Sunday, May 31, 2015

Isu Rohingya: Di mana Suu Kyi pejuang kebebasan, penerima Hadiah Nobel Keamanan?


AUNG San Suu Kyi dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia di Burma.

Bapanya Jeneral Aung San dari etnik Burman, merupakan jeneral yang berunding dengan British untuk memerdekakan Burma, sebelum dia sendiri mati dibunuh.

General Aung San juga telah berkonspirasi menafikan hak kerakyatan penduduk Rohingya ketika Persidangan Panlong pada tahun 1945.

Jeneral Aung San jugalah yang telah mengasaskan Modern Burmese Army yang sejak itu telah menjalankan lebih 19 operasi ketenteraan menghapuskan, membunuh, merogol, menyembelih etnik Muslim Rohingya.

Suu Kyi adalah penganut Buddha Theravada. Aliran Buddha ini terlibat dalam komplot pembersihan etnik umat Islam Rohingya sejak tahun 1942.

Antara tokoh sami yang terkenal adalah Ashin Wirathu yang memimpin hampir 2,500 sami melaksanakan Burmanisasi sejak sekian lama.

Ironinya, Suu Kyi lahir daripada benak etnik Burman dan juga beragama Buddha yang kedua-dua elemen bangsa dan agama ini telah terlibat dalam penghapusan etnik Muslim Rohinyga yang juga berasaskan sentiman etnik (Rohingya) dan agama (Islam).

Tapi hari ini, Suu Kyi masih mengunci mulut. Hanya kenyataan wakil partinya (NLD) sahaja yang muncul di media.

Isnin lalu, jurucakap NLD berkata, masyarakat Rohingya wajar diberikan hak asasi. NLD juga mahu satu jalan penyelesaian diambil berhubung hak mereka untuk mendapat kewarganegaraan.

Mungkinkah Suu Kyi mengelakkan daripada membuat kenyataan yang hanya akan memarakkan lagi perbalahan antara penganut Buddha yang majoriti dan Rohingya yang minoriti?

Adakah Suu Kyi yang sebelum ini terkenal dengan pro-keamanan dan demokrasi sehingga dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan pada 1991 kini takut kepada pemimpin sami Buddha yang rasis, Ashin Wirathu yang vokal mewakili kumpulan Buddha?

Adakah Suu Kyi, yang disenaraikan oleh Forbes sebagai antara 61 wanita berkuasa di dunia tahun lalu kini risau akan masa depan partinya dalam menghadapi pilihan raya Parlimen yang dijangka berlangsung enam bulan lagi jika dia menyentuh isu sensitif ini?

Ke manakah hilangnya ‘semangat keamanan dan hak asasi manusia’ kesan anugerah Nobel Keamanan yang diterimanya pada tahun 1991 dahulu?

Kata Pedang: Jika dulu ASEAN menerima keanggotaan Myanmar kerana negara itu mula menunjukkan mereka mengutamakan hak asasi manusia, kini tiba masanya ASEAN menggantung keahlian Myanmar kerana melanggar hak asasi manusia apabila melaksanakan penghapusan etnik Rohingya.




Bangang Keluarga Anwar Ni....Keluarga Kemuka Dua Tuntutan Jika Anwar Masuk Wad – Nurul Izzah



Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya memenuhi dua tuntutan sekiranya bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.

Tuntutan itu membabitkan kebenaran untuk ahli keluarga melawatnya di hospital dan melantik doktor untuk menilai keadaan kesihatan Anwar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mewakili keluarganya berkata, peluang untuk bertemu dengan Anwar sepanjang berada di hospital itu adalah amalan yang pernah dibuat keluarganya semasa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara selama hampir enam tahun sebelum dibebaskan pada 2004.

Sehubungan itu, katanya, jika pertemuan di hospital itu dihalang, beliau mendakwa ia sebagai arahan baharu yang diterima daripada kuasa-kuasa politik atasan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tuntutan kedua adalah mendesak kerajaan membenarkan adanya penilaian bebas oleh doktor yang dipilih keluarga untuk mengesahkan keadaan kesihatan Anwar.

“Kalau dah lebih tiga minggu kita beri peluang dan beri kerjasama penuh. Pada masa sama, kalau ia memberi impak begitu negatif kepada keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita harus bertindak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian mengenai dakwaan tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.

Terdahulu, pada sidang media sama, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa Anwar akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan.

"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu," katanya yang merujuk kepada keadaan Anwar yang mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas.


Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. 

1MDB Akhirnya Akan Dibubar


1. Syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan 1MDB yang ditubuhkan pada Februari 2009, akhirnya akan dibubarkan menjelang awal tahun depan.

2. Syarikat itu, sejak penubuhannya mengundang berbagai kritikan dan dakwaan, dan memuncak sejak akhir-akhir ini.

3. Dakwaan terhadap syarikat itu termasuk kononnya sebahagian pinjaman yang berjumlah RM42 bilion telah lesap.

4. Dewan Rakyat pada khamis diberitahu bahawa sehingga 31 Mac 2014, 1MDB mempunyai nilai aset bernilai RM51.4 bilion yang terdiri daripada RM19.5 bilion aset mudah cair dan RM31.9 bilion bukan tunai.

5. Dewan Rakyat juga diberi tahu, bahawa antara aset bukan tunai syarikat tersebut adalah tanah TRX dan Tanah Bandar Malaysia.

