SELASA,
09 DIS 2014
Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan tuntutan saman
terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad kerana mengaitkan Ketua Pengarahnya,
Datuk Faizoull Ahmad dengan lelaki yang dikehendaki polis
antarabangsa dalam status Facebook, 11 September lalu.
Bagi
MP, tindakkan yang diambil oleh Felda itu adalah tindakkan yang
tepat, bukan bermotifkan 'politik'. Itu adalah fitnah dan dikira juga
di dalam katogeri 'Hasutan'.
Apabila
menghasut, ianya melibatkan maruah seseorang tercemar, jesteru, Felda
berhak melalui peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam surat
tuntutan bertarikh 27 November lalu meminta ketua Pemuda PKR itu
membayar gantirugi RM10 juta dan memohon maaf dalam tempoh 7 hari
kerana membuat kenyataan yang tidak berasas dan tidak benar. Kalau
diteliti dari semua sudut, tuduhan itu terlalu serius sehingga boleh
menyebabkan anak guam mereka dihina dan dibenci orang ramai dan
masyarakat awam.
Reputasinya
mungkin tercalar sehingga bertahun-tahun, katanya. Felda juga
menuntut Nik Nazmi memohon maaf mengikut kenyataan yang akan
didrafkannya sendiri untuk disiarkan, selain menghalangnya daripada
melakukan tindakan sama pada masa akan datang. Namun, exco
Selangor itu dalam surat balasnya melalui firma Daim & Gamany
berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf dan tidak akan berganjak
dari dakwaannya sebelum ini. Anak guam mereka (Nik Nazmi)
sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri, dan Ketua Pemuda PKR,
bertanggungjawab membangkitkan hal yang menyentuh kepentingan
rakyat.
Kami
diarahkan menyatakan yang anak guam kami bergantung kepada pertahanan
justifikasi dan komen yang adil, kata peguamnya Latheefa Koya di
dalam surat itu, sambil menambah pihaknya menolak tuntutan yang
dibuat dalam surat saman Felda itu. Tolak atau tidak itu bukan urusan
PKR dan peguamnya. Itu terpulang kepada Mahkamah untuk menentukannya.
Maka, bersedialah wahai Nik Nazmi, jumpa di Mahkamah. Lain kali mulut
tu jangan terlalu celupar. Wassalam ~ IBM
No comments:
Post a Comment