IPOH
– Individu yang menyebarkan gambar di laman sosial berhubung barangan jualan
seorang penjaja makanan bertaburan di perkarangan Hospital Raja Permaisuri
Bainun (HRPB) di sini yang didakwa akibat tindakan pegawai Majlis Bandaraya
Ipoh (MBI), hari ini tampil memohon maaf.
Penuntut
lelaki di sebuah institusi pengajian tinggi yang enggan namanya disiarkan,
tampil secara sukarela pada sidang akhbar untuk menerangkan tindakan yang
dilakukannya itu.
“Saya
mohon maaf…sebenarnya tiada niat pun untuk saya memburukkan mana-mana pihak
kerana status Facebook itu dibuat sewaktu saya emosi, dan saya tahu tindakan
itu adalah tindakan bodoh kerana saya tidak fikir panjang akan kesannya.
“Sebenarnya
pihak MBI tidak bersalah dalam hal ini, mereka hanya menjalankan tugas,”
katanya.
Penuntut
berumur 22 tahun itu berkata tujuan dia memuat naik gambar tersebut kerana
bersimpati dan sedih dengan peniaga tersebut.
Sementara
itu, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB Datuk Omar Ahmad berkata beliau telah
meminta MBI mengambil tindakan terhadap peniaga tidak berlesen yang berniaga di
sekitar kawasan hospital itu.
“Kita
telah bayar kantin kita RM14,000 sebulan, kenapa ada orang datang berniaga di
sini dengan percuma dan mengganggu lalu lintas,” katanya.
Dalam
pada itu, Setiausaha MBI Mohd Zakuan Zakaria berkata pihaknya akan membantu
penjaja tersebut mengikut keperluan.
“Kalau
dia datang minta bantuan…mungkin kita akan berjumpa dengan beliau dan
menawarkan apa yang boleh kita bantu,” katanya.
Gambar
yang diviralkan menunjukkan seorang wanita sedang tunduk di samping hasil
jualan kacang putihnya bertaburan di atas jalan raya dan pegawai MBI berada di
lokasi itu. Cr– BERNAMA
No comments:
Post a Comment