Monday, September 14, 2015

Kenapa @hannahyeoh Ingin Mengambil Kredit Klinik Wakaf An Nur?




Ini adalah posting Ahli Parlimen Subang Jaya, Hannah Yeoh mengenai Klinik Wakaf An Nur di Masjid Al Falah, USJ 9, Subang Jaya. Sekali membacanya kita pasti terpegun seolah-olah Klinik Wakaf An Nur ini diwujudkan dan diuruskan oleh beliau ataupun Kerajaan PKR/DAP Selangor. Mungkin benar beliau telah menderma RM10,000. Tapi tahukah anda semua:  

1. Klinik Wakaf An Nur kini telah mempunyai 19 cawangan di seluruh negara. Ianya diselenggarakan oleh KPJ Healtcare Berhad sejak 1998.

2. KPJ Healthcare Berhad adalah sebuah anak syarikat Johor Corporation yang menjadi milik penuh Kerajaan Negeri Johor.

3. Setakat ini Klinik Wakaf An Nur telah merawat lebih satu juta pesakit di seleuruh negara tanpa mengira bangsa, kepercayaan agama dan pegangan politik. Setiap pesakit hanya pelu membayar kos rawatan sebanyak RM5 untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di klinik ini.

4. Setiap tahun KPJ Heathcare membelanjakan kira-kira RM3.5 juta untuk tujuan di atas. Oleh itu, apalah sangat sumbangan Hannah Yeoh sebanyak RM10,000! Celah gigi sahaja.

Adakah dengan membuat posting sebegini, Hannah Yeoh ingin mencuri kredit dengan mendakwa bahawa beliaulah yang menguruskan Klinik Wakaf An Nur? Pandai jugak Yang Berhormat @hannahyeoh putar belit kan? 

No comments:

Post a Comment