6. Aset lain syarikat tersebut antara lain 94.69 hektar (234 ekar) tanah di Pulau Pinang, 13 buah IPP dan satu kemudahan penyulingan yang tersebar di 5 negara.

7. Dalam proses membubar syarikat itu, satu tindakan mengurangkan beban hutang sedang dijalankan.

8. Pada hari ini, Menteri Kewangan Ke-2 telah mengumumkan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut, antara lain melalui perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar, di mana IPIC akan menyalurkan USD1 bilion untuk digunakan membayar hutang syarikat daripada konsertium perbankan antarabangsa yang berjumlah USD975juta.

10. Juga melalui rasionalisasi 1MDB akan ditubuhkan tiga syarikat yang berdiri sendiri, TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga- Edra.

11. Melalui cadangan rasionalisasi tersebut, dijangka hutang 1MDB akan berkurangan sehingga RM16bilion.

12. Masalah utama syarikat tersebut adalah aliran tunai, sehingga sukar membayar obligasi pinjaman jangka pendek.

13. Akhir tahun lalu, syarikat tersebut terpaksa meminjam RM2bilion untuk membayar hutang, selain saluaran kewangan daripada kerajaan yang berjumlah RM970juta.

14. Pada April, syarikat tersebut terpaksa menjual 1.6 ekar tanah miliknya kepada TH Property sebanyak RM188juta untuk membayar obligasi pada 9 Mei.

15. 1MDB menjadi duri dalam daging pentadbiran Perdana Menteri, sehingga menyebabkan beberapa pemimpin utama Umno mengeluarkan kenyataan tidak menyebelahi syarikat gergasi itu.

16. Entah apa yang difikirkan oleh lembaga pengarah dan pengurusan syarikat tersebut sehingga meminjam sehingga RM42bilion sedangkan modal berbayar hanya RM1juta.

17. Terlalu agresifnya pengurusan dan lembaga pengarah, sehingga rancangan bisnes tidak diimbangi dengan aliran tunai.

18. Akhirnya satu syarikat yang pada awalnya difikirkan berdaya maju, akhirnya akan dibubarkan.

19. Pentadbiran Najib dikejar masa untuk menyelesaikan kemelut syarikat tersebut, kerana ianya satu alat yang digunakan oleh mantan Perdana menteri- Tun Dr Mahathir mendesak beliau meletakkan jawatan.

20. Hanya kerana kemelut IMDB, para pemimpin Umno bercakaran.


21. Apapun, kita berharap, kalaupun marahkan nyamuk, janganlah bakar kelambu. 

Kemelut 1MDB- Siapa Bakal Terperangkap?




1. Mengapa rakyat begitu terpengaruh berkaitan 1MDB? Mengapa tiba-tiba ramai sangat rakyat mahu tahu berkaitan syarikat itu? Mengapa ramai sangat pemimpin terutama pembangkang gemar sangat bercakap soal syarikat tersebut? Sehingga mereka itu semua menjadikan syarikat tersebut sebagai asas mendesak Dato Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan?.

2. Dakwaan utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir, kononnya sebahagian pinjaman RM42 bilion itu telah lesap. Pertanyaan berkaitan pinjaman terus bertubi-tubi, walaupun diberikan jawapan, namun, jawapan yang diberikan tidak diyakni, sebab mereka yang bertanya mahu melihat wang RM42 bilion mesti ditumpuk di atas meja.

3. Pihak yang bertanggungjawab berkaitan syarikat itu, kini terdesak memberikan jawapan, walaupun mereka tahu, bahawa jawapan-jawapan itu tidak akan memuaskan yang bertanya, sebabnya, bukan itu tujuan mereka, tujuan mereka, adalah Najib mesti letak jawatan.

4. Persepsi dibina agar 1MDB adalah penyebab Malaysia akan hancur, 1MDB penyebab wang rakyat akan hilang, sedangkan pada hakekatnya, tiada wang rakyat terlibat, keculai pinjaman syarikat itu berjumlah RM970 juta dan modal permulaan RM1juta.

5. Mereka yang tidak suka kepada syarikat tersebut, mempersoalkan, mengapa kerajaan menjual prime land seperti TRX dan tanah bekas Lapangan Terbang Sungai Besi kepada 1MDB pada harga antara RM64-RM90 satu kaki persegi?

6. Atas sebab pertanyaan yang bertali arus, manakala jawapan-jawapan yang diberi tidak juga diterima, pemimpin yang punya idea tersebut tidak lain Perdana Menteri sendiri, pada 4 Mac telah mengarahkan Ketua Audit Negara agar mengaudit syarikat tersebut, kemudian laporan itu diserahkan kepada Public Account Committee (PAC) Dewan rakyat. Juga pada masa yang sama, PAC juga mengumumkan akan mengaudit sendiri syarikat tersebut.

7. Dalam perkembangan yang sama, atas sebab Laporan Audit lambat disiapkan, PAC bermula pada 19 Mei memulakan sendiri pengauditan mereka. Tindakan PAC itu, dikatakan berimpak positif kepada DS Najib, kerana temuan ahli jawatan kuasa itu, bakal menyatakan fakta benar, atas sebab 7 daripada 12 anggota adalah penentang Perdana Menteri, manakala yang 5 lagi dikatakan berkecuali.

