Wednesday, September 30, 2015

DAHLAH TUBUH PARTI PUN MENIPU, GUNAKAN ORANG MISKIN PULA UNTUK MENIPU | PARTI MAT SABU!!! PANau



Berbohong dan mencari kesalahan, kemudian membuat tuduhan memang mudah. Ia adalah kerja yang tidak memerlukan sebarang modal, cukup sekadar menimbulkan persepsi dan kemudian mempropagandakan persepsi tersebut dengan cara menjaja menerusi kaedah paling murah iaitu meniupkan fitnah dan tipu daya.

Itulah yang dilakukan oleh golongan PARASIT PAS yang kini sudah keluar dan bersekutu dengan DAP di bawah pemidang Gerakan Harapan Baru atau Parti Amanah Negara. Sulaiman @ Leman Raja Lawak yang merupakan Pengerusi Penaja GHB atau PAN.

Kerja-kerja fitnah ini dilakukan oleh Sulaiman atau Leman Raja Lawak yang menggunakan Facebook sebagai medium utamanya. Maklumat berkenaan separuh benar, tetapi separuh lagi kebenaran telah dan dengan sengaja disembunyikan bagi tujuan fitnah. Baca Buletin Sengal di SINI



Kononnya Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK serta KEDA dan ADUN yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah tidak mengambil sebarang tindakan walaupun si penama adalah seorang penyokong kuat UMNO. Malah kononnya berita tersebut cuba dihilangkan oleh pihak terbabit.

Penama, Zainol Abidin bin Abu Bakar, berusia 36 tahun, dan beralamat di Kg. Lubuk Besar, PDM Teloi dalam DUN Jeneri. Bekerja sebagai penoreh getah dan sudah beristeri serta mempunyai dua orang cahaya mata berusia 8 dan 3 tahun. Dia telah mendirikan rumah sendiri pada pertengahan tahun 2014 di atas tanah milik ibu saudaranya.



Zainol Abidin telah mengemukakan permohonan menerusi JKKK pada tahun 2014 bagi mendapatkan bantuan rumah di bawah Skim Peruntukan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Bagaimanapun, permohonannya tidak dapat diproses kerana tapak rumahnya berada di atas tanah milik orang lain dan dia sendiri tidak mendapatkan keizinan atau surat keizinan daripada pemilik tanah tersebut untuk tujuan mendirikan rumah buatnya.

Satu lagi faktor ialah, tanah tersebut mempunyai 9 orang penama lain dan masih belum dibuat penukaran nama. Dari segi perundangan, sebarang tindakan mendirikan rumah di atas tanah tersebut, bermaksud mendedahkan si penama kepada tindakan undang-undang oleh penama-penama tanah berkenaan.

Isu status tanah tersebut juga menyebabkan Zainol sekeluarga hanya menggunakan air sungai dan generator pada waktu malam. Bagaimanapun, dia adalah salah seorang penerima bantuan BRIM manakalanya ayahnya sebelum itu, pernah mendapat bantuan baik pulih rumah. Begitu juga dengan adiknya yang telah mendapat bantuan sebuah rumah PPRT. 


Sebelum itu, Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK telah membawa permohonan Zainol kepada pihak KEDA dan Pejabat YB Datuk Tajuddin bin Abdullah yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan. Namun kekangan perundangan dan status tanah tersebut telah menghalang pembinaan rumah PPRT untuk Zainol. Selagi surat kebenaran rasmi daripada pemilik-pemilik tanah tersebut tidak diterima, sampai bila-bilalah pihak agensi tidak boleh berbuat apa-apa.

GHB/PAN cuba mengambil kesempatan konon-kononnya mereka mahu memberikan bantuan kepada Zainol bagi mendirikan rumah buatnya, dengan memburuk-burukkan wakil rakyat dan kepimpinan UMNO setempat. Wakil rakyat dan kepimpinan UMNO diberikan persepsi, enggan membela nasib rakyat.

PAN/GHB yang diketuai oleh Leman Raja Lawak cuba mengambil kesempatan dengan kemiskinan dan kedaifan hidup Zainol Abidin sekeluarga. Cukup dengan hanya memaparkan lawatan dan majlis bergambar di hadapan rumah daif Zainol Abidin dan kemudian memberitahu kononnya mereka akan memberikan bantuan dan mengusahakan rumah buat Zainol Abidin, fitnah jahat sudah pun tercipta.

Timbul persoalan, mengapa kisah sebenar status tanah terbabit yang menyebabkan permohonan Zainol Abidin tidak diluluskan, tidak dinyatakan secara jelas selain daripada cuba memberikan tanggapan negatif kepada UMNO?

Ahli Parlimen Sik, YB Dr. Mansor bin Abdul Rahman yang diberitahu tentang kemiskinan dan kedaifan Zainol Abidin sekeluarga, telah pun membuat lawatan pada petang Hari Raya Aidil Adha bersamaan dengan 24 September 2015 jam 5:00 petang. Bagaimanapun, Dr. Mansor gagal menemui Zainol Abidin dan menyatakan bahawa akan kembali semula selepas pulang dari Kuala Lumpur. 


