Dalam masa sesetengah pihak ‘galak” menyebar pelbagai fitnah dan berita palsu di media online, semakin ramai pula pihak-pihak yang tampil mencemuh dan mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
Kecenderungan buruk itu ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak, malah mereka yang terlibat banjir merasa tersinggung, sementara tumpuan jenterea penyelamat juga tuerut tergganggu.
Antara berita palsu yang terpaksa dinafi oleh pihak-pihak berkenaan termasuk:
i. Perisytiharan darurat di Kelantan ekoran banjir
ii. Kematian 10 sekeluarga di Kampung Guchil, Kuala Krai tanpa bantuan.
iii. Empangan Kemubu akan dibuka yang memungkinkan banjir lebih besar di Kok Lanas dan sekitarnya
iv. Keadaan cemas di Hospital Kuala Krai di mana kerja-kerja memindahkan pesakit terpaksa dibuat dengan helikopter yang sewanya terpaksa dibiayai oleh orang awam.
v. Kisah-kisah ‘kebuluran’ di kalangan mangsa banjir yang kononya lari menyelamatkan diri di kawasan-kawasan bukit sekitar Hulu Kelantan.
vi. Empangan Sikirin di Selatan Thailand dikatakan akan melepaskan air sehingga memungkinkan banjir besar sekitar Rantau Panjang dan sekitar (pada hal tidak empangan di Sikirin- yang ada di Manok)
Selain banyak lagi berita-berita palsu, masih tidak kurang gurindam, syaer yang menyindir sinis perihal peribadi Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak yang kononnya digambarkan tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat.
Namun kunjungan Perdana Menteri ke Kelantan hari ini telah meredakan keadaan. Sebaliknya timbul pula cerita Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yaakob yang dikatakan terperangkap di rumah di Pasir Pekan sehingga menghalang niat beliau untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Nyatanya ramai yang kini marah dan bosan dengan ‘mainan’ cerita palsu dan sikap menyalahkan pihak kerajaan Persekutuan, sedangkan kerja-kerja menyelamat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
KLXPress
Buat cerita supaya org simpati ..kemudian bolehlah kutip sumbangan ...walaupun tiada autoriti ...kita x tahu kaedah agihan tu samada menyeluruh atau ikut geng ...
ReplyDelete