Hairan
juga apabila tiba-tiba sebuah pertubuhan atas nama Gabungan Impian Kelantan
(GIK) ditubuhkan, dengan dakwaan dianggotai oleh 39 NGO dan pertubuhan
politik.GIK dilaporkan telah melantik Naib Presiden PAS, Husam Musa sebagai
Ketua Eksekutif, menurut laporan dalam blog Lim Kit Siang.
Malahan
DAP secara lebih serius menubuhkan satu Jawatan Kuasa peringkat parti, diketuai
oleh Anthony Loke serta turut dianggotai oleh Teresa Kok, Liew Chin Tong,
Vincent Wu, Young Syefura dan Dr Tajuddin Shaffee.
Bila
disebut sebagai Ketua Eksekutif oleh Lim Kit Siang, apakah bermakna Husam
mendapat imbuhan dari DAP?
Seperkara
yang menarik, samada kebetulan atau dirancang, sebuah syarikat yang berdaftar
di Ipoh 'Gabungan Impian Sdn Bhd' merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti
karaoke, dibawah jenama 'K Box Karaoke'.
Maka ini menimbulkan tanda tanya, apakah GIK (Gabungan Impian Kelantan) punya kaitan dengan Gabungan Impian Sdn Bhd (pemilik K Box Karaoke)?
Harap-harap
janganlah dari bilik ini tercetus idea melahirkan GIK! Cr
No comments:
Post a Comment