Monday, April 27, 2015

Pengalaman Tun M dan Najib Hampir Sama


Tun Dr. Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang kritis . Sejak zaman pemerintahan PM yang pertama Tunku Abdul Rahman lagi , Tun tidak gentar untuk mengkritik kepimpinan yang ada pada ketika itu. Sehingga Tunku meletak jawatan , beliau digantikan dengan ayahanda kepada Perdana Menteri kita sekarang iaitu Tun Abdul Razak . Semasa pemerintahan Tun Abdul Razak , Tun Mahathir memegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran (1974-1977) . Beliau kemudian menjadi Menteri Perdagangan dan Industri (1978-1981) semasa Tun Huseein Onn menjadi Perdana Menteri . Jarangan diperkatakan kritikan-kritikan panas yang dilemparkan Tun Mahathir terhadap kedua-dua PM selepas Tunku ini.  Selepas itu beliau mengambilalih jawatan PM (1981-2003)

Sama seperti yang dialami PM Najib Razak pada ketika ini , Tun semasa memegang jawatan PM Malaysia turut menerima pelbagai tuduhan daripada pihak pembangkang mengenai cara urus tadbir yang dikatakan boros dan mementingkan kroni . Namun begitu, serangan terhadap Tun Mahathir adalah sangat minimal memandangkan media pada ketika itu sangat mudah dikawal . Permainan persepsi adalah hampir 100% memihak pada kerajaan .Pembangkang pada ketika itu memainkan isu PERWAJA , "bail-out" syarikat-syarikat kroni dan pelbagai tuduhan lain. Malah Tun juga turut menerima tekanan daripada orang parti sendiri iaitu Tengku Razaleigh (sebelum penubuhan S46) bagi menjelaskan isu-isu berkenaan. 




Walaupun pelbagai penjelasan telah dibuat oleh Tun pada ketika itu, alasan-alasan tidak diterima oleh 'blogger' pada zaman itu yang menggunakan domain-domain popular pada ketika itu seperti tripod.com . Salah satu url adalah seperti berikut;

 http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0339.htm


Namun kerana penggunaan media sosial pada ketika itu tidak berapa popular dan menyeluruh seperti apa yang berlaku sekarang , maka impaknya adalah sangat kecil . Selain isu yang dinyatakan di atas isu-isu lain adalah seperti tuduhan mengenai MISC iaitu tuduhan penglibatan kroni-kroni beliau di dalam syarikat berkenaan.  Baca di url berikut tuduhan/fitnah untuk rujukan ;

http://proojeet.tripod.com/mm.htm

Kalau kita teliti semula , apa yang berlaku semasa pentadbiran Tun Mahathir sama seperti apa yang berlaku pada Najib . Kalau dulu Mahathir pernah dikritik pentadbirannya oleh PM sebelumnya iaitu Tunku Abdul Rahman , kini Najib pulak dikritik oleh Mahathir.  Kalau dulu Mahathir terpaksa berdepan dengan duri dalam daging UMNO (Tengku Razali) , Najib juga terpaksa berdepan dengan beberapa duri dalam daging UMNO (pemimpin UMNO bernada pembangkang) .  Kalau dulu Mahathir dikaitkan memainkan peranan dalam jatuh naik anak-anak beliau dalam bisnes (MISC) , Najib pula dikaitkan dengan pelbagai tuduhan terhadap isteri beliau. Kalau zaman Mahathir dahulu negara ini pernah mengalami krisis ekonomi yang menyebabkan ramai usahawan Melayu gulung tikar (krisis kewangan 80-an dan 98) , di zaman Najib juga berlaku turun naik dalam ekonomi. Pola yang berlaku terhadap kedua-dua pemimpin ini hampir serupa.

Walau bagaimanapun, ujian yang diterima oleh Najib sebagai PM lebih besar memandangkan kerajaan pada ketika ini tidak mempunyai kawalan penuh terhadap media , apabila media sosial digunakan secara meluas . Tahap penyebaran berlaku sangat cepat , dan serangan demi serangan dilakukan secara berturut-turut . Sekiranya media sosial wujud dan digunakan secara meluas di zaman pemerintahan Tun Mahathir penulis percaya , perkara yang sama turut akan berlaku terhadap mantan PM itu. Rakyat akan terus mendesak bertanyakan mengenai isu PERWAJA & MISC walaupun telah diberi penjelasan. Penulis sebagai penyokong setia Tun pada ketika itu menerima penjelasan yang diberikan disebalik keraguan-keraguan yang dinyatakan, disebabkan alasan itu juga penulis menerima penjelasan yang diberikan untuk isu-isu yang dibangkitkan Tun Mahathir baru-baru ini. 

Penulis mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap kedua-dua pemimpin ini . Penulis juga yakin, masih ramai kepimpinan dalam UMNO menyokong Najib . Senario Najib dan Pak Lah adalah 2 perkara yang berbeza , ramai yang sedar tentang perkara ini . Sebab itu ramai yang terus menzahirkan sokongan terhadap Najib , terbaru pagi ini BNBBC turut melahirkan hasrat yang sama . Kalau Najib dikatakan lebih lemah dari Pak Lah , tentu perkara yang sama dibuat sejak awal-awal lagi untuk menjatuhkan Najib . Namun gelombang yang cuba dibuat oleh beberapa blogger veteran yang khabarnya puas mendapat laba yang besar sebelum ini gagal . Mungkin tak keterlaluan jika penulis katakan yang blogger-blogger veteran ini antara golongan yang menjadi punca teguran yang dibuat Tun terhadap Najib , mereka sendiri sebelum ini gagal menyampaikan fakta kebenaran mengenai manipulasi pembangkang berhubung isu PERWAJA dan MISC dan sekarang mereka pula mempersoalkan isu-isu lain ? Bukankah itu sesuatu yang sangat bias ??! Seterusnya

No comments:

Post a Comment