Pecahkan Kelompok Melayu Agenda Utama Pembangkang


Melayu DAP

DAP sentiasa merancang supaya umat Islam lemah.DAP sanggup membelanjakan banyak  harta dan wang ringgit untuk memastikan mereka mencapai matlamat iaitu menghancurkan Islam dan  menguasai pemikiran  penyokong mereka yang beragama Islam agar mengikut telunjuk mereka

Setelah banyak artikel yang saya keluarkan untuk menyedarkan orang Melayu betapa bahayanya DAP terhadap agenda mereka kepada  negara ini. Seterusnya saya paparkan lagi apa yang saya ingin paparkan iaitu bagaimana DAP sebagai kafir harbi yang mesti ditentang  habis-habisan.

Hakikatnya hanya bukan Islam (DAP) yang memusuhi umat Islam, perkara yang sebenarnya ialah takut kepada Islam. Kita boleh melihat bagaimana DAP apabila disebut Hudud dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam , maka mereka mencari pelbagai alasan untuk menghasut bagi mengagalkan dan menentang dalam apa cara sekalipun.

Apa yang tidak dilakukan oleh DAP, mereka sanggup berpura pura untuk berbaik-baik dan berkerjasama dengan orang Islam untuk menolak Islam secara halus dengan pertolongan  orang Islam itu sendiri.

DAP sanggup menyembunyikan permusuhan  mereka demi untuk mencapai cita cita untuk menghancurkan Islam dengan sikap berbaik baik dan kepura-puraan. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Selangor dan Pulalu Pinang.
Apabila mereka menang dalam pertandingan atau pilihanraya, mereka akan mendakwa bahawa semua itu adalah hasil kerja keras selama ini. Dan akan berlaku sebaliknya , mereka akan meyalahkan orang lain atau sekutu mereka  dengan memfitnah  bahawa kekalahan mereka  disebabkan oleh penipuan.

Dalam Al Quran telah banyak dipesankan  perancangan kafir harbi yang memusuhi Islam ini . Kafir Harbi sebagaimana DAP yang ada di Malaysia. Diantara ayat ayat  didalam Al Quran ialah. Surah Al- Maidah[5]:82 , Surah Saad[38:2, Surah Al Imran[3]:151, Surah Al- A’Araf[7]:131 dan surahAl- Anfal[8]:36.


apabila orang yang tak tau agama bercakap soal agama islam..... 
astaghfirullahalazimmm..


Apakah peringatan-peringatan yang telah diberikan oleh Allah tidak dapat membuka mata sekelian Melayu yang beragama Islam di Malaysia dan menolak DAP dan berikrar bahawa DAP adalah musuh Islam yang nyata..
Dalam hal ini DAP yang bergerak sebagai pembangkang di Malaysia akan melakukan apa juga cara penentangan  kepada kerajaan dan sentiasa memutarkan kebenaran untuk  rakyat tertipu dengan  apa yang mereka  hebahkan.

Tindakan mereka kebanyakannya mengancam keharmonian, dan secara tidak langsung melanggar perjanjian yang dipersetujui serta keserpakatan yang terjalin dalam perlembagaan Malaysia.  Mereka akan buat dan lakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan mereka diutamakan .

Sekarang kita telah melihat bagaimana tipu helah yang dilakukan oleh mereka. Tetapi generasi muda tidak pernah  melihat ini dari sudut ideologi dan perjuangan DAP yang sebenarnya.

Sebagaimana kita ketahui DAP tidak akan menggunakan organisasi yang mereka anggotai akan tetapi  kita dapat melihat bahawa DAP terus menggunakan  NGO NGO yang mereka taja untuk membawa misi  tuntutan yang memberikan kepentingan kepada bangsa mereka.

Dengan cara ini DAP dilihat bukan sebagai sebuah pertubuhan yang rasis, namun disebaliknya NGO tersebut akan menerima impak yang dibawa. Dalam hal ini jika berlaku tentangan dan penolakan dari kerajaan. Dimasa ini baru lah mereka menyuarakan pendapat dan  menyokong tuntutan tersebut.

Sedar atau tidak bahawa Melayu yang selama ini termakan dengan pujuk rayu DAP telah terperangkap dan terpaksa mengikut telunjuk DAP setelah  termakan budi yang banyak. Bukan sekadar ideologi politik tetapi Melayu yang ada dalam DAP sebagai pengerak  agenda DAP memusnahkan Melayu Islam dalam negara ini.

Peringatan Allah dalam Al Quran telah jelas mernunjukkan bahawa  kafir harbi yang mempunyai helah dan  tipu muslihat sedaya upaya akan menggunakan apa cara untuk mencapai cita citanya.
  • PRU14.tv

Tuesday, September 29, 2015

Najib Berucap di Sidang Kemuncak Para Pemimpin Mengenai Pemelirahaan Keamanan | Tiada Kerusi Kosong!!!


Facebook Najib Razak sebentar tadi memuat naik gambar Perdana Menteri semasa berucap di Sidang Kemuncak Para Pemimpin Mengenai Pemeliharaan Keamanan di ibu pejabat PBB. Sesi tersebut dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Kelihatan tiada kerusi yang kosong seperti dakwaan di media sosial sebelum ini.


Gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap dalam dewan kosong, pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi viral sebelum ini akhirnya disahkan palsu.



Itulah cara mereka spin! Apa yang berlaku sebenarnya? Mari kita baca apa yang ditulis oleh seorang peserta yang mengikuti rombongan PM ni..

