dan mengaku, elok ganti balik. Jika sungguh apa yang tersebar neh tuduhan, sila nafikan gunakan hujah2 konkrit kerana kita sebagai rakyat akan menilai hujah2 penafian dari kesemua pihak2 yang terbabit.
SUMBER
Mana Ostat ostat Pas yg dok ceramah sedap siang mlm..pongg pangg pongg pangg!...ajak masok bertanding tak mau..takut!...ceramah bukan main lagi...piiraaahhh !
ReplyDeleteooo NAK BACA PUN SUSAH . MACAMANA NAK KOMEN.TAK NAMPAK.TUKAQ LA BACKGROUND PUTIH PULAK
ReplyDelete