8. Walaupun PAC telah bertindak awal, manakala Ketua Audit Negara sedang menyiapkan laporan, namun mereka yang mempunyai motif negatif terhadap syarikat tersebut, saban hari mengeluarkan berbagai kenyataan, inipatinya, mahu melihat di mana wang RM42 bilion yang dipinjam syarikat tersebut. Mereka tidak berminat dengan laporan syarikat tersebut, di mana asset terkumpul setakat 31 Mac 2014 berjumlah RM51.4 bilion, daripada jumlah asset tersebut RM 19.5 bilion asset mudah cair dan RM31.9 bilion asset bukan tunai.

9. Pertanyaan mereka berlegar-legar, bahawa hanya kurang daripada RM20bilion digunakan untuk membeli asset, kemana pula RM22 bilion?? Angka sebesar itulah sehingga kini menjadi persoalan besar yang mengelilingi syarikat tersebut. AYT sendiri, sejak sekian lama mengikuti kemelut 1MDB, tidak dapat gambaran sebenar, kemana wang RM22 bilion? Apa kah selama hampir 6 tahun, perbelanjaan mengurus syarikat tersebut memerlukan sejumlah itu? Pokoknya, wang tersebut tidak lagi berada dalam akaun syarikat tersebut, sebabnya sejak suku akhir tahun 2014, syarikat itu kekeringan aliran tunai. Sebagai bukti, bahawa syarikat tersebut kekeringan wang tunai, apabila terpaksa meminjam RM2bilion daripada Ananda Krishnan, mendapat suntikan RM970 juta daripada kerajaan, terpaksa menjual 1.6 ekar tanah TRX kepada TH Property kemudian mendapat suntikan model daripada IPIC sebanyak USD1bilion untuk membayar hutang kepada kosortium perbankan antarabangsa bernilai USD975 pada Ogos ini.

10. Apapun angka jumlah pinjaman yang dikatakan sukar untuk dijelaskan, pihak Ketua Audit negara dan PAC akan merungkai kemana wang tersebut? kerana wang yang dipinjam tersebut tidak boleh dicerminkan melalui asset syarikat tersebut, kerana asset tersebut diasaskan kepada penilaian terkini bukannya berasaskan kepada Par Value.

11.Berasaskan kepada keadaan itulah, ada pemimpin Umno memberi kenyataan, bahawa kemelut 1MDB telah menjadi toksik kepada Umno, malah apabila ada yang menyarankan bahawa Kabinet DS Najib perlu bertanggungjawab sama, namun ada yang menyanggah saranan itu, kerana menurut mereka, mereka tidak tahu menahu berkaitan operasi syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Ekoran daripada sanggahan tersebut, maka timbullah percanggahan antara anggota kabinet, kerana ada yang mengatakan bahawa kabinet sebenarnya telah diberikan “fact sheet” berkaitan syarikat tersebut. Fact Sheet, pada kebiasaannya mengandungi perician berkaitan jumlah asset, liabiliti serta aliran tunai.

12. Apa yang menarik dengan timbulnya kemelut 1MDB, DS Najib mengetahui, siapa-siapa dalam kabinet beliau yang menyokong beliau, dan siapa yang bukan.

13. Oleh kerana liputan yang begitu negatif terhadap 1MDB, semalam Menteri Kewangan ke-2 Dato Ahmad Husni Hanadzlah telah mengemukkan rasionalisasi syarikat bermasalah tersebut, termasuk pembubarannya pada awal Tahun 2016. Syarikat tersebut akan dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan-iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat berasaskan pengeluar tenaga-Edra.

14. Masalah utama yang didepani syarikat itu kearah pembubaran adalah berkaitan dengan hutang. Namun, langkah-langkah sedang diambil untuk mengurangkan hutang syarikat tersebut.

15. Dalam rangka mengurangkankan hutang, syarikat tersebut telah mengikat perjanjian dengan IPIC serta anak syarikatnya Aabar di mana syarikat daripada Timur Tengah tersebut akan mengambil alih asset 1MDB yang tersimpan di BSI Singapura dan asset-aset lain, yang berjumlah RM16 bilion. Dengan adanya ikatan tersebut, sekurang-kurangnya telah merungkai kemelut yang menyelubungi aset yang berbentuk “unit” yang disimpan di BSI Singapura di mana sebelum ini telah diambil daripada Pulau Cayman yang mempunyai nilai USD1.103 bilion.

16. Kemelut 1MDB, jikapun dapat diselesaikan, namun yang pasti ada yang terperangkap. Siapa kah yang bakal terperangkap? Apa kah sipendakwa? atau yang terdakwa? kerana setakat ini, fakta berkaitan syarikat itu masih bersimpang siur, seolah-olah satu permainan. 

1MDB: RM 42 Billion Sah Tak Hilang, Kenapa PM Masih Perlu Resign?


ADA hikmah juga kenapa isu berkaitan 1MDB ini meletup.  Sedar atau tidak sedar, ia menyerlahkan sisi bodoh segelintir orang yang disangka bijak dan ada yang layak digelar negarawan/manusia agung, hanya beberapa tingkat bawah dari Tuhan.

1MDB dituduh menghilangkan wang negara sebanyak RM 42 billion.  Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dituduh bertanggungjawab dan kerana wang ini telah hilang dan tidak mungkin boleh dikembalikan semula, Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan.

Kempen demi kempen dijalankan, gerakan demi gerakan digerakkan.  Nama 1MDB dan Perdana Menteri dibusukkan sehingga Tabung Haji yang sudah membeli tanah 1MDB di TRX pun terpaksa mahu menjual tanah itu semula kerana kononnya wang penyimpan Tabung Haji boleh lesap kerananya.