Itulah cara mereka spin! Bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku mari kita baca apa yang ditulis oleh seorang peserta yang mengikuti rombongan PM ni..


Pagi ini Najib memuat naik gambar semasa beliau berucap dan membuktikan kepada semua bahawa tiada kerusi kosong.

"Saya menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak para Pemimpin mengenai Pemeliharaan Keamanan tadi."
"Malaysia menyokong penuh cadangan memperkukuh operasi Pemeliharaan Keamanan United Nations dan kami sedia menghantar tentera pengaman." kata Najib.

Disamping itu Datin Seri diberi keutamaan untuk memberikan ucapan, and she is the first speaker between the 3 first ladies.




Isteri Pm atau Presiden lain tidak berucap tetapi UN WOMEN bagi keistimewaan dan special recognition kepada datin seri rosmah untuk berucap.

Ini bermakna Datin Seri Rosmah sudah ada reputation dalam UN tau, ini bukan boleh beli atau paksa orang buat. Sepatutnya kita bangga. 


Sumber: Najib Razak


Protocol UN benarkan isteri hadir sebagai pemerhati



Perkara biasa di UNGA utk suami atau isteri Ketua Delagasi hadhir sebagai tetamu.

Sejak dari dulu dari, baik jikalau pimpinan negara menghadiri sidang atau forum PBB, asean, NAM, komanwel atau apa juga sidang melibatkan penglibatan pimpinan negara, secara langsungnya ADAKALA ISTERI PIMPINAN juga dijemput untuk memberi pandangan dalam sidang yang dimaksudkan.

Dikala ketua negara diberi peluang ucaptama, maka adakala isteri pimpinan juga diberi ruang dan peluang untuk bercakap mengenai kepelbagaian ide DI KALANGAN ISTERI pimpinan negara yang hadir.

Bila pembangkang menjadikan ianya isu, jelas mereka kurang memahami adakala isteri pimpinan diberi PELUANG DAN RUANG untuk menyampai isu yang berlainan .

Petikan dari artikel Bernama (28/9/2015) ;

Berucap pada majlis resepsi anjuran Forum Perkongsian Wanita Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Plaza PBB di sini Ahad, isteri Perdana Menteri berkata masyarakat harus bersedia bagi kesaksamaan gender tetapi tidak semua bersedia untuk perubahan itu. 
Wanita membawa pelbagai perspektif, gaya kepimpinan, pengalaman bekerja, gaya hidup dan budaya"

Ini menyumbang kepada kepelbagaian pemikiran yang begitu penting untuk menjana penyelesaian inovatif. Apabila kita menghormati dan menghargai sumbangan unik ini, kita melepaskan kuasa kepelbagaian,” katanya.

artikel penuh 

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/galak-kesaksamaan-gender-8211-rosmah-1.141008


Baca protocol UN di SINI
Juga Di SINI

LAPORAN DOKTOR TENTANG SAKIT BAHU KANAN ANWAR IBRAHIM.

Banduan peliwat di Penjara Sungai Buloh dapat layanan istimewa. Inilah yang diperkatakan oleh ramai orang apabila membaca laporan berita tentang Anwar Ibrahim dan kecederaan kronik bahu kanan beliau.
Ikuti Pendedahan Dr MIM di SINI

ilustrasi MRI bahu

Malangnya, portal-portal pro-pembangkang tidak bersikap adil di dalam laporan mereka tentang isu ini. Ianya kerana Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah beberapa kali memberi penjelasan yang lengkap tentang isu ini. Lebih malang lagi, beliau terpaksa menjawab tuduhan-tuduhan daripada pihak sebelah Anwar Ibrahim yang tidak ada latar belakang ilmu perubatan.

Yang terbaru ialah kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaituPress Statement DG of Health: MRI And Professional Medical Opinion Provided for DSAI. Dan kenyataan akhbar adalah untuk menangkis laporan berita daripada beberapa portal pro-pembangkang.

1. ‘
Over a dozen medical experts, yet no MRI for Anwar’ - SorosKini MalaysiaKini
2. ‘
Anwar needs urgent surgery, his lawyers tell Putrajaya’ - TMI
3. ‘
Remove chief doc treating Anwar, say lawyers’ - FMT

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar yang lain:

1.  ‘
Medical Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ - 22 September 2015
2.   ‘
Medical Professionals Are Providing Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ - 26 September 2015
3. 
Press Statement DG of Health: MRI And Professional Medical Opinion Provided for DSAI. - 28 September 2015

Di antara perkara yang diterangkan di dalam laporan akhbar terbaru bertarikh 28 September 2015 ialah:

1. Untuk tujuan 
second opinion untuk sakit kronik bahu kanan Anwar Ibrahim, 4 pakar Orthopaedic dari luar panel pakar termasuk 2 pakar Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeons daripada hospital swasta telah merawat Anwar Ibrahim.  

2. 
Tidak cukup dengan itu, seorang pakar Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon daripada UMMC turut terlibat memeriksa Anwar Ibrahim untuk second opinion seperti yang diminta oleh keluarga banduan Sungai Buloh itu.

3. KKM juga menafikan laporan SorosKini MalaysiaKini yang berbohong kononnya tiada pemeriksaan radiologi MRI (Magnetic Resonance Imaging) dilakukan kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 3 bulan ini.

