Selepas
PRU-13, para penyokong Pakatan Rakyat bukan main berlagak sebab undi popular
mereka adalah 52%. Dan kerana 52% itulah juga, mereka cukup berlagak dengan
menyatakan negara ini berada dalam keadaan yang sangat teruk, kerajaannya zalim
dan mengancam akan meninggalkan Malaysia secara beramai-ramai. (RUJUK SINI)
Bagaimanapun,
selepas Barisan Nasional tetap juga menang walaupun tidak lagi menguasai
majoriti 2/3, tiada pula seorang pun daripada mereka keluar dari Malaysia.
Malah tiada juga pemimpin-pemimpin DAP yang mengancam untuk meninggalkan negara
ini, berkemas beg dan segera berambus. Malah mereka pula tiba-tiba menjadi
pejuang negara yang terus membangkitkan isu-isu yang dikatakannya untuk
kesejahteraan rakyat, sambil-sambil cuba untuk melupakan masyarakat awam dengan
kenyataan mereka sebelum ini.
Dari
selepas pengumuman kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sehingga ke hari
ini, para penyokong Pakatan Rakyat, kekal dengan pendirian mereka bahawa
kehidupan mereka di Malaysia sangat tidak menyenangkan, GST pula telah
menyebabkan mereka terpaksa makan pasir dan rumput, kebebasan bersuara yang
disekat kerajaan pula telah menyebabkan mereka seperti katak bawah tempurung,
undang-undang dan akta dikatakan sebagai satu bentuk kezaliman serta tekanan
kepada rakyat jelata.
Pendek
kata, mereka tidak berpuas hati dengan segala benda dan Malaysia pula dilihat
sebagai sebuah NEGARA YANG SERBA TIDAK BERGUNA.
Rafizi
Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah, Wan Azizah dan sebagainya, seringkali menyatakan
negara lain jauh lebih baik berbanding Malaysia.
Kini,
berpuluh ribu rakyat Myanmar yang menjadi orang hanyut, tetap berazam untuk
masuk dan tinggal di Malaysia yang mereka katakan lebih baik berbanding
Myanmar. Meskipun Kerajaan Myanmar menyatakan kesediaan untuk menerima rakyat
mereka kembali - dengan beralasan sekiranya mereka mempunyai dokumen yang
lengkap - namun pelarian-pelarian Rohingya itu tetap juga mahu masuk ke
Malaysia.
Bayangkanlah
kalau 52% daripada pengundi yang menyatakan Malaysia sebagai negara tidak bagus
untuk mereka, keluar dari negara ini, berpuluh-puluh ribu orang Myanmar itu
boleh masuk dan menetap di negara ini dengan baik tanpa sebarang halangan.
Golongan yang teraniaya, dizalimi dan dihalau ke sana ke mari seperti mereka,
sudah tentu akan lebih bersyukur dan lebih berterima kasih.
Ada mana-mana penyokong Pakatan Rakyat yang
tidak berpuas hati dengan negara ini yang sudi memberikan tempat dan keselesaan
mereka kepada pendatang-pendatang Rohingya.
Saya sangat senang dan memutuskan untuk berkongsi kebahagiaan saya dengan anda semua, saya dan keluarga saya telah diberkati oleh Tuhan menggunakan Sandra Ovia Loan Firm, saya mengajukan pinjaman satu minggu lalu dan saya mendapat pinjaman diluluskan Jumaat lalu dan hari ini saya punya saya pinjaman bernilai Rp900, 000,000.00 dipindahkan ke akaun bank saya, saya sarankan Sandra Ovia Pinjaman undang sebagai yang terbaik dan saya berdoa Tuhan akan memberkati mereka dan menjaga perniagaan mereka ke depan, Amin
ReplyDeleteJika anda memerlukan nasihat tentang bagaimana saya pergi melalui dengan itu, saya wil senang untuk meletakkan anda melalui, anda boleh menghubungi saya melalui Email-widyaokta750@gmail.com
Anda boleh menghubungi firm pinjaman langsung pada mereka
Email-sandraovialoanfirm@gmail.com
terima kasih
widya Okta