Tak cukup dengan itu, ada ahli parlimen yang dihasut untuk mengadakan undi tidak percaya, soal Speaker (untuk meluluskan usul) juga diuruskan, kalau tak dengar cakap, diminta letak jawatan dan ganti dengan orang lain yang boleh meluluskan usul tersebut.

Semua ini berpaksi kepada tajuk yang sama – PERDANA MENTERI PERLU DITURUNKAN KERANA 1MDB KONONNYA TELAH MENGHILANGKAN WANG  RAKYAT SEBANYAK RM 42 BILLION.

Ada segelintir rakyat pun nampaknya sudah menerima hakikat bahawa Perdana Menteri perlu meletak jawatan sebab RM 42 billion dah hilang.  Dikatakan beribu-ribu yang datang dengar road tour (100 datang sambut balik umrah), semuanya mahu dipercayakan bahawa RM 42 billion ini sudah hilang.

Sehinggalah road tour terakhir di Perak, dimana yang dikatakan RM 42 billion hilang itu, sebenarnya adalah hutang – yang boleh diperolehi semula.  Ironinya, yang menuduh pulak sendiri mengaku.

Tapi yang jadi anehnya, Perdana Menteri masih diminta meletakan jawatan.  Duit tak hilang pun kena letak jawatan juga, dimana  logiknya?

Kita perlu ingat, tidak ada dalam sejarah negara ini, seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana menghilangkan wang negara.  Tun Mahathir dituduh bertanggungjawab menghilangkan wang negara sebanyak RM 30 billion dalam perjudian matawang asing dekad 90-an dulu, tak letak jawatan pun.

Entah berapa billion lagi dihilangkan ketika krisis matawang 1997 untuk menstabilkan ringgit.  tak letak jawatan pun.  Berpuluh bilion lagi dibelanjakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat, membeli hutang tak berbayar (NPL) dan sebagainya, tak letak jawatan pun.


Yang Datuk Najib tak hilangkan wang seperti yang dituduh pulak kena letak jawatan, apahal pulak?  Jadi jangan terkejutlah kalau ada orang lain lepas ini yang akan dibuang jawatan. 

Tuesday, May 19, 2015

Isu jet - untuk tatapan cai PR Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ




Harap macai PR paham isu jet ni.. setiap Perdana Menteri memang ada khas jetnya sendiri.. namun jet ini bukan khas untuk perdana Menteri sahaja. 




Image result for anwar naik jet

Jika Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri adakah beliau akan naik kereta lembu. 



TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..


1. Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk membina laluan air seperti Terusan Panama dan Terusan Suez.. Ada yang kata ‘matilah ekonomi kita…”. Tapi sebenarnya banyak juga faedah kepada kita kalau kita bersedia.

2. Seingat saya perkara cadangan yang bersungguh-sungguh ni dah timbul di zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) pada  pertengahan 80an lagi, time tu saya masih belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

3. Saya pernah berkesempatan membaca sinopsis projek ini yang diberi oleh teman saya, seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam merangka benda ni dan kalau tak salahnya time tu, kos dalam lingkungan USD 30 bilion  dengan jangkamasa projek lebih sepuluh tahun.

4. Serentak dengan itu, PM masa tu (Tun M) mula membuat persiapan dan mengarahkan satu projek menaik-taraf jalan keretapi dari Johor Bahru ke Padang Besar juga mesti dibuat.

5. Korek-korek jumpa baliklah sedikit dokumen yang identikal tapi dah masuk dalam perbahasan kat forum – yang mana saya percaya ia adalah dokumen telah saya tengok (linknya kat sini : https://forum.lowyat.net/topic/1279444/all).

6. Tu lah.. Bila saya ceritakan tentang hal-hal macam ni dulu, banyak yang melenting kata berangan-angan besar sangat, mimpi basahlah dan macam-macam lagi. Bila sentuh bab ghaib, kurapat lah.. Syirik lah.. Maaf cakap, kalau sayalah ilmu saya belum sampai ke situ, lebih baik saya diam, takut nanti saya jadi ‘bodo’ sendiri..

7. Sebenarnya jalan keretapi berkembar tu adalah satu projek mega merentasi Asia Tenggara ke China dan dari China disambungkan ke Eropah melalui Russia. Sekarang ini, China dan Russia sudah pun memulakan projek ni yang khabarnya bernilai lebih USD 240 bilion. Dua puluh tahun lagi kita boleh menjelajah Eropah dari Setesen KL Sentral..Tu kalau sempat dipanjangkan usialah.. So..Yang ni mimpi lagi ke..?

8. Landasan KTM berkembar tu adalah untuk pengangkutan kontena dan barangan dari selatan Semenanjung ke Padang Besar lalu dipunggah-naik ke kapal di pelabuhan di pintu Terusan Siam sama ada pintu barat atau timur, tertakluk kepada destinasinya dengan masa perjalanan separuh hari sahaja dari Johor Bahru.

9. Malangnya,  pentadbiran selepas Tun M banyak kerenah. Pak Lah dan tak ketinggalan PM sekarang ini (Najib) bukanlah seorang visionaris, mereka tidak nampak kepentingan perkara-perkara ini. Mereka cuma nampak, keretapi kelajuan tinggi macam TGV atau Shinkansen – tetapi keuntungan daripada pengenalan teknologi ini dalam sudut yang lebih jauh, mereka tidak lihat.