4. Padahal, 
2 MRI telah dijalankan pads 2 Jun 2015 dan 24 Ogos 2015. Repotnya pula disediakan oleo Pakar Radiologist HKL. Malah, repot dan CD telah diserahkan kepada keluarga Anwar.

5, Pokoknya, segala pemeriksaan, ujikaji dan rawatan yang diterima oleh Anwar Ibrahim adalah pada tahap profesialisme kedoktoran yang tinggi selaras dengan profesyen doktor itu sendiri.

Penjelasan Pengarah KKM pada 22 September 2015 pula sudah pasti mengejutkan anda semua.

1. Panel Pakar-pakar yang merawat banduan Sungai Buloh itu terdiri daripada 17 orang pakar klinikal daripada 8 disiplin perubatan: 
i. Perubatan (2): 1 Pakar Perunding Kanan Perubatan dan 1 Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi; 
ii. Ortopedik (7): 1 Pakar Perunding Kanan Pembedahan Ortopedik dan Tulang Belakang dan 6 Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Arthroscopy and Sports Surgery; 
iii. Urologi (2): 2 Pakar Perunding Kanan Urologi; 
iv. Dermatologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Dermatologi; 
v. Neurologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Neurologi; 
vi. Telinga, Hidung & Tekak (Ear, Nose & Throat, ENT) (1): 1 Pakar 
vii. Perunding Kanan Pembedahan Telinga, Hidung & Tekak; 
viii. Pergigian (1): 1 Pakar Perunding Pergigian;  
ix. Radiologi (2): 2 Pakar Perunding Muscular Skeletal Radiology
2. Perlu diingat bahawa kecederaan bahu kanan Anwar Ibrahim tidak berlaku di dalam penjara Sungai Buloh tetapi berlaku 2 tahun lepas. MiM perhatikan bahawa portal-portal pro-pembangkang seperti sengaja tidak memberitahu pembacanya tentang bila kecederaan itu berlaku. Kenapa?

Sampai begitu sekali rawatan yang diterima oleh banduan Sungai Buloh itu!

Tetapi kita tentu sangat kecewa dengan tuduhan keluarga beliau dan pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka menuduh kononnya 'kerajaan memberi layanan buruk, sikap acuh tidak acuh dan tidak berhati perut'.

Please lah…….jangan berbohong sampai tahap paling hina sekali. Rakyat pun tentu meluat dengan tuduhan melampau pihak pembangkang ini.

Dan kepada pihak pembangkang, janganlah pula sampai mahu memburuk-burukkan, menghina atau memperlekeh-lekehkan profesyen kedoktoran dan tahap profesionalismenya yang tinggi. Sebab pakatan pembangkang memang terkenal dengan modus operandiyang memburuk-burukkan pihak lain sebelum ini seperti pihak polis, kehakiman dan sebagainya.

Negara kita ini sudah cukup kepakarannya dalam merawat penyakit-penyakit kronik dan akut serta setaraf dengan luar negeri. Begitu juga dengan kelengkapan perubatan dalam negara ini.

Anda baca 2 kenyataan akhbar Pengarah Kesihatan Malaysia di bawah:

1.   
PRESS STATEMENT

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA


MRI AND PROFESSIONAL MEDICAL OPINION PROVIDED FOR

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
The Ministry of Health (MOH) wishes to refer to three articles dated 28th September 2015 by MalaysiaKini titled ‘Over a dozen medical experts, yet no MRI for Anwar’; The Malaysian Insider titled ‘Anwar needs urgent surgery, his lawyers tell Putrajaya’; and Free Malaysia Today titled ‘Remove chief doc treating Anwar, say lawyers’. Our two previous press statements titled ‘Medical Professionals Are Providing Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ on 26th September 2015; and ‘Medical Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ released on 22nd September 2015 are also referred to. 
As revealed to the media previously by his family, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) has a chronic right shoulder injury that now requires medical attention. This injury was sustained 2 years ago prior to his current imprisonment. He also has been diagnosed with various other chronic medical conditions as cited by his family to the press. 
The Panel of Experts treating DSAI consists of 17 clinical consultants from eight medical disciplines, including seven Consultants in Orthopaedic Surgery (three are from Hospital Kuala Lumpur, HKL and four are external experts from outside HKL) and two HKL Consultants in Radiology (subspecialising in Muscular Skeletal Radiology). 
With regards to seeking a second opinion on his chronic shoulder injury, this has been provided through the participation of the four external Orthopaedic Consultants in the Panel of Experts, of which two are Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeons from the private healthcare sector. 
In addition, a Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon from UMMC has been allowed by the prison authority to examine DSAI this morning as requested by the family to give another second opinion. A family conference was also subsequently held today involving the patient, family members, the Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon from UMMC, Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon from HKL and the Deputy Director of HKL. 
On the statement in the MalaysiaKini article that no recent MRI has been done, we would like to highlight that two MRIs were done on 2nd June 2015 and 24th August 2015. The MRI reports have been prepared by the HKL Consultant Radiologists. Copies of these reports and CDs of the images have been handed over to DSAI’s family with the former on 14th July 2015 and the latter on 21st September 2015. 
All decisions regarding DSAI’s treatment are made based on the recomendations of the panel of consultants and no one member of the panel makes decisions on his or her own. All medical reports are prepared by the respective clinical consultants involved in the Panel of Experts. These reports pertaining to his orthopaedic and various chronic medical conditions have also been handed over to the family on 14th July 2015 and 21st September 2015. 
The Ministry would like to convey our deepest appreciation of the professionalism shown by the doctors from the public and private healthcare sectors involved in the management of this case. The Director General of Health and the Ministry will stand by the collective decisions made by the Panel of Experts and their professional clinical advice on the appropriate medical attention for the patient. 
Thank you. 
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
Director General of Health Malaysia 
Ministry of Health Malaysia 
28th September 2015

