Friday, May 15, 2015

Politik Ekonomi Menantu di Malaysia (Son-in-Law’ & Malaysian Political Economy)

Malaysia bukan tak biasa dengan kemungkinan seorang menantu kepada mana-mana pemimpin menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sesuatu daripada mana-mana Kementerian dan GLCs di Malaysia. Dulu pun biasa. Zaman Pak Lah, menantu basically mencatur segala benda di Malaysia. He is basically call the shots.

Sekarang ini, disebabkan kaki pembodek yang unggul dan hebat, perkara sama sedang berlaku. Banyak deal yang seakan-akan dipaksa kepada pihak tertentu. Membawa COP MOHOR, individu ini sibuk mengusung Menantu PM untuk mendapatkan projek dan kemudahan tertentu.

Secara kebetulan, individu pembodek membawa nickname yang sama – ‘DSN’. Katanya, jika DSN bercakap, semuanya mesti dilaksana, tanpa sebarang budi bicara.

Beberapa GLCs sudah menerima panggilan dan WAJIB menerima rombongan ‘DSN’ untuk membuka pintu deals yang lebih menarik dan membawa keuntungan.

DSN & Dato’ Seri Nazarbayev?

Kalau zaman dahulu, ECM Libra dijadikan pusat mengumpul kekayaan, katanya ada syarikat baru yang diberikan kepercayaan penuh untuk mengutip UFTI bagi pihak tertentu.

FELDA adalah satu agensi yang dikatakan mendapat panggilan malaikat ekonomi ini. Walaupun tidak dapat permintaan deal berjumlah BILLION, tetapi dikatakan tetap juga keputusan dibuat untuk membantu syarikat yang dibawa oleh Abang Angkat Nazarbayev ini.

BANK RAKYAT juga katanya menjadi pusat pencarian yang baru.

Even pegawai-pegawai tinggi KHAZANAH NASIONAL juga dikatakan menjadi bidak kepada force baru kepada usaha mendapatkan kepentingan ekonomi ini.

Katanya, waima tengah malam pun, Pengurusan Khazanah juga sanggup menunggu bagi memberi jalan kepada “DSN” membentangkan proposal dan cadangan.

Berhati-hatilah. Nazarbayev mungkin tidak berminat sangat. Dia pemain internasional. Tetapi tukang bawak ini yang beria sangat. Menumpang kemeriahan menantu untuk diri sendiri.

Tukang bawa ini bukan orang baru. Player lama. Zaman Pak Lah pun dia ada. Yang heran, dengan imej yang buruk, masih ada lagi pihak yang menggunakan khidmatnya. Memang terer (bak kata orang Melayu). Kiri kanan dia sebat.


Dalam pelbagai polemik yang sedang berlaku, jangan tambahkan kekalutan. Kalau meletup lagi, kena pulak Ghapur dan Rahman Dahlan kumpul orang dan minta sokongan BUGIS SABAH kepada Perdana Menteri.  


No comments:

Post a Comment