Thursday, December 25, 2014

VIRAL : GAMBAR Seluar Jururawat Yang Jarang - Salah Siapa?

PUTRAJAYA - Gambar seorang jururawat sebuah hospital di Malaysia tersebar di laman Twitter yang kini tersebar pula di laman Facebook.

Gambar yang menunjukkan 'seluar dalam' bercorak belang-belang, seorang jururawat jelas kelihatan berikutan kain seluar yang dipakainya itu terlalu nipis sehingga menampakkan benda yang tidak sepatutnya.

Pertikaian mengenai uniform jururawat, bukanlah pertama kali dibangkitkan di media sosial. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk mengubah uniform jururawat yang dianggap tidak sesuai dan seksi.

Bagaimanapun, sesetengah netizen mendakwa terdapat segelintir jururawat yang sengaja mengetatkan uniform yang sedia ada bagi menampakkan susuk tubuh badan mereka yang ramping.

Selain itu, ada yang berpendapat kain standard yang digunakan terlalu tebal dan panas serta tidak selesa menyebabkan ada segelintir jururawat yang terpaksa menggunakan kain jenis yang lain.

Ada juga yang berpendapat, uniform jururawat sepatutnya dilabuhkan sedikit di bahagian pinggang agar dapat menutupi aurat.

Kepada pihak yang berkenaan (tak perlu dinyatakan pun rasanya korang dah tahu), rasanya garis panduan dan etika pemakaian kakitangan awam termasuk jururawat cukup jelas menyatakan larangan memakai pakaian yang seksi, nipis apatah lagi menjolok mata.

Jadi dalam keadaan ini ada tiga kemungkinan berdasarkan senario pakaian seragam jururawat adalah diberi atau dibekalkan :

1. Kesalahan Jururawat

Jururawat itu sendiri yang membuat/ menempah pakaian seragam tersebut dan tidak mematuhi spesifikasi yang sepatutnya.

2. Kesalahan Pembekal

Pembekal mengubah kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

3. Kesalahan Pegawai Perolehan KKM

Pegawai yang bertanggungjawab membuat pembelian dan perolehan telah dengan sengaja mengubah / menukar spesifikasi dan kualiti kain tersebut.

Berdasarkan tiga senario yang diberikan, tidak susah sebenarnya untuk mengesan punca sebenar mengapa uniform jururawat tersebut nipis sehingga menampakkan pakaian dalam.

Tepuk dada tanyalah iman

Wallahu alam

2 comments:

  1. NEGARA ISLAM kita ini serta umatnya asyik dipjak-pijak mcm. SAMPAH!

    Dan itulah juga IMEJ NEGARA ISLAM yg. diberi - melalui Air aSIAL dgn. skirt merah pendek dan baju ketat ala-PELACUR- begitu juga Firfly; begitu juga kebaya ketat/pendek MAS sampaikan paramugari-paramugara Islam/Melayu tak dibenaqkan BERTUDUNG dan dipaksa hidangkan ARAK!

    Pemimpin Islam/Melayu yg. telah GAGAL membanteras ini - jawablah kau pd. ALLAH SWT! Teruslah kau hidup dlm. kemewahan VVIP kau bersama anak-beranak kau dgn. banglo-banglo BERJUTA kau tapi sekeliling kau penuh MAKSIAT kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ni!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  2. sume seluar jururawat ke?kalo sorg je mayb silap jururawat tu..

    ReplyDelete