2. 
KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

RAWATAN KESIHATAN UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

DIBERIKAN OLEH PROFESIONAL PERUBATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada artikel The Malaysian Insider bertajuk ‘Drop specialist treating Anwar, says Nurul Izzah of witness in sodomy trial’ pada 26 September 2015 dan kenyataan akhbar pihak KKM bertajuk ‘Medical Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ yang dikeluarkan pada 22 September 2015. KKM mengambil maklum mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak terlibat berkaitan kes berprofil tinggi ini.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada pihak media sebelum ini oleh keluarga beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecedaran kronik pada bahu kanannya yang kini memerlukan rawatan perubatan. Kecederaan ini berlaku pada dua tahun yang lepas sebelum tempoh tahanan beliau sekarang. DSAI juga telah didiagnosa mengalami beberapa masalah kesihatan kronik seperti yang dinyatakan oleh keluarganya kepada pihak media. 
Rawatan perubatan DSAI semasa berada di dalam tahanan sekarang adalah di bawah sepasukan pakar-pakar klinikal daripada sektor awam dan swasta. Ini adalah untuk memastikan beliau menerima rawatan yang bersesuaian untuk pelbagai masalah kesihatan kronik beliau daripada profesional perubatan yang terbaik daripada bidang perubatan masing-masing. 
Panel Pakar-pakar yang merawat DSAI terdiri daripada 17 orang pakar klinikal daripada 8 disiplin perubatan: 
Perubatan (2): 1 Pakar Perunding Kanan Perubatan dan 1 Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi;
Ortopedik (7): 1 Pakar Perunding Kanan Pembedahan Ortopedik dan Tulang Belakang dan 6 Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Arthroscopy and Sports Surgery;
Urologi (2): 2 Pakar Perunding Kanan Urologi;
Dermatologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Dermatologi;
Neurologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Neurologi;
Telinga, Hidung & Tekak (Ear, Nose & Throat, ENT) (1): 1 Pakar Perunding Kanan Pembedahan Telinga, Hidung & Tekak;
Pergigian (1): 1 Pakar Perunding Pergigian; dan
Radiologi (2): 2 Pakar Perunding Muscular Skeletal Radiology 
Seorang anggota Fisioterapi senior juga telah ditugaskan untuk memberi rawatan fisioterapi yang bersesuaian dengan kecederaan kronik bahu beliau. Seperti yang dimaklumkan melalui kenyataan akhbar KKM yang lepas, pihak Panel Pakar-pakar juga telah bersetuju untuk membenarkan seorang Pakar Perunding Ortopedik dari PPUM yang telah dikenalpasti oleh pihak keluarga DSAI untuk memberi pendapat kedua dalam rawatan masalah perubatan beliau. 
Kesemua keputusan pengurusan klinikal oleh pihak Panel Pakar-pakar dilakukan secara bersama-sama, profesional, telus dan tidak berat sebelah. Pakar-pakar klinikal tersebut tidak pernah menafikan sebarang rawatan perubatan dan seperti mana pesakit-pesakit yang lain, pelan rawatan sentiasa disemak berdasarkan keperluan kes. 
Pihak Kementerian ingin mengucapkan penghargaan atas dedikasi yang telah ditunjukkan oleh semua doktor-doktor daripada pihak sektor awam dan swasta yang terlibat di dalam pengurusan kes ini. Pihak KKM juga menghargai tahap profesionalisma tinggi yang ditunjukkan oleh anggota profesion penjagaan kesihatan walau di mana mereka berada dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat. 
Tidak dapat disangkal bahawa profesion ini sangat mencabar dengan tahap ekspektasi yang tinggi daripada pelanggan dan memerlukan pengorbanan diri, dedikasi dan membuat kebajikan sepanjang hayat. Pihak KKM juga ingin mengingatkan para doktor untuk mengambil berat terhadap Hippocratic Oath kita dalam memastikan standard etika terjamin dan tidak putus daripada memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada para pesakit. 
Terima kasih 
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 
Kementerian Kesihatan Malaysia 
26 September 2015

Ini jenis Melayu yang sedang di cultivate oleh Cina DAPigs


Slogan2 seperti 'Ketuanan Melayu adalah Racist', 'Ketuanan Melayu adalah Racist UMNO', 'Ketuanan Melayu adalah Assobiyah' dan 'Islam Larang Ketuanan Melayu' digembar-gemburkan Cina DAPigs dan Melayu peliharaan mereka untuk rampas negara ini dari Melayu-Bumiputera. Islam tak ketinggalan dieksploitasi puak ini dalam agenda mereka. Menggunakan Melayu dan Islam serta melabelkan semua dalam negara ini bikinan Racist UMNO adalah cara paling ampuh Cina DAPigs untuk cuba kuasai Malaysia.

