Wednesday, August 26, 2015

Pelajar berkampung di luar perkarangan Parlimen DITANGKAP Jam 10.30 Malam Tadi


Polis menangkap 16 orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - yang berkampung di luar perkarangan Parlimen dan membawa mereka ke balai polis Jinjang.

Tidak lama selepas mereka ditangkap pada kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi aktivis pelajar ditangkap kerana mengambil gambar barangan yang dirampas.

Beberapa pegawai polis cuba menghalang wartawan daripada merakam gambar semasa tangkapan yang kedua.

Aktivis itu kelihatan berdarah pada kakinya.

Sebelum itu, sekumpulan 30 anggota polis yang memakai jaket polis meminta pelajar-pelajar yang berkhemah di situ sejak semalam supaya beredar dari situ.

Mereka telah meminta sekumpulan kira-kira 20 pelajar supaya meninggalkan tempat itu atau ditangkap.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.
Katanya, memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram.


No comments:

Post a Comment