Wednesday, May 6, 2015

PRK TERDESAK NAK UNDI MELAYU, LETAK BANNER FITNAH KENYATAAN KETUA WANITA MCA #PRKPermatangPauh




Selain poster dirosak dan dikoyakkan, papan tanda fitnah turut dinaikkan pada hari-hari akhir berkempen 



                 Klik di sini

Selain poster dirosak dan dikoyakkan, papan tanda fitnah turut dinaikkan pada hari-hari akhir berkempen di #PRKPermatangPauh

Budaya jahat dan kotor sebegini seringkali terjadi dalam tempoh berkempen.


Namun apa yang paling meresahkan Pakatan ialah, apabila berlakunya peningkatan undi kaum Cina pada Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin yang berakhir semalam. Menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di kawasan itu menewaskan PAS.
Keresahan Pakatan ini kemudiannya dizahirkan dengan kegiatan-kegiatan yang bertujuan menakut-nakutkan pengundi. Poster BN dimusnahkan dan papan tanda fitnah didirikan.

Sebenarnya ayat yang dipaparkan pada papan tanda ini diambil daripada petikan akhbar China Press. Pihak akhbar itu pun sudah memohon maaf di atas terbitan mereka. Namun puak pakatan menggunakan situasi ini kerana terdesak. Jelas mereka semakin resah...
Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dikatakan akan membuat laporan polis dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung perkara ini.  





No comments:

Post a Comment