Hakikatnya, di negara China sendiri dan di Singapura pun ada Ketuanan Cina. Tanya saja orang Uighur dan orang Tibet bagaimana life bawah ketuanan Cina Han di China. Orang Muslim Uighur dilarang berpuasa di bulan Ramadhan, dilarang kerja Haji di Kekah, dipaksa makan babi. Dalai Lama, ketua agama Buddha Tibet dilarng masuk ke China.

Singapura import Cina han dari China untuk kekalkan proporsi kaum Cina di negara itu pada tahap minima 75%. Israel amalkan ketuanan Yahudi.

Amerika sendiri masih amalkan Ketuanan Kulit Putih walaupun Obama berhasil jadi Presiden non-kulit putih pertama. Ketuanan Kulit Putih masih segar di Eropah. Ada Ketuanan Arab di negara2 Arab, termasuk di Arab Saudi. Belum pernah ada Muslim jadi Perdana Menteri India, belum pernah ada Non-Muslim Non-Bumiputera jadi Presiden Indonesia. Semua negara amalkan Ketuanan to some extent.  Seterusnya

MEMANDAI-MANDAI? YANG SEBENARNYA TENTANG ISU WISMA PUTRA PANGGIL DUTA CHINA


Nampaknya, isu memanggil duta China ke Wisma Putra telah mendatangkan pelbagai persepsi yang tidak benar dan di salah anggap. 



Pertama ialah betapa jahat dan jijik perangai pemimpin-pemimpin pembangkang dan media pro-pembangkang yang memutar belitkan kenyataan Duta China itu. Kenyataan beliau adalah merujuk kepada warga China yang berada di Malaysia dan bukannya orang Cina warga Malaysia.

Kedua ialah kenyataan salah seorang Menteri yang bercanggah dengan realiti dan protokol memanggil duta China tersebut. Padahal, proses memanggil duta asing ke Wisma Putra adalah perkara biasa. Dan ianya bukan untuk berkonfrontasi dengan duta asing. Tetapi adalah untuk mendapat tahu daripada mulut duta itu sendiri dan bukannya bersandarkan kepada laporan media terutamanya media pro-pembangkang yang kaki putar belit. Rujuk DrMim di SINI
Di bawah adalah kenyataan akhbar DS Reezal Merican:
MEMANGGIL DUTA CHINA KE WISMA PUTRA - TIADA PELANGGARAN PROTOKOL; DILAKUKAN ATAS DASAR KEPENTINGAN NEGARA: REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Pertamanya, harus saya tegaskan, bahawa tidak ada tindakan semberono yang diambil di dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan diplomasi antarabangsa. Sebaik diberikan amanah untuk membantu Kementerian Luar Negeri, saya secara peribadi cukup berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan umum; baik di atas kapasiti diri saya secara peribadi, mahupun kedudukan saya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

2. Dalam semua hal dan perkara, menjadi kewajiban buat diri saya, untuk merujuk kepada YB Menteri Luar Negeri dan Pengurusan Kanan Wisma Putra. Walaupun mungkin saya masih baru di dalam pentadbiran - namun disiplin pengurusan dan tatakelola kementerian sentiasa saya letakkan di kedudukan yang paling utama.
3. Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada YB Menteri Luar Negeri (setelah berbincang dengan YAB Perdana Menteri). Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.

4. Justeru itu, adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra. Saya amat kesal apabila ada pihak tertentu yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk mengendalikan isu ini secara baik, tegas dan berhemah.

5. Suka saya tegaskan secara jelas bahawa Wisma Putra diterajui oleh mereka yang mempunyai kemampuan untuk menilai keperluan sesuatu tindakan diambil - selari dengan kepentingan dan maruah Malaysia di persada antarabangsa. Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai. 
6. Tidak ada kepentingan peribadi apabila kita membuat sesuatu keputusan di Wisma Putra. Ianya dilakukan atas kesedaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan maruahnya tidak wajar diinjak oleh mana-mana negara asing sekalipun.

7. Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa dan ini sudah diperjelaskan oleh YB Menteri Luar Negeri. Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.

DATO' SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
29 September 2015

Perkara di atas tidak sepatutnya menjadi isu jika pihak yang membuat tuduhan itu menggunakan saluran yang betul untuk mendapat maklumat yang sahih dan bukan sembarangan membuat kenyataan melulu di dalam media.

Dan tiada masaalah jika pihak ini mendapatkan info daripada Menteri atau Timbalan Negeri yang menjaga potfolio Luar Negeri ini.


Gerak Kerja DAP Sangat Licik & Teratur. . AWAS UMNO BN P. Pinang Bakal Hilang Segalanya...

PERANG STRATEGI SUDAH BERMULA...

Sewaktu parti2 yg mewakili umat Islam bangsa Melayu sedang sibuk bertelagah, menfitnah dan mengadu domba antara satu sama lain, parti DAP yg mengaku 'multiracial' pula sedang bergerak dan menggerakkan jentera mereka...


Berdasarkan statistik yg dikeluarkan oleh SPR, untuk separuh tahun yg pertama 2015, DAP berjaya mendaftarkn jumlah pengundi baru paling ramai di Pulau Pinang berbanding parti2 lain, termasuk UMNO... malah dlm tempoh 6 bulan tersebut sahaja, bg kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar, dalam Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, DAP telah daftar seramai lebih 700 pengundi baru!!! Ini merangkumi pengundi baru yg akan mengundi buat kali pertama dan pengundi yg berpindah alamat atau bertukar tempat mengundi...