10. Cuba bayangkan kargo perishable yang memerlukan masa perkapalan yang singkat sudah tentu boleh diangkut dengan mudah, cepat dan pada kos yang lebih murah ke destinasinya sama ada Timur Tengah / Eropah atau Timur Jauh.

11.Bagi kapal-kapal minyak mentah dari Timur Tengah ke Timur Jauh (China,Jepun, Korea Selatan) pulak terutama ULCC dan VLCC, mereka dengan mudah boleh memuat-turun muatannya di pelabuhan di pintu barat Terusan Siam dan disalurkan melalui paip ke tangki / bunker transit di pintu timur Terusan Siam untuk dimuat-naik ke kapal satu lagi.

12.Penjimatannya amat signifikan sebab tak perlu nak pusing sampai belakang Sumatera. VLCC ni adalah ‘Very Large Crude Carrier’ dan ULCC ni pula ringkasan kepada ‘Ultra Large Crude Carrier’.

13.Nak tau pasal saiz-saiz kapal, bacalah kat sini, bak kata arwah pakcik astro dulu – macam-macam ada… Al Fatihah untuk beliau yang sering minum cendol tapai kat Kg Baru dengan saya – sebab rumahnya dekat rumah sewa saya dulu… Ni linknya: http://maritime-connector.com/wiki/vlcc/

14.Kita tahu Selat Melaka hanya membenarkan kapal bersaiz sederhana kerana kedalaman minimun perairan adalah 25 meter dan dikenali sebagai ‘Malaccamax’ dan had kedalaman operasi ditetapkan pada 18 meter sahaja. Jadi, ULCC dan VLCC memang tak boleh lalu kat sini. Sape cakap boleh..? Boleh kerat jari la brader…(Nota Tambahan – ULCC dan VLCC sekarang ini mengikut laluan di luar Selat Melaka, iaitu melalui Selat Sunda)

SEBAB-SEBAB TAMBAK JOHOR PERLU DIGANTI

15.Dengan perancangan terperinci tu, makanya Tambak Johor juga perlulah diganti kepada satu jambatan yang boleh menyediakan sambungan air terus antara Pelabuhan Pasir Gudang di timur ke Pelabuhan Tanjungg Pelepas di barat.

16.Bab Singapura tu toksah pikir. Tu negara orang, kita pikir negara kita tapi malangnya ada Perdana Menteri yang lebih dengar rintihan negara orang, jadilah kita macam ni..

17.Berbalik kepada bab haulage. Sebarang kargo yang dipindah-naik dari kapal kontena mega yang menurunkan barang di Tg Pelepas terus boleh dimuat-naik ke kapal kecil yang boleh juga berlabuh di Pasir Gudang melalui Selat Tebrau tanpa perlu tawaf tiga-suku pusingan pulau Singapura – perairan orang.


PEMBUKAAN SELAT TEBRAU AKAN MENGHALANG KERJA TAMBAKAN SINGAPURA

18.Bila dah ada laluan kapal di Selat Tebrau, makanya penambakan laut oleh jiran kita di selatan menuju ke arah Johor akan berkurangan kerana pasir-pasir tambakan tadi akan terkobar diputar oleh kipas-kipas kapal yang lalu-lalang. Jadi, kurang produktiflah kerja penambakan mereka.

19.Okey.. Secara umumnya, sempadan perairan di antara dua buah negara diambil di titik terdalam (jika di air) atau titik tertinggi (jika di pergunungan). Ini kerana adanya perbatasan semulajadi yang nyata dan berbentuk fisikal.

20.Tak percaya, lihatlah Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser. Semuanya berada di Pahang kerana cerun yang menghadap ke barat (Cameron Highland – Perak, Genting Highland dan Bukit Fraser – Selangor) curam tetapi cerun yang menghadap ke timur (arah Pahang) agak melandai dan boleh buat penempatan.

21.Makanya atas dasar inilah juga Pahang bertuah mendapat kasino tunggal di Malaysia yang mana salah satu pemegang saham utamanya adalah milik yayasan atok seorang pemimpin negara kita..! Yayasan ni jugalah yang berkongsi syer syarikat bas yang terjun gaung pada bulan Ogos 2013 dulu. Bertuah kita.. Tuah untuk mudah kita mendapat bala.

22.Berbalik kepada Selat Tebrau. Bila dah tak ada laluan kapal, maka arus air kat dasar akan lebih tenang dan pasir-pasir penambakan mudah mendap dan senanglah kerja penambakan di buat.

23.Bila ditambak dan ditambak, pasir-pasir ni akan bergerak ke arah titik terdalam dan lama-kelamaan titik terdalam ni akan cetek dan akan terganjak ke arah sebelah yang tak di tambak – dalam kes ni ke arah Johorlah.

24.Tunggu sajalah beberapa dekad akan datang, time anak cucu kita pasti akan berlaku pengukuran semula titik sempadan di dasar laut kawasan ini untuk mengemas-kini pancang sempadan (maya, di atas peta), mesti banyak terganjak.

25.Cuba bayangkan kalau keseluruhan 50km pesisir terganjak 0.5km, senang-senang jiran kita dapat 2,500 hektar @ 25 km persegi kawasan baru (bersamaan separuh keluasan Putrajaya @ keluasan Putrajaya 49 km persegi).

26.Kita sebenarnya tak cukup cerdik dan malas belajar dari sejarah. Cuba tengok balik macamana kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA (Joint-Development  Area) di Teluk Siam.

