1.
Perang siber akan menjadi lebih sengit dan mencabar menjelang PRU14, dapatkah
BN menyusuri arus ini dengan idea lapuk & terus tertinggal di belakang
pembangkang seperti dua PRU lepas.
2.
Semasa PRU12 BN kecundang teruk di media sosial bila pengharapan cuma
diletakkan pada media mainstream untuk mengurus persepsi. Pembangkang bangkit
dengan pelbagai blog & portal, BN tertinggal di belakang.
3.
Menyedari kelemahan itu, pasca PRU12 BN mula menggerakkan tentera siber mereka
dengan mengumpulkan ramai blogger-blogger di bawah pelbagai kumpulan seperti
MyKMU, UMB, NadiRakyat & Brotherhood dengan peranan masing-masing.
4.
Dalam masa BN baru bertatih dengan peranan blog pembangkang telah mewujudkan
rangkaian cybertroopers RBA untuk bergerak di pelbagai platfom media sosial
terutamanya Facebook. Walau cuba mengejar, BN masih tertinggal lagi di belakang
dalam PRU13.
5.
Dalam ucapan terbaru di Pasir Gudang, PM menyebut tentang peripenting peranan
'keyboard warriors' di media sosial dalam menangani kemelut persepsi yg makin
buruk menimpa BN di bawah pimpinan DS Najib Razak.
6.
Pengerusi BP UMNO Selangor, DS Noh Omar juga menyuarakan kebimbangan ini dengan
mencadangkan Jabatan Media Sosial (JMS) diwujudkan di bawah KKMM yang kini
dikendali oleh DS Salleh Said Keruak.
7.
Penggunaan diksi 'keyboad warriors' menunjukkan PM disalurkan maklumat perang
siber yang masih terkebelakang. Diksi itu seolah-olah BN baru mahu mengejar
peranan RBA, sedangkan pembangkang sudah mula menggerakkan strategi baru untuk
menghadapi PRU14.
8.
MOBILE & VIRALITI - strategi ini sudah digunapakai oleh pembangkang untuk
menghadapi PRU14. BN harus mempunyai strategi untuk mendahuluinya, bukan lagi
mengekor dari belakang dan terus tersungkur rebah dalam perang siber yang makin
sengit & merumitkan.
9.
MOBILE dijangka menjadi peranti penting menjelang PRU14 kerana mengikut kajian
pengguna peranti mobile akan melebihi pengguna desktop (PC/laptop) untuk
melayari internet menjelang tahun 2016. Jadi strategi dan sasaran konten
propaganda harus disesuaikan dengan perkembangan tersebut.
10.
VIRALITI pula bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda (pengundi baru)
dan juga golongan atas pagar. BN masih jauh terkebelakang dalam aspek ini tapi
satu langkah strategik harus digembeleng dari sekarang sebelum keadaan menjadi
bertambah parah menjelang PRU14 dalam masa 2-3 tahun lagi.
11.
Kerana itu cadangan DS Noh Omar untuk mewujudkan JMS di bawah KKMM adalah satu
idea yang tepat, tapi harus diketuai oleh individu yang betul serta mempunyai
kumpulan penggerak yang komited & strategis bagi menyusur arus perkembangan
semasa propaganda digital.
12.
Pada masa sekarang BN tidak boleh lagi mengharap kepada peranan sayap PPUM
untuk menggerakkan media sosial memandangkan mereka kini cuma dibarisi oleh
golongan oportunis yang cuma memperjuangkan misi peribadi. Apatah lagi kumpulan
yang dipertanggungjawabkan dalam turus perang siber PPUM, Biro Media Sosial
(BMS) diketuai oleh seorang yang diragui tentang loyalitinya terhadap presiden
parti yang juga Perdana Menteri Malaysia.
13.
BMS yang diangkat oleh PPUM dari sebuah Unit menjadi Biro, cuma kelihatan
berperanan ketika menjelang PRK, kerana bajet media sosial UMNO sekarang
disalurkan kepada PPUM. 80% pengisian media sosial PPUM semasa PRK pula sekadar
merakam aktiviti KP & exco berselfie di PDM, bukan meletakkan serangan
menjatuhkan calon pembangkang sebagai prioriti.
14.
Di luar radar PRK pula BMS dan Biro Penerangan PPUM yang sepatutnya menjadi
baris hadapan penyaluran maklumat parti tiada langsung menampakkan impak,
selain bertindak sebagai 'biro pertanyaan' yang mendesak kepimpinan sendiri,
bukan pemimpin pembangkang. Mereka tidak menguasai isu dan gagal menjelaskan
isu bagi pihak kerajaan/BN, kerana itu kita belum pernah dapat lihat barisan
exco PPUM hari ini yang berani berhadapan dengan pemimpin pembangkang untuk
mempertahankan BN... situasi yang jauh berbeza dengan keberanian exco-exco PPUM
terdahulu.
15.
Berbeza dengan Unit Media Baru (UMB) dalam sayap PPUM musim lepas yang diketuai
oleh Tun Faisal Ismail yang meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan
KJ sendiri sebagai ketua, dengan menggerakkan tentera siber di seluruh negara
seawal penubuhan pada 2009, dengan siri kursus dan latihan terutamanya di
negeri-negeri yang ditadbir pembangkang. BACA SINI [KLIK]
16.
Menyedari platfom media sosial akan menjadi battlefield paling sengit dalam
PRU13, lebih setahun sebelumnya UMB berusaha melatih lebih 500 mahasiswa IPT
yang berminat untuk membantu BN/kerajaan menjadi 'keyboard warriors' menghadapi
PRU13. Tapi peranan mereka kini sudah kelayuan kerana kebanyakan daripada
mereka sudah menamatkan pengajian & menumpukan komitmen kepada urusan kerja
serta keluarga. BACA SINI [KLIK]
14.
Sekiranya JMS diwujudkan, kumpulan mahasiswa & cytro negeri yang baru perlu
dilatih dalam menangani perang siber dengan modul terbaru berpaksikan strategi
utama iaitu mobile dan viraliti, bukan mewujudkan 'keyboard warriors'
semata-mata.
15.
BN sudah semakin tertinggal, tapi belum terlewat untuk mengejar jika kita
fahami [i] milestone mana yang perlu dikejar/diatasi, [ii] siapa yang
selayaknya mengemudi haluan dan [iii] cara bagaimana paling ampuh untuk
mendahului & menewaskan mereka.
Baca
lebih lanjut disini: http://www.1peluru.com/2015/08/keyboard-warriors-vs-viraliti.html
-
No comments:
Post a Comment