700 bagi tempoh hanya 6 bulan adalah agak luarbiasa, apatah lagi jumlah tersebut tidak termasuk pendaftaran daripada parti2 lain... perbezaan apabila dibandingkan dgn jumlah yg berjaya didaftar oleh parti lain, bg kawasan yg sama jauh ketara... jumlah tersebut juga nampak tidak seimbang jika dibandingkan dgn pembangunan yg berlaku dalam kawasan Telok Ayer Tawar... dalam tempoh tersebut tidak ada kawasan penempatan atau perumahan baru yg didiami yg boleh menunjukkan berlaku pertambahan penduduk secara mendadak... ini kerana boleh dikatakan 40 peratus kawasan DUN Telok Ayer Tawar merupakan kawasan pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), 20 peratus sudah digazetkan sbg kawasan pertanian sawah padi... hanya baki 40 peratus sahaja kawasan dianggap pelbagai guna yg mana sebahagian besarnya adalah tanah hak persendirian yg juga merupakan kawasan kampung tradisional dan perkampungan pesisir pantai... jadi, SIAPAKAH SEBENARNYA YG MEWAKILI KIRA2 700 PENGUNDI BARU INI??? Baca pendedahan di SINI

Sebelum aku pergi lebih jauh, ingin dimaklumkan bahawa jumlah pengundi berdaftar bg DUN Telok Ayer Tawar berdasarkn PRU 2013 adalah seramai 17,835 org, manakala jumlah yg keluar mengundi adalah 15,471 org... calon BN, YB Dato' Hajah Jahara Binti Hamid berjaya mempertahankan kerusi ini dengan hanya majoriti sebanyak 840 undi... manakala bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya drpd BN telah memenangi kerusi ini menewaskan 2 lagi pencabar dari PAS dan Bebas dengan majoriti sekitar 2,500 undi sahaja...

Statistik kedua yg perlu juga kita ketahui untuk memahami strategi dan agenda DAP di Pulau Pinang adalah keputusan PRU13 bagi Parlimen Bagan yang merupakan jiran paling hampir dengan Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Telok Ayer Tawar... Lim Guan Eng yg merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang juga adalah Ahli Parlimen Bagan apabila berjaya mempertahankan kerusi ini, menewaskan 2 lagi pencabar dari MCA dan PCM dengan majoriti 34,159 undi... jelas sekali jumlah majoriti yg diperolehi menjadikn Parlimen Bagan sebagai kubu kuat atau kawasan selamat utk DAP...


Jadi, apa strategi DAP? Sudah tentulah untuk menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen yang ada di Pulau Pinang... Dengan jumlah majoriti kecil yg dimenangi oleh calon2 BN, ini akan lebih memudahkan peluang mereka untuk mencapai matlamat... apatah lagi jika UMNO BN masih terus alpa dan leka...

Bayangkan jika LGE berjaya memindahkan 5000 pengundinya dari Bagan ke Tasek Gelugor... daripada 5000 tersebut, 1500 masuk ke DUN Telok Ayer Tawar, 1000 masuk ke DUN Sungai Dua dan baki 2500 masuk ke DUN Permatang Berangan... dgn jangkaan semua pengundi BN kekal mengundi BN, begitu jua pengundi PR... maka secara tak langsung DAP @ PR telah berjaya merampas Parlimen Tasek Gelugor dan DUN2 di dalamnya, dalam masa yg sama LGE masih lagi mempertahankan Parlimen Bagan dengan majoriti yg masih besar....
Malah perkara sama juga boleh mereka lakukan untuk merampas Kepala Batas, Balik Pulau serta DUN2 yg dimenangi BN... perlu diingat, selain Bagan, DAP juga berjaya memenangi majoriti di beberapa kerusi Parlimen lain termasuk Bukit Mertajam, Gelugor, Batu Kawan dan beberapa kawasan lain...

Mahu tidak mahu UMNO BN perlu mencari kaedah terbaik bagaimana utk mengatasi cabaran ini... bukan hanya di Pulau Pinang, perkara yang sama juga mampu berlaku di negeri2 lain... sbg contoh, Parlimen Seputeh merupakan antara Parlimen yg berjaya dimenangi oleh DAP dengan majoriti yg sangat besar...


Bagi UMNO BN, selain daripada berusaha keras mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru yg menyokong UMNO BN, mereka juga perlu mengenalpasti dan mengenali setiap pengundi, samada baru atau lama dalam kawasan masing2... pengundi2 yg bertukar alamat dan tempat mengundi juga perlu dikenalpasti... alamat yg digunakan mestilah wujud dan didiami sepertimana yg telah didaftarkan... dan perlu juga dipastikan tidak berlaku 1 alamat dikongsi oleh 50 orang...

Dan sudah tentulah segala-galanya berserah dan mengharapkan rahmat belas ehsan Allah... perkembangan senario politik yg sedang melanda PR diharap dapat membantu ukhwah ikhwan seIslam kita... peranan PAS selama ini yg telah byk membantu memastikan kejayaan PR rupanya langsung tidak dihargai oleh kepimpinan PR, khususnya DAP... dgn terkeluarnya parti PAS dari senarai tahaluf yg baru, diharap boleh membantu parti umat Islam bangsa Melayu...