27.Bagi yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen la..

28.Awal-awal kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut atas alasan nak buat padang.

29.Dengan anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.

30.Masalahnya masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak kita tergadai.
31.Jadinya bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara) mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah…

32.Sebab tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA, bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar lagi kot..

33.So, kesudahan dua-dua (Patani dan Kelantan) pihak gigit jari.. Dan di Kelantan pulak,bermulalah gerakan menuntut hak negeri yang dirompak “R” – royalti… Tapi sebenarnya terlupa nak mengaku dah silap dari awal lagi – alpa dengan membiarkan persempadanan ni berganjak.. Rezeki terpihak untuk orang Thai kot…

34.Namun kita belajarlah jugak.. Akhirnya JPS buatlah satu rumah hantu (galeri) kat pantai kuala Sungai Golok kat sebelah kita tu semata-mata nak bagi tau kehadiran kita.. Nasi dah hangit… Kalau setakat jadi bubur masih boleh dimakan.. Jelasnya, banyak yang tersirat berbanding tersurat.. Dan terbaik buat masa ni, redha lah saja, tak perlu diungkit-ungkit cerita lama.

35.Tak percaya, gogellah lokasi rumah JPS ni.. Saya tak payah gogel, dah naik pun rumah tu dengan linangan air-mata.. Ingatkan sedara Kelantan ni cerdik sangat, ada tuan guru politik ternama tapi tak kasyaf bab-bab kepentingan rakyat.


36.Maaf bercerita diluar konteks biasa… Wallahualam..

Sessi Bongkar - Dari RM42 Billion Kepada RM27 Billion Dan Semalam Kehilangan Wang 1MDB Jadi RM0!!! #KekalNajib



Video klip di bawah adalah semasa sessi soal jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamed dalam program Bicara Negarawan di Ipoh. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mendakwa 1MDB melesapkan RM42 bilion wang Rakyat dan mahukan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Razak bertanggungjawab. Tulisnya di dalam blog beliau,
2. I am not asking anybody to support me. But I am going to ask all those who support Najib to declare they all support his 1MDB, 1MDB borrowing 42 billion Ringgit and his inability to answer where the money is when asked.
10. I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him. I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of 42 billion Ringgit is okay, that there is no necessity to at least explain where the money is. If you do, go tell Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad and Khairy Jamaluddin to shut up.
Tun Dr Mahathir mengubah fikiran kemudiannya dan membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1MDB melalui pinjaman RM42 billion dan mendakwa RM27 billion pula tidak dapat dikesan. Jumlah yang hilang sudah berubah dalam masa tidak sampai dua minggu daripada RM42 billion kini tinggal RM27 billion. Baca sepenuhnya di sini.
23. These are all the purchases that are known. They all add up to RM14.7 billion. So there is approximately 27 billion Ringgit left.
24. More than 1billion US Dollars were said to be paid to Petro Saudi without verification as to the value of this company or its assets.
25. Where is the rest of the money?
Semasa Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh, Tun Dr Mahathir kembali membuat dakwaan bahawa berbillion Ringgit duit 1MDB sudah hilang. Baca posting blog beliau untuk no 40 dan 41 di sini.
40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.
41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Semalam, jumlah kehilangan 1MDB bukan setakat tiada lagi berbillion-billion, tetapi ianya telah menjadi kosong, nil, sifar dan perkataan yang sewaktu dengannya. Tun Dr Mahathir mengaku bahawa jumlah RM42 billion itu adalah hutang, CTS ulangi adalah hutang 1MDB. Tak hilang manapun duit tersebut. Begitu cepat Tun Dr Mahathir buat 'flip flop? Malah Tun Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa masalah berkenaan boleh selesai.

Macai tentu tanya hutang apa tu sampai RM42 billion? Boleh ka bayar? Apanama ... aset 70 ekar tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) dan 500 ekar tanah di Bandar Malaysia di dalam kawasan Segitiga Emas, Kuala Lumpur, jika diambil kira RM2K per kaki persegi pun sudah bernilai RM50 billion. Ini belum mengambilkira 15 buah 'Independent Power Supply (IPP)' yang dipunyai oleh 1MDB. Maknanya apa tuan-tuan dan puan-puan? 1MDB mempunyai aset hampir RM100 billion berbanding hutang RM42 billion. Macai faham tak ni?







KEPADA TERESA KOK DAN MANUSIA SEJENISNYA... SILA BERAMBUS KELUAR DARI MALAYSIA SEBAB PELARIAN ROHINGYA NAK DUDUK DI NEGARA INI!!!


Selepas PRU-13, para penyokong Pakatan Rakyat bukan main berlagak sebab undi popular mereka adalah 52%. Dan kerana 52% itulah juga, mereka cukup berlagak dengan menyatakan negara ini berada dalam keadaan yang sangat teruk, kerajaannya zalim dan mengancam akan meninggalkan Malaysia secara beramai-ramai. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, selepas Barisan Nasional tetap juga menang walaupun tidak lagi menguasai majoriti 2/3, tiada pula seorang pun daripada mereka keluar dari Malaysia. Malah tiada juga pemimpin-pemimpin DAP yang mengancam untuk meninggalkan negara ini, berkemas beg dan segera berambus. Malah mereka pula tiba-tiba menjadi pejuang negara yang terus membangkitkan isu-isu yang dikatakannya untuk kesejahteraan rakyat, sambil-sambil cuba untuk melupakan masyarakat awam dengan kenyataan mereka sebelum ini.

