PRU14
Pada
hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan
jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa
tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil
media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan
maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.
Malaysia
sentiasa melihat perebutan kuasa, perpecahan dan penyingkiran pemimpin sejak
dahulu lagu sebelum Merdeka. Sebagai contoh, pada tahun 1951, enam tahun
sebelum Merdeka, Umno berpecah apabila sayap Islam parti berhaluan kiri
membentuk sebuah parti baru, Pan-Malayan Parti Islam, kini dikenali sebagai
PAS.
Pada
tahun yang sama, Onn Jaafar, pengasas Umno, meninggalkan parti itu disebabkan
isu sama ada Umno perlu membuka pintu kepada bukan Melayu. Dalam perhimpunan
berkenaan tidak lama selepas itu, tiga calon telah bertanding jawatan presiden
Umno dimana Tunku Abdul Rahman menang.
Tunku
bertahan hampir 20 tahun sebagai pemimpin Umno, tidak lama kemudian selepas
rusuhan kaum tahun 1969 beliau telah disingkir keluar oleh “Young Turks” yang
menganggap Tunku terlalu berkompromi terhadap Cina.
PAS
juga, yang lahir dari Umno, menyaksikan perebutan kuasa selama ini. Dua pihak
baru telah dilahirkan – Berjasa dan Hamim – ekoran dari konflik ini namun
kedua-duanya tidak membuat banyak penampilan dalam politik Malaysia.
Semangat
46 dan kini PKR juga merupakan dua parti yang muncul dari konflik dalaman dalam
Umno walaupun PKR telah berjaya pada tahap tertentu untuk menghilangkan imej
Umno (tidak seperti Semangat 46) kerana ia membenarkan bukan Melayu untuk
menyertai parti dan memegang jawatan dalam parti tersebut.
Dan
kini, sekali lagi, kita lihat PAS dan Umno melalui perebutan kuasa dalaman. PAS
lebih kurang berjaya menyelesaikan perebutan kuasa dalaman tersebut dengan
penyingkiran mereka yang menentang presiden (kini mereka mahu membentuk, buat
kali ketiga, sebuah parti Islam yang baru lagi). Perebutan kuasa dalam Umno,
bagaimanapun, masih belum dapat diselesaikan dan pada masa ini tekaan anda sama
seperti arah perjalanan tersebut “where the chips are going to fall”.
Sebenarnya,
perancangan awal adalah untuk wujudkan undi tidak percaya yang akan diluluskan
di Parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini sepatutnya
telah dilaksanakan pada bulan Jun atau Julai (mereka war-warkan Najib tidak
akan bertahan sehingga akhir Julai).
Mereka
memerlukan sekurang-kurangnya 85 undi dari Pakatan Rakyat dan tidak kurang
daripada 30, sebaik-baiknya 40, dari Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menyampaikan 30-40 undi daripada Barisan
Nasional dan jika beliau boleh berbuat demikian maka Pakatan Rakyat akan
menyokong beliau dengan 85 undi atau lebih.
Presiden
PAS Abdul Hadi Awang tidak berminat terhadap satu lagi gerakan ‘Kajang Move’
selepas yang pertama menyaksikan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid
Ibrahim. Jadi beliau enggan menyertai komplot tersebut dan ini bermakna mereka
perlu pergi ke plan B pula.
Pelan
B sepatutnya telah dilaksanakan pada hari Rabu Julai 29, 2015, semasa mesyuarat
Kabinet.
Pada
hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan
jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa
tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil
media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan
maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.
Najib
kemudiannya akan ditangkap dan tiada jaminan akan diberikan kerana berisiko
“flight risk”. Apabila Najib ditangkap, beliau akan menerima tamparan dengan
lebih banyak lagi dakwaan untuk memastikan beliau sibuk di mahkamah untuk
sedekad yang akan datang supaya walaupun beliau menang semua dakwaan tersebut
namun beliau tidak akan mampu kembali sebagai Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment