Friday, August 14, 2015

Teramat jahat spin dan pembohongan Malaysiakini tentang Zeti


Tajuk berita Malaysiakini yang baru keluar sekejap tadi berbunyi, ‘Zeti: I may be arrested for speaking about an individual‘.

Zeti malaysiakini


Malaysiakini telah memetik Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz sebagai berkata (lihat tangkapan skrin di bawah):

“Otherwise, the moment I step out of this door, I will face arrest for talking about an individual right now.”

Yang sebenarnya yang dicakap Zeti ialah, “Otherwise, the moment that I step out of this door, I will face arrest for talking about an individual ACCOUNT.”

Cuba anda dengar sendiri rakaman audio-visual dalam klip video di bawah.

Banyak beza sebenarnya di antara isi percakapan Zeti dengan laporan palsu Malaysiakini.

Memang mengikut undang-undang pembankan (Bafia), butir-butir peribadi akaun adalah rahsia.

Yang dibuat spin Malaysiakini ialah gambaran bahawa Zeti akan ditangkap dengan serta-merta sekiranya beliau menyebut apa-apa tentang ‘seseorang individu tertentu’ pada masa kini.

Itulah. Portal-portal pemfitnah tak habis-habis dengan putar-belit criminal defamation mereka.




http://www.malaysiakini.com/news/308485
http://www.malaysiakini.com/news/308485  


No comments:

Post a Comment