Monday, August 31, 2015

Bersih 4.0: Tun Dr Mahathir Downgrade Dirinya


Image result for bersih4

1. Betapa tingginya terbang bangau, akhirnya kembali ke belakang kerbau. Rupanya sekian lama, Tun Dr Mahathir bercakap soal-soal demokrasi, soal-soal penentang kerajaan bukan melalui peti undi, rupanya hanya sandiwara.

2. Rakyat kini telah faham, kenyatan pedas, bidasan terhadap demostrasi jalanan reformasi tahun 1998, hanya merupakan lakonan, bukan betul-betul.

3. Kehadiran dua kali dalam himpunan jalanan Bersih 4.0 dan pada kehadiran kedua sempat pula memberi sidang akhbar di luar sebuah restoran di Central Market, mengambarkan, bahawa mantan Perdana Menteri itu sudah menurunkan kelasnya, bukan lagi sebagai negarawan, sebaliknya sama taraf dengan pemimpin jalanan seperti Hishamuddin Rais, serta yang lainnya.

4. Selama ini, semua rakyat tertipu dengan kepimpinan Tun Mahathir, di mana menganggap sebagai teladan dalam mengurus negara, rupanya semuanya sebagai lakonan.

5. Dengan berselindung menggunakan kata-kata-"saya tak sokong bersih" " tapi saya sokong rakyat, kerana peserta bersih juga rakyat" merupakan kenyataan yang menghalalkan cara.

6. Tun M lupa, jika Bersih mampu menggerakan himpunan selama 34 jam, tak kan pula kerajaan yang mempunyai semua jentera tidak mampu melakukan tindakan yang sama. Ertinya, negara ini bukan lagi negara yang cintakan keamanan dan ketenteraman, melainkan menjadi negara yang hanya tahu turun ke jalan. Rupanya, sekian lama Tun memerintah, apa yang terlupa oleh beliau adalah bagaimana turun ke jalan.

7. Yakinlah, selepas ini, mantan PM itu akan mendesak Anwar Ibrahim dibebaskan, dengan alasan, bahawa mantan TPM itu tidak bersalah, melainkan diperangkap untuk bersalah.


8. Kemungkinan mendesak Anwar dibebaskan, tidak boleh diketepikan, kerana Tun Mahathir sudah menelan sekian banyak ludahnya. AYT

2 comments:

  1. Tak pyh nak komen pjg2..kan tun sdh jelaskan dia x sokong pun bersih tu..yg di sokong ialah suara rakyat..takkan itu pun x boleh nak faham kot..heee. yg di tentang hanya najib

    ReplyDelete