Dengan erti kata lain, UMNO BN tidak lagi boleh berasa selesa dan 'yakin kuat' jika mahu terus berkuasa dan memimpin sebagai kerajaan Malaysia... sekurang-kurang untuk penggal yg akan datang...

Monday, September 28, 2015

@mpkotabelud balun jurubank "berlagak pandai"



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang merupakan antara pemimpin kanan Barisan Nasional hari ini mengingatkan jurubank supaya mengawal diri daripada "merosakkan" pasaran dengan membincangkan isu ekonomi yang menjejaskan Malaysia di Instagram.

Menyuarakan pandangannya di akaun Twitter miliknya, Rahman berkata tidak kira betapa kuat tarikannya, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kebimbangan pasaran. 

Menggunakan akaun beliau @mpkotabelud, katanya: "Bagaimana menarik pun sesuatu itu dari segi politiknya, seorang jurubank mesti menahan diri daripada membuat kenyataan yang hanya menambah kepada kebimbangan pasaran. Itu paling utama."

"Jika anda hendak menunjukkan keprihatinan, katakannya sekali dan kemudian diamkan diri. Orang tahu apa yang anda maksudkan pada kali pertama itu. Jangan getarkan pasaran.

"Tidak bijak untuk menggunakan Instagram membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia. Gunakan platform rasmi. Jangan meremehkan isu itu."

Dalam ​soal jawab menerusi tweet tersebut, pengguna Twitter ZHR @ziadrazak bertanya: @mpkotabelud sukar untuk mencari platform rasmi apabila suratkhabar berdaftar pun ditutup kerana membangkitkan fakta yang tidak ​menyenangkan:. 

Dalam responsnya, ahli Parlimen Kota Belud itu menjawab ​kepada ​@ziadrazak​:​ ​"​Beliau sebahagian daripada jawatankuasa ekonomi.​"​

Walaupun beliau tidak menamakan jurubank yang ​dimaksudkannya, eksekutif bank yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Nazir Razak sering kali ​dilihat bersikap​ biadap dan memandai mengenai isu​ ​semasa yang melibatkan pentadbiran abangnya Datuk Seri Najib Razak dalam akaun Instagram beliau.

Pengerusi Kumpulan CIMB itu dimasukkan ke dalam jawatankuasa ekonomi oleh abangnya pada bulan Ogos, ​bagi mempertimbangkan perancangan segera dan jangka sederhana ​bagi mengukuhkan lagi asas​ ​ekonomi negara.

Rahman juga menyatakan di Twitter: "Jurubank yang dihormati tidak ​mengatakan sesuatu sewenang-wenangnya (don't shoot from the hip and trigger happy)​.​ Mereka ​tenang dan tenteram​. ​Kecualilah kalau mereka ahli politik separuh masa!

"Jurubank yang dihormati ​mengawal sikap dan tingkah laku. Mereka tidak mencampur-adukkan antara posting ​mengenai ​pandangan ekonomi yang serius ​dan ​posting ​mengenai jogging dan keluar makan!" – 

Anwar sakit misteri dalam Penjara... Kena sampuk hantu jamban





Banduan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim betul-betul hebat sampai 17 orang pakar perubatan datang merawat penyakit sakit bahunya tu.

Namun semua doktor di Malaysia tidak profesional kata Nurul anak Anwar. Malah beliau mahukan agar Datuk Dr S. Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel yang merawat bapanya kerana beliau pernah menjadi saksi menentang bekas ketua pembangkang itu dalam kes Liwat 2. [ Baca SINI]


Itu baru sakit bahu je.., belum lagi sakit nak mati… Kalau sakit nak mati maunya bawak seluruh Doktor Pakar di Malaysia agaknya kann...

Menurut Kementerian Kesihatan, pihak mereka telah memberi jaminan bahawa Anwar akan diberi perhatian dengan penuh kasih sayang agar kesakitan yang dialaminya itu kembali pulih seperti sedia kala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata, seramai 17 pakar perubatan itu datang dari sektor awam dan swasta.

“Ini bagi memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya daripada pengamal perubatan profesional yang pakar dalam bidang masing-masing,” katanya.

Seramai 17 pakar kesihatan itu datang dari lapan disiplin berbeza iaitu Orthopedik, dua dari perubatan, Urologi dan Radiologi, seorang masing-masing dari Dermatologi, Neuologi, telinga, hidung dan tekak (ENT) dan pergigian. Haaaa alang-alang tu rawat habis semua satu badan.

Lepas ni harap Bang Non jangan bagi alasan sakit itu ini lagi ye.. Untuk merawat sakit bahu yang dialaminya tu, dorang sudah sediakan seorang fisioterapi. Lepas ni jangan pulak cakap yang pihak mereka tak ambil peduli pasal penyakit Anwar macam yang didakwa Nurul Nuha tempoh hari tu.

“Beliau (Anwar) tidak dinafikan untuk mendapatkan rawatan. Sama seperti pesakit lain, keperluan rawatan dinilai berdasarkan keperluan,” katanya Pengarah Kesihatan Penjara.

Haaa..., dengar tu wahai semua pemuja Anwar!! Ini sampai 17 orang pakar tapi kalau dok sakit lagi itu maknanya sakit mengada-ngadalah Bang Non korang tu! Kalau dia merungut lagi lepas ni.., kita lempar dia dalam kandang singa di Zoo Negara.. Seterusnya