Lebih
‘menghiris perasaan’ penulis ialah apabila menuduh perjuangan DAP
adalah bertentangan dengan perjuangan syiar Islam. Amat ‘salah’
tuduhan tersebut. Amat ‘salah’ dan tidak sewajarnya perkara
begitu diberitahu kepada umat Islam untuk menyedarkan mereka.
Pada
pandangan penulis, umat Islam ‘tidak’ perlu bersatu pun.
Sepatutnya mereka perlu kekal berpecah-belah dek kerana fahaman
politik masing-masing. UMNO perlu kekal UMNO dan ‘tidak’ perlu
bersatu dengan PAS dalam membentuk saf satu barisan.
Mengekalkan
status pecah-belah ummah, maka barulah mudah untuk DAP dan Pakatan
Harapan ‘bulan bintang’ menjajah negara kita ini. Setelah mereka
berjaya menguasai Putrajaya, barulah kita anjurkan umat Islam bersatu
kembali. Itu pun kalau nak bersatulah…
Untuk
pengetahuan umum, DAP sememangnya ‘memperjuangkan’ agama Islam di
Malaysia. Mereka sejak dari awal merdeka lagi sudah berjuang
‘mendaulatkan’ syiar agama Allah di negara kita. Sebab itulah
Islam sangat ‘berkembang’ di Singapura, negara yang dikuasai
‘abang’ mereka, PAP.
DAP
sebenarnya sangat ‘setuju dan menyokong penuh’ perlaksanaan hukum
hudud di Kelantan. Jika dirujuk dalam perlembagaan mereka, jika tidak
salah penulis, parti itu bukan saja ‘mahu’ hudud dilaksanakan di
Kelantan, malah turut ‘mahu’ ia dilaksanakan di peringkat Pusat.
Sebenarnya,
yang mengusulkan hudud di Kelantan ialah ‘DAP’, bukan ‘PAS’.
Malah DAP jugalah yang ‘meneliti, berbincang dan bermuzakarah’
tentang hudud di peringkat pusat selama ini. PAS dan UMNO tahu
‘bantah’ dan ‘bangkang’ hudud sahaja.
Sekiranya
dilihat di dalam DAP, ternyata parti itu dipimpin oleh mereka yang
‘cintakan’ Islam. Kerana itulah di Pulau Pinang dulu ketika mana
parti itu menjajah negeri tersebut, ia dipimpin oleh seorang
‘khalifah’ bertaraf 7 bintang yang digelar ‘Umar Abdul Aziz’.
Hebat bukan?
Malah, semua
wanita Melayu yang menyertai DAP ‘diwajibkan menutup aurat’.
‘Tidak ada’ pun yang berani mengenakan skirt pendek mahupun
mendedahkan tubuh yang seksi. Sebaliknya, mereka selesa mengenakan
‘tudung labuh’ dan ada pula yang ‘berpurdah’!
Gambar
ihsan dari laman web Parti ‘Paling Islam’ Di Malaysia, DAP…
Perlu juga
diberi perhatian di Pulau Pinang, setiap kali tiba hari-hari
kebesaran Islam, ia akan ‘disambut meriah’ dengan diketuai oleh
‘khalifah’, menandakan betapa DAP sangat ‘memuliakan’ Islam
dan ‘menegakkan’ syiar Allah di sana.
Penulis rasa,
‘tidak ada’ satu pun dasar dan perjuangan DAP yang bertentangan
dengan Islam. Dasar dan perjuangan Islam mereka lebih ‘syumul’
berbanding UMNO dan PAS. Mungkinkah JAIP ‘tersilap’ tulis teks
khutbah Aidiladha itu?
Justeru itu
penulis harap agar JAIP menulis semula teks khutbah yang baru untuk
dibacakan di masjid-masjid di sekitar Pahang di mana tajuknya
mestilah berbunyi ‘DAP merupakan parti yang memperjuang Islam
sebenar di Malaysia’. Penulis yakin, A Samad Said akan sambut
dengan laungan ‘takbirrrr’..! Seterusnya
Tak takut ke kena saman dgn Hannah Yeoh ketua paderi Evangelical mereka nanti? Tapi melihat kepada teks yg penulis atau admin buat ini, aku pasti Guan Eng boleh "tidur lena" dan "senyum" sampai ketelinga. Cuma kita kesian dengan pencacai melayu yg duk dalam parti PAN dan PKR yg sudah senyap sunyi sehingga kini. Kalau boleh kita hendak la jugak dengar komen "bernas" dari mereka ini.
ReplyDelete