Thursday, March 26, 2015

RAFIZI, TONY PHUA HILANG KETIKA SESI PEBGGULUNGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

Setakat Berani Menyalak Tepi Longkang

Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.

Semasa sesi penggulungan oleh YB Menteri, hanya beberapa  ahli parlimen pembangkang saja yang bangun bertanya soalan antaranya  ahli parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanyakan sumber wang RM2 bilion yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB, ahli parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin mengenai kegagalan 1MDB bertindak terhadap akhbar yang memfitnahnya serta soalan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.

Semuanya dijawab Ahmad Husni malah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional, (BN) turut berkesempatan mencelah antaranya Bagan Serai, Lipis, Kuala Selangor, Kalabakan dan Kinabatangan yang bertanyakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan GST.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani pula mengingatkan barisan ahli parlimen pembangkang bahawa kerajaan sedang melakukan kajian forensik audit akaun 1MDB sekaligus tidak wajar mengemukakan soalan-soalan berasaskan laporan media dari sumber-sumber tidak pasti.

Setiap persoalan yang diutarakan oleh ahli parlimen pembangkang mengenai 1MDB dan GST semuanya sudah terjawab malah pembangkang langsung gagal untuk mengemukakan hujahan balas.

Jadi moralnya, pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Rafizi dan Tony Phua sekadar mempolitikkan isu yang berkaitan 1MDB, GST dan Hutang Negara hanya untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan memajukan negara.

Mereka akan terus mempolitikan setiap dasar dan polisi yang dilaksanakan kerajaan demi survival politik mereka tetapi realitinya mereka akan menghilangkan diri bilamana berada dalam situasi sebenar.

Lantaran itu, sila nilai semula segala dakwaan yang dibuat pembangkang terhadap kerajaan selama ini!

-BNBBC


No comments:

Post a Comment