Thursday, August 13, 2015

Orang Keliling Najib Tidak Lagi Mampu Membantu - Rais



Pendekatan tradisional yang digunakan semasa berdepan dengan pelbagai isu luaran UMNO dilihat tidak lagi mampu mengubah persepsi negatif rakyat terhadap parti itu.

Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, penerangan yang diberi juga semakin lama semakin tidak berkesan selain tidak mampu meredakan ketegangan suasana dengan jawapan yang tidak memuaskan rakyat.

"UMNO telah menggunakan pendekatan tradisional berdepan dengan isu-isu luaran parti. Penerangan UMNO kini sudah tidak berkesan dan lesu sedangkan penerangan kerajaan pula tidak mampu meredakan suasana lantaran isu-isu yang dijawab dianggap tidak memuaskan majoriti.

"Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di dalam blognya berkata musuh utama UMNO kini bukan lagi Pakatan Rakyat sebaliknya unsur dalaman parti itu sendiri yang akan menyebabkan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelasnya, ahli-ahli UMNO kini berdepan dilema sama ada menyatakan kesetiaan kepada pemimpinnya atau parti.


Tegas Nur Jazlan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing akibat terpalit berbagai isu melibatkan soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara serta isu berkaitan keluarganya. Cr

No comments:

Post a Comment