Monday, August 24, 2015

DAP TAK LAYAK UNTUK SEHATI SEJIWA

Tema sambutan Hari Kebangsaan ke 58 pada tahun ini ialah SEHATI SEJIWA. Walaubagaimanapun, kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan tema mereka sendiri yang berlainan dari tema kebangsaan iaitu BERSIH, CEKAP, AMANAH.



Bagi aku tiada apa yang perlu kita kesalkan dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang itu. Ini kerana sikap mereka memang tidak SEHATI SEJIWA dengan rakyat Malaysia yang lainnya. 

Bagaimana mungkin DAP Pulau Pinang boleh SEHATI SEJIWA dengan rakyat yang lain? DAP Pulau Pinang bertokongkan Lim Kit Siang. Hati dan jiwa mereka untuk politik anak beranak Lim Kit Siang. Dengan Cina yang tak menyokong DAP pun mereka tak SEHATI SEJIWA, bagaimana mereka mahu SEHATI SEJIWA dengan masyarakat pelbagai kaum dalam Malaysia ini.

Biarlah mereka dengan tema mereka sendiri untuk memBERSIHkan kekayaan Pulau Pinang dengan CEKAPnya untuk diAMANAHkan kepada anak cucu cicit piut LKS. Seterusnya


No comments:

Post a Comment