Tuesday, September 29, 2015

Protocol UN benarkan isteri hadir sebagai pemerhati



Perkara biasa di UNGA utk suami atau isteri Ketua Delagasi hadhir sebagai tetamu.

Sejak dari dulu dari, baik jikalau pimpinan negara menghadiri sidang atau forum PBB, asean, NAM, komanwel atau apa juga sidang melibatkan penglibatan pimpinan negara, secara langsungnya ADAKALA ISTERI PIMPINAN juga dijemput untuk memberi pandangan dalam sidang yang dimaksudkan.

Dikala ketua negara diberi peluang ucaptama, maka adakala isteri pimpinan juga diberi ruang dan peluang untuk bercakap mengenai kepelbagaian ide DI KALANGAN ISTERI pimpinan negara yang hadir.

Bila pembangkang menjadikan ianya isu, jelas mereka kurang memahami adakala isteri pimpinan diberi PELUANG DAN RUANG untuk menyampai isu yang berlainan .

Petikan dari artikel Bernama (28/9/2015) ;

Berucap pada majlis resepsi anjuran Forum Perkongsian Wanita Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Plaza PBB di sini Ahad, isteri Perdana Menteri berkata masyarakat harus bersedia bagi kesaksamaan gender tetapi tidak semua bersedia untuk perubahan itu. 
Wanita membawa pelbagai perspektif, gaya kepimpinan, pengalaman bekerja, gaya hidup dan budaya"

Ini menyumbang kepada kepelbagaian pemikiran yang begitu penting untuk menjana penyelesaian inovatif. Apabila kita menghormati dan menghargai sumbangan unik ini, kita melepaskan kuasa kepelbagaian,” katanya.

artikel penuh 

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/galak-kesaksamaan-gender-8211-rosmah-1.141008


Baca protocol UN di SINI
Juga Di SINI

No comments:

Post a Comment