Dari selepas pengumuman kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sehingga ke hari ini, para penyokong Pakatan Rakyat, kekal dengan pendirian mereka bahawa kehidupan mereka di Malaysia sangat tidak menyenangkan, GST pula telah menyebabkan mereka terpaksa makan pasir dan rumput, kebebasan bersuara yang disekat kerajaan pula telah menyebabkan mereka seperti katak bawah tempurung, undang-undang dan akta dikatakan sebagai satu bentuk kezaliman serta tekanan kepada rakyat jelata. 

Pendek kata, mereka tidak berpuas hati dengan segala benda dan Malaysia pula dilihat sebagai sebuah NEGARA YANG SERBA TIDAK BERGUNA.

Rafizi Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah, Wan Azizah dan sebagainya, seringkali menyatakan negara lain jauh lebih baik berbanding Malaysia.

Kini, berpuluh ribu rakyat Myanmar yang menjadi orang hanyut, tetap berazam untuk masuk dan tinggal di Malaysia yang mereka katakan lebih baik berbanding Myanmar. Meskipun Kerajaan Myanmar menyatakan kesediaan untuk menerima rakyat mereka kembali - dengan beralasan sekiranya mereka mempunyai dokumen yang lengkap - namun pelarian-pelarian Rohingya itu tetap juga mahu masuk ke Malaysia.

Bayangkanlah kalau 52% daripada pengundi yang menyatakan Malaysia sebagai negara tidak bagus untuk mereka, keluar dari negara ini, berpuluh-puluh ribu orang Myanmar itu boleh masuk dan menetap di negara ini dengan baik tanpa sebarang halangan. Golongan yang teraniaya, dizalimi dan dihalau ke sana ke mari seperti mereka, sudah tentu akan lebih bersyukur dan lebih berterima kasih.

Ada mana-mana penyokong Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan negara ini yang sudi memberikan tempat dan keselesaan mereka kepada pendatang-pendatang Rohingya. 

Monday, May 18, 2015

Semalam Di Pulau Pinang. CAT Versi Joseph Lim Guan Eng - Semuanya Naik di Pulau Pinang!

May 18, 2015

Pentadbiran DAP di Pulau Pinang di bawah pemerintahan Joseph Lim Guan Eng sememangnya terkenal dengan pendekatan 'Competency, Accountability and Transparency (CAT)'. Jadi tidak hairanlah pelbagai caj yang tidak pernah ada di Pulau Mutiara itu sebelum ini diperkenalkan.

Contohnya adalah Caj Meja Kedai Makan/Restoran dan Caj Bilik Hotel. Tarif air domestik meningkat, tarif air perniagaan juga meningkat, cuma air hujan sahaja yang turun.

Kadar Cukai Pintu untuk Rumah Kos Rendah juga berlaku kenaikan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Kesian golongan berpendapatan rendah. Bayaran pengurusan pindah milik hartanah Pulau Pinang, bayaran pembiayaan semula bank dan pembekuan dan pencairan bayaran pindah milik transaksi hartanah meningkat sekitar 105 hingga 200%!

Kesian orang-orang Pulau Pinang kena mengahadapi kenaikan ini semua. Mungkin kenaikan ini adalah untuk menampung bayaran 'Undersea Tunnel Feasibility' yang berjumlah RM308 juta?

Cr : cts

Friday, May 15, 2015

Mengapa 1MDB Dibenci?



1. Mengapa 1MDB dibenci? Mengapa syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, diberi berbagai jolokan yang mengerikan, seolah-olah penyebab semua masalah, baik perekonomian, politik, malah dikatakan penyebab UBN bakal kecundang pada PRU-14.

2.Mari kita lihat, mengapa syarikat tersebut dibenci. Masih ingatkah penswastaan? Penswastan pertama adalah berkaitan Independent Power Plant (IPP), antaranya IPP yang dikendalikan Syed Mokthar Al-Bukary, Ananda Krishnan, YTL dan Genting.

3. Melalui pesawstaan tersebut, TNB diwajibkan membeli tenaga dengan tarif yang tinggi, dan pada masa yang sama menerima subsidi daripada Petronas, dan melalui proses tersebut IPP tersebut mengautkan keuntungan RM19bilion setahun sejak tahun 1990, sebelum dihentikan pada tahun 2012.

4. Konsensi 25 tahun tersebut tamat pada 2015, dan tidak disambung, namun 1MDB membelinya dengan harga RM18 bilion termasuk hutang tertunggak dan teknologi yang ada pada IPP tersebut.

5. Oleh kerana pembelian tersebut, maka tarif litrik yang seharusnya naik pada tahun 2014 tidak menjadi kenyataan sebaliknya tarif litrik diturunkan pada tahun 2015, sebagai impak kepada pembelian IPP tersebut.

6. Para pemilik IPP itu, sudah tentu marah, kerana sebaik sahaja semua IPP tersebut dimilki 1MDB, maka konsensi disambung selama 25 tahun lagi. Walaupun masih menjual tenaga kepada TNB, oleh kerana semua IPP tersebut milik kerajaan, maka tarif yang dikenakan mempunyai kecenderungan untuk menurunkan tarif litrik dalam negara.

7. Juga melalui pertukaran hak milik IPP tersebut, Petronas tidak lagi memberi subsidi yang berjumlah RM19 bilion setahun. Suatu ketika bayaran kepada IPP sejumlah ini menjadi bahan para pemimpin pembangkang menghentam kerajaan.

