Dengan undi 107 berbanding 77 yang menyokong Kit Siang dan 1 Berkecuali, akhirnya FOSSIL JURASSIC TERTUA dalam Parlimen Malaysia, Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah digantung selama 6 bulan setelah individu yang mempunyai kaitan dengan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 itu, enggan memohon maaf setelah melabelkan Yang Dipertuan Dewan Rakyat sebagai Diktator menarik balik penghinaannya dan meminta maaf.
Drama demi drama telah dibikin oleh puak DAP terutama sekali Lim Kit Siang bagi menghangatkan tekanan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.
Anthony Loke dari Seremban mempersoalkan kedudukan Perdana Menteri dan mengapa jawapan diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan. Dengan wajah garang dan bengis, selain bersikap biadap seolah-olah Dewan Rakyat sudah menjadi tempat persidangan gerombolan komunis yang hanya mampu menguasai Tanah Melayu selama dua minggu selepas Tentera Jepun keluar dan sebelum kedatangan Tentera British, Anthony Loke mempersoalkan proses perbahasan di Dewan Rakyat.
Dia barangkali terlupa bahawa di luar Dewan Rakyat, wakil-wakil rakyat DAP, lebih banyak berceramah sedangkan kerja-kerja mereka hanya diwakilkan kepada macai-macai mereka yang tidak boleh berbuat apa-apa. Yang wakil-wakil rakyat DAP sibukkan ialah melalakkan masalah yang sebenarnya bukan masalah di kawasan mereka.
Namun yang menarik dalam drama ini ialah, beberapa portal berita pro-DAP akan menggunakan tajuk atau menggambarkan seolah-olah "1MDB - Kit Siang Digantung 6 bulan." Perkara sebenar yang mengundang natijah penggantungan ke atas FOSSIL JURASSIC TERTUA atau APEK PUAKA itu, langsung tidak akan disebut.
Ketiadaan Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk membela atau mempertahankan Lim Kit Siang juga pasti menyentapkan DAP yang sebelum ini yakin, walau apa pun yang mereka lakukan terhadap PAS, akan diterima baik.
Apatah lagi, Azmin Ali yang telah membuat pengumuman tanpa berunding dengan PAS, kononnya PAS akan menyokong Undi Tidak Percaya yang akan dibuat oleh Wan Azizah, sudah pun menggambarkan bagaimana dalam keadaan sekarang, DAP beranggapan mereka sangat kuat dan PAS tidak ada pilihan melainkan bersama-sama mereka. Cuma tukang diarahkan bercakap adalah Azmin Ali, bukannya Lim Guan Eng bagi mengelakkan DAP dipersalahkan kalau PAS mengamuk.
Berapa orang lagi dalam persidangan kali ini terutama menjelang pembentangan bajet, yang akan digantung oleh Parlimen kerana sikap biadap mereka sekaligus menggagalkan cita-cita pihak tertentu yang mahu melihat Najib digulingkan di Parlimen?
The Saviour
Bagus digantung di Kit Sial ni.
ReplyDelete