Tuesday, August 25, 2015

Tamparan ATM Dan PDRM, Guan Eng Terpaksa Jilat Ludahnya Kembali






Selepas dikecam bertubi-tubi  pelbagai pihak , akhirnya KEANGKUHAN  Ketua Menteri Guan Eng yang berkeras mahu menggunakan slogan BERSIH  untuk sambutan peringkat negeri P.Pinang terpaksa akur menggunakan semula tema "Sehati Sejiwa".

Jika tak kerana penarikan diri ATM , kerajaan DAP sudah tentunya tidak akan melakukan mesyuarat Exco tergempar hari ini . Ini kerana jika tiada ATM , siapa nak melakukan tabik hormat kepada TYT Negeri P.Pinang nanti ?

Kerajaan DAP  sebelum ini cukup  sombong semasa Pejabat Pendidikan Negeri melarang pihak sekolah sertai perarakan perbarisan hinggakan  menghentam Pengarah Pendidikan terbabit .

Tahniah kepada semua pihak terutama Kementerian Pelajaran &  Jabatan Pendidikan Negeri yang tegas dan berani tidak mahu sebarang agenda politik dibawa ke ketika sambutan Hari Kebangsaan .

No comments:

Post a Comment