11
Ogos - Merujuk kepada screenshot di atas, admin ingin menafikan yang Dr Fathul
Bari Mat Jahya pernah membuat kenyataan "Wajib Taat Perdana Menteri
Walaupun Dia Mencuri Harta Rakyat" sepertimana yang viral di media sosial
sejak daripada semalam.
Kenyataan
seperti ini tidak pernah disebut di mana-mana kuliah dan ceramah yang pernah
dihadiri oleh DFB seumur hidup beliau.
Jika
dilihat secara adil di posting tersebut yang turut disertakan video kuliah DFB,
maksud yang DFB sampaikan sangat jauh tersasar daripada apa yang viral di media
sosial.
Komen
DFB adalah bersifat umum dan pendirian kami dalam isu seumpama ini adalah
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:
عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكرَهَ إِلا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَإِنْ أَمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ “Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau dia benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila dia menyuruh untuk melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” [Hadis Riwayat Muslim, no: 3423. al-Tirmidzi, no: 1629]
Admin
ingin menasihati mereka-mereka yang memfitnah supaya menghentikan fitnah
tersebut dan bertaubatlah kepada Allah.
Admin
juga mencabar mereka yang memfitnah supaya membawa bukti yang DFB pernah
menyebut ayat sebegitu yang bertujuan memburukkan Perdana Menteri.
Admin
mohon semua supaya memeriksa dahulu informasi yang diterima sebelum
mempercayainya kerana berita dari sumber fasiq dan munafiq tidak boleh
dijadikan tuduhan dan hujah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat:6].
Untuk
memudahkan lagi anda memeriksa info yang diterima berkaitan berita ini, admin
telah menyenaraikan rakaman dari pihak kami sendiri bagi setiap isu berkaitan
pemerintahan yang sempat admin rakamkan selama DFB berkuliah dan berceramah.
Senarai
ini hanya untuk video rakaman terpilih berkaitan isu 'pemerintahan' sahaja dan
admin yakin anda semua tidak akan menjumpai ayat batil yang telah viral di media
sosial itu dari mana-mana video rakaman yang disenaraikan mahupun yang tidak
disenaraikan.
Video
rakaman DFB keseluruhannya boleh ditonton di empat pautan ini sahaja:
Nilaikan
dengan adil dan kami mendoakan mereka yang memfitnah agar kembali ke pangkal
jalan.
Allahua'lam.
No comments:
Post a Comment