8. Siapa yang tidak marah kehilangan pendapatan RM19 bilion? Para pemilik IPP tersebut, mempergunakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir , untuk menyerang DS Najib, mempersoalkan mengapa 1MDB beli IPP tersebut pada harga mahal, sedangkan tempoh masa operasi semakin tamat. Sebenarnya alasan yang diberikan itu bukanlah demikian, alasan sebenar adalah, para pemilik IPP itu tersangat marah.

9. Tun Dr Mahathir memang mahir membangkitkan persepsi, atas sebab itu bermula dengan mempersoalkan, mengapa kerajaan tidak menunggu tamat tempohnya konsensi baru beli, namun apa yang tidak diuraikan, bahawa masih ada klause dalam perjanjian tersebut, bahawa kerajaan masih terikat kepada obligasi untuk menyambung konsensi untuk tempoh masa tertentu. Juga tidak masuk akal, semua peralatan milik IPP tersebut dibesi burukkan, adalah satu keputusan gila, jika mempergunakan satu infra yang masih boleh beroperasi dilupuskan begitu sahaja.

10. Tindakan 1MDB membeli IPP tersebut dengan harga RM18 bilion, namun selepas disambung konsensi selama 25 tahun lagi, maka nilainya bukan lagi RM18 bilion, malah tiga kali ganda berbanding harga belian.

11. Diketahui umum bahawa 1MDB tidak mempunyai modal untuk membeli, atas sebab itu meminjam daripada bank. Pihak bank memberi pinjaman kerana mengetahui potensi IPP tersebut. Bank menilai potensi kewangan yang boleh dijana, atas sebab itu memberi pinjaman.

12. 1MDB sebagai syarikat milik kerajaan, selain mendapatkan bebeberapa IPP juga membeli tanah-tanah milik kerajaan seperti TRX dan tanah bekas lapangan terbang sungai besi selain tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang.

13. Dalam rancangan bisnes syarikat tersebut, untuk mendapatkan wang tunai bagi digunakan membangun hartanah yang dibeli termasuk Kuala Langat Power Plant, maka bercadang menerbitkan IPO, yang boleh mendapatkan RM8bilion dana awam, namun sebelumpun rancangan tersebut menjadi, berbagai inej negatif ditimbulkan, sehingga rancangan tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu.

14. Akibat tertangguhnya penerbitan IPO, maka syarikat yang berjaya menjana pinjaman sehingga RM42 bilion tersebut, dikejar bank sesuai dengan perjanjian. Oleh kerana hartanah yang dibeli belum menjana pendapatan, kecuali IPP yang menjana pendapatan RM900 sejuta setahun, namun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membayar pinjaman tertangguh. 

15. Bagi mengatasi kekurangan wang tunai, maka 1MDB terpaksa menjual sebahagian hartanah miliknya, malah terpaksa memberikan aset bernilai yang dibeli 1MDB yang tersebar di 5 negara kepada syarikat lain seperti IPIC dan Aabar Abu Dhabi semata-mata untuk membayar hutang.

16. Untuk sementara, pihak-pihak tertentu yang mencipta berbagi imej buruk kepada 1MDB telah berjaya, kerana tidak menjadinya syarikat tersebut menerbitkan IPO.

17. Niat para pengeritik 1MDB agar supaya syarikat itu muflis, tidak akan menjadi, atas sebab, kerajaan tidak akan menjual harta yang berkaitan dengan tenaga kepada pihak swasta, sebaliknya menjualnya kepada TNB, GLC milik kerajaan agar supaya keadaan penswastaan tenaga yang bermula tahun 1990 tidak berulang.

18. Perkara 17, inilah yang gagal dilihat oleh mereka yang terpengaruh kritikan negatif kepada tindakan 1MDB, namun pihak pembangkang tahu benar, tindakan 1MDB tersebut memberi impak positif kepada kerajaan UBN.

19. Juga apa yang gagal dilihat oleh mereka yang terpengaruh kritikan negatif terhadap 1MDB, berkaitan sumbangan sosial syarikat tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan. Pihak pembangkang melihat, sumbangan sosial syarikat tersebut memberi impak positif kepada kerajaan UBN, atas sebab itu, sebelum syarikat tersebut dapat berkembang dan meneruskan usahanya, maka perlu ditamatkan.

20. Para 19 tersebut dilihat oleh pembangkang, namun dipihak Tun Dr Mahathir pula, melihat tindakan 1MDB telah merampas peluang para pemilik IPP yang tercipta semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri tersebut, khususnya IPP milik Syed Mokhtar Al-Bukahry.

21. Melihat kepada apa yang berlaku melalui tindakan 1MDB memilik beberapa IPP dan pembangunan Bandar Malaysia dan TRX serta tanah di Pulau Pinang, mempunyai pengaruh postif kepada UBN dan kepentingan kaum melayu dan bumiputera, maka pihak pembangkang berusaha sedaya upaya menggagal kemajuan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, selain menghalang "brain Child" Perdana Menteri itu berkembang maju.

22. Menghapuskan 1MDB sebenarnya satu tindakan politik yang dirancang oleh pihak pembangkang, namun pengelibatan mantan Perdana menteri Tun Dr Mahathir, hanya kerana para "kroni" beliau kehilangan pendapatan berbilion ringgit. seterusnya