Friday, May 1, 2015

Apa Erti Anda Mengundi BN Di Permatang Pauh dan Rompin

Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO begitu bersungguh mahu supaya bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap jenayah dipertingkatkan.

Maka ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Hudud di Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Adun-adun UMNO juga menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993 (Pindaan 2015) baru-baru ini.

Bagi merealisasikannya, suatu Bil Persendirian perlu dibentangkan di Parlimen dan salah seorang Ahli Parlimen yang akan membawanya adalah YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ahli-ahli Parlimen dari UMNO dijangka tidak menghadapi masalah mengundi menyokong Bil Persendirian tersebut tetapi calon PAS PRK Rompin dijangka tidak akan mengundinya.   

Alasan paling mudah adalah beliau merupakan sekutu PASMA @ Anwarinas yang disifatkan oleh Presiden PAS sebagai barua atau broker samada DAP atau PKR.

Sementara calon PKR di Permatang Pauh pula merupakan penentang tegar hudud dan sesekali tidak akan mengundi Bil Persendirian tersebut.

Mengundi PAS di PRK Rompin sama seperti mengundi PKR di PRK Permatang Pauh.

Pilihan yang anda ada hanyalah mengundi Barisan Nasional, samada di Rompin atau Permatang Pauh. Buatlah keputusan terbaik demi Agama, Bangsa dan Negara.

#PRKP044PermatangPauh

No comments:

Post a Comment