Tuesday, August 4, 2015

Guan Eng Ketawa Bila Diaju Soalan DAP Terima Dana dari Soros?



GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekadar ketawa apabila diajukan pertanyaan apakah benar partinya menerima dana politik daripada pedagang mata wang dunia, George Soros.

“Ini bukan sahaja tidak masuk akal tetapi sangat lucu. Macamana harus saya respon kepada dakwaan yang sangat tidak masuk akal ini," ujarnya kepada para pemberita di sini, Isnin.

Sebaliknya kata Guan Eng, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke telah pun memberi respon kepada dakwaan tersebut dan beliau enggan membuang masa memberi ulasan ke atas perkara yang sama.

Dakwaan berhubung DAP menerima dana politik daripada Soros dibuat oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Saya tidak mahu membuang masa saya dengan memberi respon kepada isu ini. Ia sengaja dibangkitkan untuk mengalih perhatian ramai kepada isu yang lebih besar sekarang (1MDB),” jelas Guan Eng.

Rahman juga mendakwa yang parti-parti pembangkang telah menerima sumbangan dana daripada sebuah organisasi yang berpusat di Amerika syarikat iaitu National Endowment for Democracy.

Berhubung gesaan supaya semua parti politik termasuk pembangkang berterus terang dari mana mereka memperolehi dana politik, Guan Eng berkata, DAP tidak pernah membangkang cadangan tersebut.


“Kami tidak pernah menolak tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah bawa berbincang dengan kami berhubung perkara ini," ujar Guan Eng. Cr

No comments:

Post a Comment