(Sinar
Harian 15 Dec 2014)
Sangat
geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya
berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Dato, pesara kerajaan, bercakap
soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.
Semasa
dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka
benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa
dan negara? Jarang sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan
sebegini. Rata-rata mahu kekalkan jawatan tingginya, dan kalau boleh
disambung kontrak demi kontrak.
Ingin
juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan
kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan
rasuah? Sejauhmana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau
hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?
Sejauh
mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi
agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan
Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?
Jangan
hanya pandai mengeluarkan kenyataan. Pergilah berjumpa dengan Menteri
berkaitan untuk mengetahui keadaan yang sebenar. Banyakkan
berdamping dengan NGO-NGO yang saban hari bersama rakyat menyelami
masalah mereka, bukannya duduk dalam banglo setelah pencen dan
berbincang sesama sendiri.
Mereka
mendakwa mereka Muslim moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama
moderat. Islam adalah agama bersifat fundamental. Biasakan berkata
saya Muslim fundamental, bukan moderat. Jika tidak faham fundemantal,
biar saya jelaskan, yakni Muslim yang benar-benar faham dan berpegang
kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life,
bukan Islam pada kulit sahaja.
Mempertahankan
agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental.
Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang
bertindak membuta tuli atau membabi buta atau membawa ajaran sesat.
Terus
terang, saya tidak berani menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis,
walaupun ramai yang tidak menyukainya. Selalulah berbincang dan
berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan hakikatnya.
Jika
kaum lain terus mempertahankan agama dan hak mereka secara ekstrem,
apakah kita perlu menjadi cair, terlalu terbuka atau liberal. Kenapa
tidak menuduh mereka juga ekstrem? Kenapa memangsakan institusi atau
NGO Islam sahaja?
Tidak
dinafikan bahawa dialog antara agama dan peradaban itu sangat penting
pada masa kini. Persoalannya, sejauh mana kita berlapang dada dan
memahami makna keadilan. Ramai hari ini melihat keadilan itu 1=1.
Bukan meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Itu yang menjadi ekstrem.
Izinkan
saya menjawab saranan 25 tokoh Melayu itu.
Pertamanya,
katanya pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah.
Sejauhmana tokoh Melayu ini faham tentang undang-undang dan masalah
yang dihadapi. Saya sarankan pergi berjumpa dengan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan barisan pakar mereka, untuk berdiskusi, sebelum
mengeluarkan kenyataan. Seorang bekas hakim (peguam) belum dia tentu
dia mahir undang-undang, jika dia jahil undang-undang Islam.
Kedua,
katanya, kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk
pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa
institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.
Persoalan saya, mereka mahir sangatkah?
Adakah
benar bahawa undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang
Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia,
pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri
serta prosedur legislatif? Apakah tidak ada langsung keistimewaan
Islam dalam perlembagaan. Bagaimana pula dengan kedudukan raja-raja
Melayu yang menjaga hak agama Islam dan bangsa Melayu? Benarkah
mereka ini pakar?
Ketiga,
hak rakyat untuk membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai
sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Persoalan saya
rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya. Adakah terdiri
daripada kalangan mereka yang sudah pencen? Adakah mereka ini pakar?
Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Takut bukan? Kenapa
terlalu lantang hari ini setelah pencen? Saran saya, elok mohon balik
untuk kerja kontrak.
Keempat,
perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud
dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ingin saya bertanya,
sejauhmana ilmu mereka dalam ilmu fiqh? Berapa kitab yang telah
dibaca? Serahkan kepada yang pakar.
Dalam
Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik, sudah
terlalu banyak pakar. Apakah 25 tokoh Melayu merasakan diri mereka
terlebih pakar?
Kelima,
melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat
dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran
undang-undang Islam di negara ini. Semua pakar tersebut telah ada.
Perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan berdebat seperti yang
disyorkan. Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana debat mencari
siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog mencari
apa yang benar, apa yang salah.
Sebenarnya
semua keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan ekstrem ultra kiasu.
Umat Islam terpaksa bangun mempertahankannya. Jika tidak, pasti agama
Islam akan cair dalam negara berteraskan kepada Islam dan Melayu ini.
Peliknya, kenapa mereka hanya menyalahkan umat Islam, tidak langsung
merujuk kepada ultra kiasu yang mencetus dan melakukan provokasi.Credit
No comments:
Post a Comment